Kawan2Ku

31 Ogos 2012

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke - 55

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 31, 2012 0 comments Links to this post
Assalamualaikum wbt....

Sempena menyambut hari kemerdekaan yang ke 55 tahun, aku cuma nak cakap yang aku sayang sangat sangat kat negara aku ni... Aku sayang Malaysia... Aku pilih Malaysia.... Aku cintakan keamanan dan Malaysia lah tempatnya.
 

Sekian...

30 Ogos 2012

Salam Lebaran

Posted by Dalia Hassan at Khamis, Ogos 30, 2012 0 comments Links to this post
Assalamualaikum wbt..

Selamat hari raya, salam lebaran buat semua walaupun agak kelewatan sedikit untuk aku update blog aku ni... bukan malas, tapi jadual waktu beraya yang padat (ceh macam artis!) yang membuatkan aku sedikit mengabaikan blog kesayanganku ini....

Raya tahun ni sedikit meriah sebab aku sambutnya di kampung halaman aku di Segamat, Johor... Mana tak meriahnya, kami enam orang adik beradik bersama famili masing2 semua beraya di rumah mak kecuali kak Ani yang terpaksa bertugas di pagi raya... nak buat macamana... kerja sebagai nurse, waktu bertugas tak menentu... tapi tak apalah... yang penting kami sambutnya dengan meriah walaupun kak Ani tak dapat join sekali...

Punyalah bz dengan tetamu yang datang, tak sempat nak ambil gambar lebih2... ni je la yang ada...

Oh... Si Comot ini tiada kena mengena dengan cerita raya ini...

Pagi raya pertama, selepas solat raya kami buat bacaan tahlil kat rumah jer... tak seperti tahun2 sebelumnya, kami akan menziarah ke kubur arwah atok dan nenek.

adah... adikku yang sengal...


periuk kera... makanan lain aku lupa nak amik gambar.. hehehe

lauk ni mak masak khas untuk aku yang mengidam ni....


Ainul kalau dah jumpa geng....
Petang raya kedua, kami bertolak ke Kota Tinggi... kampung halaman encik asben.. plan asal nak balik raya keempat, tapi terpaksa tukar plan saat akhir sebab kami ada program lain... hehehe... nanti aku cerita yer...



17 Ogos 2012

Seronoknya Kerja...

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 17, 2012 0 comments Links to this post
Assalamualaikum wbt....

Dikala ramai rakan sekerjaku mula bercuti hari ni, aku masih bekerja seperti biasa... pada awalnya memang terasa bosan dan rasa macam nak balik jer... mujurlah ada CSS dan Jijah Faizah yang sama seperti aku... kena kerja... tapi tak apalah... yang penting lepas raya nanti aku dapat cuti lama sikit... ngeeeeeeeeeee!

Dalam kul 10am, kawanku Gan Yee Chong datang ke opisku semata-mata hantar kuih raya... wah syoknya dapat almond london dan tart nenas color hijau... cantik menarik tertarik memang da boom! xiexie ni pengyou...

Lebih syok, banyak jugak aku dapat collect duit raya dari pakcik2 dan abang2 polis yang bermurah hati bagi kami duit raya... teringat zaman kanak-kanak... seronok sangat bila dapat duit raya walaupun pada zaman kanak-kanak aku dulu tak adalah semewah kanak-kanak sekarang... masa dulu, tak kisah pun sikit atau banyak, janji dapat... itulah keseronokan yang tak dapat dilupakan...

Paling best, My Good Friend T~Ni bagi aku duit raya, sama macam tahun lepas... cuma tahun ni dapat lebih sikit, sebab dia bagi 2 angpow sekali... satu untuk aku dan satu lagi untuk ainul... yeayyyyyyy! Ainul jangan marah ya... uncle bagi mama duit raya lagi banyak dari Ainul... (untuk pengetahuan korang, anak aku si Ainul Mardhiah ni memang rapat dengan My Good Friend, T~Ni ni... pernah mak ngan abah aku tanya ainul, "Anak siapaaaaaa la ni?" ... ainul dengan selambanya jawab "Anak uncle......".. huh! mentang2 lah uncle selalu kata dia tu anak uncle... terus jer nak kata dia anak uncle... sabar je la aku...)

Owh! tak lupa nak cerita aku dapat special duit raya dari encik boss, Baim Wong celup... aku ingat semua orang dapat sama macam aku dapat, sebab aku tahu diorang pun dapat... sekali masa borak2 ngan Azie dan Faizah, rupanya aku sorang jer yang dapat lebih... dapat double dari mereka2 yang lain.... I like~ erm.. tak sia2 kan selalu gaduh dengan bos... hahaha! {tapi aku rasa orang Taiping ni memang suka gaduh ngan aku kot? sama macam asben Ninie Celup Celup (NCC) si Ady yang sengal tu.. tak paham betul aku.. selalu carik gaduh ngan aku... geram tul.. sama je macam bos aku tu... sesuai la tu... dua-dua teman sekampung.. satu taman pulak tu...huh!}

Ok la... tu jer nak cerita tentang hari ni... Nak sambung kemas rumah pulak... Jom tolong! huhuhu....

Daaaaaaaaaaaaa!

16 Ogos 2012

Kenapa aku tak sambung belajar?

Posted by Dalia Hassan at Khamis, Ogos 16, 2012 0 comments Links to this post
Ermmmm....

Dah lama dah My Good Friend, T~Ni asyik tanya kenapa aku tolak tawaran untuk sambung belajar? Erm. Bukan aku tak nak sambung belajar... cuma aku rasa aku nak tangguh dalam tempoh setahun.... Kenapa? Meh tengok kat bawah ni sebab kenapa aku tolak tawaran tu....

Sila klik untuk tumbesaran



Ok. Itu saja.... harap anda faham ya.... sekian....

Duit Raya.....

Posted by Dalia Hassan at Khamis, Ogos 16, 2012 0 comments Links to this post
Tarrrraaaaaaaaaaaaaaaaaaa~

Yeah... Buat anak2 buahku... Ni ha auntie ya dah siap bungkuskan korang duit raya... jangan rebut2, sebab korang akan dapat sama banyak... tak kira la sapa tua sapa muda.... baru lah adil dan saksama....

Tungguuuuuuuuuuuuu!


Iftar @ Secret Recipe

Posted by Dalia Hassan at Khamis, Ogos 16, 2012 0 comments Links to this post
Assalamualaikum wbt...

Petang semalam aku, CSS, NCC dan Jijah Faizah di jemput ke majlis berbuka puasa oleh teman se IPD, Linda sempena menyambut ulangtahun kelahiran anaknya, Nia yang ke -2 tahun dan bertempat di Secret Recipe Alamanda, Putrajaya...

Happy birthday Nia... kakak cayang Nia.. (kakak lah sangat!)
Chocolate Indulgence... Nyum nyum nyum...

Anak Nini Celup Celup (NCC) yang aktif lagi comellll..... (tetiba je teringat ayat dia... "mama.... nak kentut.." hahaha!)
Kejap ada.....
Kejap takda....
 
Alia : Thanks Linda sebab sudi jemput kami ke majlis Nia... tahun depan jangan lupa jemput kami lagi yerrrrr... kami memang suka makan free ni... ngeeeeeeeeeeee!

Untuk Nia :

♫♫Happy birthday to you....
Happy birthday to you....♫♫
♫♫Happy birthday to Nia...
Happy birthday to you....♫♫

14 Ogos 2012

Iftar @ Kenny Rogers

Posted by Dalia Hassan at Selasa, Ogos 14, 2012 0 comments Links to this post
Assalamualaikum wbt.....

Petang semalam aku sempat berbuka puasa bersama teman2ku Cik Syuhada Senget (CSS), Ninie Celup Celup (NCC) dan Jijah Faizah di Kenny Rogers IOI Mall Puchong... Sempat juga kami berbuka bersama sebelum masing2 mula bercuti raya..





Harap mana2 kawan2 kami yang kami tak ajak sama tu, minta maaf ya.... Aku baru dapat tahu tadi ada yang berkecil hati sebab kami tak ajak mereka sama... Tapi nak buat macamana... Plan ni pun dah last minute... Tak terfikir dah sapa lagi yang kami nak ajak... Huhuhu.... Xpe... Next time ya!

07 Ogos 2012

Iftar @ Restoren Alissara

Posted by Dalia Hassan at Selasa, Ogos 07, 2012 0 comments Links to this post
Assalamualaikum wbt....

Hari ni aku xda aktiviti yang menarik... cuma petang tadi kami sempat pergi berbuka puasa bersama2 teman trafik di Restoren Alissara, Puchong Intan.... sebenarnya ramai nak join, tapi mereka terlibat dengan majlis berbuka puasa bersama PM di Pulapol...



04 Ogos 2012

Duit Baru Untuk Raya....

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, Ogos 04, 2012 0 comments Links to this post
Assalamualaikum wbt....

Korang dah tukar duit raya x?Aku dahhhhh....


Cantik... Colorful... Sayang pulak nak guna.. Hahahhahampeh!

So sementara ni, ikat perut ya Dalia... Gaji dan bonus tak dapat lagi... Takkan nak guna duit tu pulak...

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea