Kawan2Ku

29 Julai 2012

Majlis Berbuka Puasa Bersama Dato' KP Selangor

Posted by Dalia Hassan at Ahad, Julai 29, 2012 0 comments Links to this post
Assalamualaikum wbt...

Kelmarin, Jumaat 27 Julai 2012, kami warga IPD SJ berkesempatan menghadiri satu majlis berbuka puasa bersama Dato' Ketua Polis Selangor, YDH Dato' Hj. Tun Hisan dan isteri, Datin Fazimah. Majlis ini juga turut disertai oleh 32 orang anak2 yatim yang dijemput sebagai tetamu khas... Majlis diteruskan dengan solat maghrib berjemaah, jamuan berbuka puasa, penyampaian cenderahati dan sumbangan kepada anak2 yatim, solat isya' dan solat terawikh...



26 Julai 2012

Jamuan Sehari Sebelum Ramadhan (Jumaat)

Posted by Dalia Hassan at Khamis, Julai 26, 2012 0 comments Links to this post
Assalamualaikum wbt..

Jumaat lepas kami dari cawangan trafik ada buat sedikit jamuan ringan bersempena untuk menyambut bulan Ramadhan, sekali doa selamat untuk Sarjan Rohimi dan CC Sariha yang menyambut hari lahir 22 Julai dan 24 Julai... alang2 dah buat majlis ni, aku tumpang sekali untuk doa selamat untuk baby dalam perut ni....

Ni beberapa gambar yang sempat aku rakamkan ketika majlis...

Cik Man yang dengan sukarela membantu Iema potong tembikai... (tolong ada makna tuh!)

terima kasih kak wani yang sudi tolong mengemas...

Yeahhh.. Ini lah dia Baim Wong Celup... rajin kan dia menyapu.. susah nak tengok dia pegang penyapu ni.. hahaha! (sorry tuan terbuli tuan jap)

Antara juadah....

Bacaan doa dari Ustaz Zul Waqar


Maaflah tempat makan tak selesa...

kebetulan hari jumaat tu ada shooting drama tv3... (lupa la drama tajuk apa tapi drama tu sekarang ni bersiaran kat tv3 jam 4 petang)

Gadis2 trafik IPD SJ... (eh! yg sorang tu bukan gadis lagis lagi.. hihihi)

Sarjan Musa dengan gayanya...

Antara tetamu yang hadir...

Alhamdulillah majlis pada hari itu berjalan dengan lancar walaupun kami buat secara ala kadar sahaja... terima kasih pada tetamu yang hadir... jangan serik dengan layanan yang seadanya dari kami...

:-D

23 Julai 2012

Melawat di Hospital Seremban

Posted by Dalia Hassan at Isnin, Julai 23, 2012 0 comments Links to this post
Assalamualaikum wbt....

Hari ni aku pergi ziarah lagi Puan Mira dan Tuan Ahsar di Hospital Seremban... Alhamdulillah... keduanya dah bertambah sihat walaupun Puan Mira masih tak boleh bangun.... Dan kebetulan hari ni, Dato' Ketua Polis Pulau Pinang dan Dato' Ketua Polis Negeri Sembilan bersama isteri masing-masing ada sama melawat Tuan Ahsar dan Puan Mira....

Jejak kasih.. (sorang kat tingkat 8, sorang lagi kat tingkat 3)




bersama teddy bear pemberian dari Puan Julia

21 Julai 2012

Kemalangan Jalan Raya....

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, Julai 21, 2012 1 comments Links to this post
Salam Ramadhan..

Hari ni aku sedih sangat.... Tadi aku pergi ziarah DSP Ahsar dan isterinya Puan Mira yang terlibat dalam kemalangan motosikal petang semalam... Mereka dirawat di Hospital Besar Seremban... sedih sangat bila tengok keadaan Puan Mira.. tak tau nak cakap apa... Doktor kata berlaku pendarahan di kepala.. Ya Allah... harap kondisi puan tak teruk sangat.. tuan ahsar pulak, nampak sedikit ok dan boleh berborak serta bergurau dengan kami walaupun kadang2 nampak dia menahan sakit lebih2 lagi bila batuk...

Harap mereka cepat sembuh dan kembali seperti sediakala....

Kejohanan Menembak Piala Ketua Polis Daerah

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, Julai 21, 2012 0 comments Links to this post
Assalamualaikum wbt...

Pada Khamis lepas (19Julai) telah berlangsungnya Kejohanan Menembak Piala Ketua Polis Subang Jaya 2012 yang bertempat di Lapang Sasar Kem Briged Tengah, Cheras...

Memandangkan sekarang ni aku semakin cepat rasa lapar, pagi sebelum sampai ofis sempat aku ke 7Eleven untuk beli stok makanan... manalah tahu kut2 kat lapang sasar nanti aku kelaparan... dari lapang sasar bertukar menjadi lapar sasau.. susah jugak nanti... sampai ofis, sempat buat keje skit sebelum aku, kak wani dan faizah berlari ke bas PDRM yang menunggu di luar pagar... terpaksa berlari sebab hujan... huhuhuh sejuk. Naik atas bas, sementara tunggu yang lain sampai, My Tuan Boss, Baim Wong Celup call aku... Dia tanya aku kat mana.. so aku bagitahulah yang aku kat atas bas... Pastu dia cakap dia ada kat dalam kereta depan bas tu, sorang.. Then aku, kak wani and faizah turun dari bas dan naik kereta dengan dia... Lebih selesa... hahahaha! Yang kelakarnya, tuan kena cubit dengan Kak Sariha sebab bawak lari kitorang naik kereta, sedangkan dia kena naik bas.. maklumlah.. kereta dah penuh dengan kami, so dia takleh nak menyelit.. heheheh... sorry yer kak...

Gerak dari IPD lebih kurang jam 8am.. kami di escort oleh kereta peronda memandangkan jalan yang sesak dan jem. Sampai kat Briged Tengah, hujan masih belum berhenti.. so pertandingan kami bermula agak lewat skit..

Ni lah gambar2 yang sempat aku rakam... cekidaut!

kami di escort oleh kereta peronda...
 

practice dulu, baru tembak...

trafik girls..





 
Tuan Ramzi

Agak2 kalau aku kata ni aku yang tembak, orang percaya tak? hehehhe

Echot

Tuan Ramzi yang cute... (gambar curi ni, zoom dari jauh... ngeeeeeeee)

tu dia Baim Wong Celup... sampai berasap...






Ameeeennn!

Sorry lah kak wani, amik gambar belakang jer.. malas nak bangun.. hehehhe

Tuan Syed (Special Branch)

koboi sesat...

Tuan OCPD Subang Jaya


Tuan Rahman a.k.a Baim Wong

Tuan Rooney

Driver khas kami... kehkehkeh!

kak wani dapat tempat kedua... dua tahun berturut2 dia dapat tempat kedua walaupun sebenarnya dia yang patut jadi juara.. tapi nak buat macamana kan.. walaupun ada sedikit kontroversi, lantak la kat diorang... asalkan diorang bahagia.. (cian kat kak wani... tak adil rasanya untuk dia)

18 Julai 2012

Pertandingan Menembak

Posted by Dalia Hassan at Rabu, Julai 18, 2012 2 comments Links to this post
Esok, aku akan terlibat dengan pertandingan menembak yang akan berlangsung di Briged Tengah, Cheras.



Tak kisahlah kan, menang atau kalah... Yang penting semangat tu ada.. Chayok chayokkkkk!

14 Julai 2012

Lawatan ke Muzium Polis, Tugu Peringatan Negara & Istana Negara Lama

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, Julai 14, 2012 1 comments Links to this post
Tajuk: Lawatan PERKEP bersama anak-anak
Tempat : Muzium Polis, Tugu Peringatan Negara, Istana Negara Lama
Tarikh :14 Julai 2012



































































 
































































PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea