Kawan2Ku

05 November 2013

Duhai Anak...

Posted by Dalia Hassan at Selasa, November 05, 2013

Baru jap tadi aku terbaca pasal satu tulisan ni berkenaan kesalahan yang tak kita disedari terhadap anak sulung...

Oh kebetulan... sangat kebetulan... sebenarnya sejak sehari dua ni memang isu ni la yang berlegar legar kat dalam kepala aku ni... Dan tadi (semalam) masa aku drive balik keje, tetiba je aku berazam akan sentiasa berikan sepenuh kasih sayang pada si kakak dan aku berazam nak kurangkan perasaan amarah kat dia.. tiba2 rasa rindu dan tak sabar nak tunggu dia balik sekolah... nak peluk cium dia.. tapi malangnya dia balik je dari sekolah terus buat hal dan menaikkan kemarahan aku.. pening kepala aku dibuatnya...

Ainul Mardhiah... lahir pada 24 September 2006 dan setelah berumur 7 tahun baru merasai adanya seorang adik, Arissa Qaisara yang lahir pada 4 Mac 2013... Aku faham perasaan si kakak... bagaimana selama 7 tahun perhatian aku dan suami tertumpu pada dia seorang dan tiba2 kehadiran seorang adik telah 'mencuri' perhatian mama dan papa dia sehingga dia merasa diri mempunyai pesaing dalam merebut kasih dan perhatian mama dan papa..

Apa yang aku sedari... si kakak akan cuba mencari kesalahan adik dan sentiasa membuli si adik... yup. Aku memang nampak sikap kesenioritian dia terhadap si adik dan kadang2 aku cuba mengintai gelagat mereka berdua jika aku tinggalkan mereka bersama untuk bermain... Namun, kadang2 terselit sikap protective si kakak terhadap adik walaupun nampak macam sedikit janggal...

Apa yang pasti, si kakak akan cemburu jika aku belikan adik baju baru atau mainan atau makanan atau sebagainya tapi aku tidak membelikannya apa2... asyik asyik adik... asyik asyik adik.. yup tersentak aku dengan kealpaan aku sendiri padahal si kakak adalah permata hati sulung aku dan suami... tapi kini aku cuba belajar dari kesilapan... jika belikannya sesuatu, aku akan cuba memberitahu apa yang aku bagi pada si kakak adalah lebih baik atau lebih mahal atau lebih cantik dari kepunyaan adik agar si kakak tidak terasa seperti diabaikan... pasti senyuman lebar yang akan terbit di bibirnya... bangga kerana dia telah berjaya melebihi dari adiknya... ermmmmm... kakak... kakak...

Dan sekarang aku mula belajar untuk memberikan sepenuh perhatian kepada keduanya agar tidak timbul perasaan iri hati antara keduanya... InshaAllah mama akan cuba buat yang terbaik untuk anak2 mama... selamanya...

Salam Maal Hijrah 1435h...

0 comments:

Catat Ulasan

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea