Kawan2Ku

31 Oktober 2012

Nak makan Durian Crepe!!!

Posted by Dalia Hassan at Rabu, Oktober 31, 2012 0 comments

Apsal ni... rasa cam nak makan durian crepe... mana nak beli ni??? nak buat tak pandai... ada sesapa tak yang pandai buat dan nak jual durian crepe murah-murah kat saya? Saya sedia membelinya...

Sekian.



terjumpa gambar yang menyelerakan ni kat blog ini.. pinjam gambar yer awak... thanks!


Alia: sebenarnya aku dah sms kat seseorang ni... aku terjumpa blog dia, dan dia memang ada menerima tempahan untuk durian crepe ni... tapi dari siang tadi aku sms dia, sampai sekarang dah malam pun tak ada response dari dia.... ah! kecewanya saya.....

aku kecewa.... ohhhhhhh kecewa.....

Good Friend Yang Baru

Posted by Dalia Hassan at Rabu, Oktober 31, 2012 0 comments Links to this post
Pengumuman

Saya cuma nak bagitau ni... saya dah ada good friend yang baru... good friend yang lama tu, T~Ni sibuk dan menyibuk je.. tapi saya tak kisah... lagi ramai good friend yang saya ada, lagi saya sukerrr... tak kisah lah lelaki ker perempuan, yang penting dia sayang saya sebagai seorang rakan, sahabat dan saudara... juga sebagai adik beradik... ngeeeeeeeeeeeee!

*Saya suka sangat bila ada orang ambil berat pasal saya... serius!

Rewang

Posted by Dalia Hassan at Rabu, Oktober 31, 2012 0 comments

Pada 6 October yang lepas, aku sempat pergi rewang di rumah PERKEP IPK Selangor sempena majlis persandingan anak Timbalan KP yang berlangsung pada 7 October 2012... Terlupa nak snap gambar masa rewang, tapi sempat menjengah ke dewan melihat persiapan majlis...





Ermmm... Majlis Ahad tu memang dibuat secara besar2an, cuma aku jer yang tak dapat nak hadir ke majlis tersebut kerana ada hal yang lebih penting... balik kampung... heheheh!

Pesan Nabi

Posted by Dalia Hassan at Rabu, Oktober 31, 2012 0 comments Links to this post
Sharing Is Caring

Pesan Nabi Muhammad s.a.w 







Hadith Nabi Saw: "Tidak berkurang harta kerana sedekah, dan tiada seorang yang memaafkan suatu kezaliman melainkan Allah swt menambah kemuliaan, dan tiada seorang yang tawadhuk (merendah) kerana Allah swt, melainkan Allah swt menaikkan darj...atnya." (Abu Hurairah r.anhu)

Hadith Nabi Saw: "Dermawan itu merupakan suatu pohon yang akarnya di syurga dan dahan-dahannya menurun ke dunia. Maka barangsiapa yang berpegang kepadanya akan ditarik ke syurga. Kedekut (kikir) itu pohon yang asalnya di dalam neraka sedang dahan-dahannya menurun ke dunia. Maka barangsiapa yang berpegang kepadanya akan ditarik ke neraka."
(Aishah r.anha)

Sedekah mengandungi 10 kebaikan:

Kebaikan di dunia

1) Membersihkan harta kekayaan
2) Membersihkan badan daripada dosa-dosa
3) Menolak bala dan penyakit
4) Menyenangkan hati orang miskin
5) Menjadikan berkat dalam harta dan meluaskan rezeki

Kebaikan di Akhirat

1) Sedekah itu menjadi naungan baginya
2) Sedekah meringankan hisab amalnya
3) Memberatkan timbangan amal kebaikannya
4) Memudahkan melintasi sirat
5) Bertambah darjat di syurga

Barangsiapa yang menolak lima pekara, maka Allah akan menolak lima pekara daripadanya iaitu:

1) Barangsiapa menolak zakat, Allah swt akan menolak keselamatan hartanya
2) Barangsiapa tolak sedekah, Allah swt akan mengurangi kesihatannya
3) Barangsiapa menolak zakat tanamannya, Allah swt akan menolak berkat tanahnya
4) Barangsiapa tidak suka berdoa, Allah tidak suka untuk menerimanya
5) Barangsiapa yang meringan-ringankan solatnya, Allah swt akan menolak
dari kalimah syahadah ketika matinya

Sekian untuk renungan kita bersama...

15 Oktober 2012

Lawatan Kebajikan ke HUSM Kubang Kerian

Posted by Dalia Hassan at Isnin, Oktober 15, 2012 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Pada 13-14 Nov aku telah ke Kelantan bagi membuat lawatan kebajikan ke HUSM Kubang Kerian, melawat bosku, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam (KBKA) daerah yang telah dimasukkan ke wad akibat dari kencing manis.. Aku bersama Kopral Mat (pemandu), Kopral Halim, Kopral Rusmuna telah diarahkan untuk mewakili pegawai lain untuk membuat lawatan kebajikan keatas bosku.. Aku memang suka travel ni walaupun pinggangku sakit2, terlupa yang aku ni ngah mengandung... hehehe!

Sabtu petang : kami sampai di HUSM Kubang Kerian lebih kurang jam 6.15pm.. Nasib baik.. waktu melawat sampai jam 7 jer...
Sakit2 pun, pak engku masih mampu berborak dengan kami.
 
Jari kaki yang semakin hitam. Keesokannya ketika kami melawat sebelum bertolak balik Subang, jari yang hitam tu dah gugur dengan sendirinya... Pak Engku kata, dia tak rasa apa2 sebab kaki dia memang dah kebas..
 
Ahad : sebelum melawat Pak Engku, kami sempat belikan bunga untuk beliau... Kak Muna posing macam nak makan jer kad tu... ngeeeeeeee!
Tak larat....

Sian tengok bos aku ni... harap dia cepat sembuh dan kembali bertugas seperti sediakala...
Sebelum balik, singgah jap rumah Pak Engku untuk ambil kunci pejabat dia...
Dalam pada nak cepat balik, kami tersadai di Kuala Krai hampir 2 jam sebab kereta pasukan yang kami naik ada masalah teknikal skit... nasib baik ada bengkel yang buka dan tak jauh dari petronas.. Lebih kurang jam 7pm baru kami gerak dari Kuala Krai....
Aduh! terasa penat perjalanan dari Kelantan ke Subang... tapi seronok la jugak sebab kami sempat pergi shopping kat Wakaf Che Yeh dan Pasar Khadijah... bak kata orang, menyelam sambil minum air.. ngeeeeeee! Sempat jugaklah aku beli tudung... Yang paling aku suka, tudung yang aku pakai kat bawah ni.... Cantik dan selesa apabila dipakai...


Okaylah... tu jer aku nak cerita....
Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

07 Oktober 2012

Oh! Ainul....

Posted by Dalia Hassan at Ahad, Oktober 07, 2012 0 comments
Ni nak cerita skit....

Khamis lepas, aku pergi check up kat klinik kesihatan.. entah kenapa ada sorang budak kecik ni (india) sibuk duduk dan bermanja manja kat sebelah aku... aku pun dok melayan jer la dia, lagipun aku memang kebosanan menunggu giliran yang memang lama..  Then aku sempat la amik gambar dia...


Malam tu, Ainul nampak gambar yang aku ambik tu... dan rupanya dia rasa tergugat bila tengok ada budak lain bermanja manja dengan aku... ngeeeeeee.....

Then mama dapat surat cinta dari Ainul...

Walaupun tatabahasa tak berapa nak betul, tapi oklah bagi sorang budak tadika yang belum belajar lagi buat karangan... Nak tergelak pon ada bila baca surat pendek Ainul ni... hahaha!

Yang penting, mama sayang Ainul okeyyyyy!

04 Oktober 2012

Filem Taikun

Posted by Dalia Hassan at Khamis, Oktober 04, 2012 0 comments Links to this post
Assalamualaikum wbt....

Hari ni 4 Oct 2012 bermulalah tayangan filem Taikun yang kami nanti-nantikan kat panggung... Nak tahu kenapa? Sebabnya, dalam Taikun ni la ada Mr. Boss Tuan Khai (BWC), Tuan Naser, Hasril dan beberapa orang geng IPD SJ berlakon... jom layan walaupun scene diorang tak banyak mana pun... (berkata dengan nada jeles sebab diorang dapat berlakon, i tak...)

Meh tengok di sebalik tabir filem Taikun ni...


Kalau tengok scene yang ada polis tu, tak lain dan tak bukan mereka2 lah itu... ;)


Dan.. aku dapat dua keping tiket free filem Taikun ni... Tuan Naser yang bagi.... I like~ Thanks yer tuan, kalau ada tiket free filem lain nanti blehla bagi lagi... *wink*



Meh layan Oppa Taikun Style pulak...


PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea