Kawan2Ku

21 Disember 2013

Saya Eksiden.

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, Disember 21, 2013

Balik dari majlis kawin Sue tadi, dalam kereta encik asben gatal gatal mulut sebut pasal nak tukar kereta... dia cadangkan agar tukar ke proton suprima.. tetiba aku teringat pengalaman sebelum ni apabila kereta2 sebelum akan buat hal kalau kita sebut nak tukar kereta baru.. plat hilangla... rosak tengah jalan.. langgar divider... so dengan berseloroh aku pesan kat encik asben supaya semua tu nanti bincang je kat rumah, tak nak bagi kereta dengar, takut merajuk.. elok je dalam 1-2 minit aku habiskan ayat aku, berdentum kereta kena langgar dari belakang... kan dah kata.... redha jer la nasib baik tak teruk sangat cuma encik asben aku macam sakit badan sikit akibat hentakan kut...

Bincang punya bincang kat tepi jalan tu, dia setuju nak bayar kerosakan tu.. nanti bagi dia je bill tu.. katanya la.. harap2 dia tak buat u-turn kata2 dia tu.. memang nak kena sunat la...

Yang penting aku dah ambik detail dia dan van mana tau dia kut2 dia nak cuba pusing cerita nanti... nasib baikla aku ni jenis baik takder nak marah2 (konon). boleh senyum lagi kat apek tu tadi dan cakap lembut.. mood tengah baik, ok la.. cer mood tak baik, memang nak kena la.. hehehe!

0 comments:

Catat Ulasan

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea