Kawan2Ku

14 Disember 2013

Walk And Say No To Crime

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, Disember 14, 2013

Assalamualaikum wbt...

Sesungguhnya aku baru je selesai menghabiskan walkathon say no to crime anjuran IPD Subang Jaya... lama dah IPD tak ada aktiviti macam ni... kali terakhir aku masuk larian sempena hari polis tahun 2011 tapi masa tu jarak jauh skit iaitu 7km berbanding hari ni hanya 5km...

Yang kelakarnya aku rasa aku dah jalan cukup laju tapi masih lagi kat belakang... mungkin sebab kaki aku pendek kut.. tengok orang lain punya satu langkah sama dua langkah aku... hahahahha! tak sedar diri tu pendek... sepanjang 5km aku cuma berhenti untuk bergambar dengan saiful apek yang sama berikan semangat kat check point tertentu... dah le membazir masa kat situ sebab mintak tolong encik Amran anggota trafik tu ambikkan gambar tapi makan masa skit sebab dia tak berjaya nak tekan coz pakai glove... akhirnya mintak tolong kat budak2 lelaki tu tolong ambikkan gambar....

Bila dalam 1 kilometer terakhir tu rasa macam dapat berjalan laju sikit... terasa laju sebab kebanyakan geng2 yang bergerak awal tadi dah mula kepenatan so bila dapat pintas diorang aku rasa dah cukup laju dah walaupun kelajuan tu sama je dari mula... hahahhaha... cuma frust sebab tak dapat nombor... kalau aku jauh ketinggalan kat belakang tak adalah aku frust sangat... tapi yang membuatkan aku frust sebab budak depan aku dapat nombor dan aku orang pertama yang tak dapat nombor diikuti Yatz orang kedua yang tak dapat nombor... frust kan tapi tak apalah yang penting enjoy dapat lakukan aktiviti macam ni.. hehehhe...

Malam ni nak hadiri majlis makan malam pulak kat IPD... Malam Jasamu Dikenang... harap harap yang melecet kat tapak kaki ni tak berikan masalah kat aku.. Aminnnn...


saiful apek sempat menghiburkan kami dengan telatahnya sebelum majlis perasmian bermula...

aduh... tak tahan aku tengok saiful apek... dengan gayanya yang menggelikan hati... cer tengok tu... konon2 gagah la tu... hahahahha!


Azie dapat tempat kedua...

Puan Lia dapat tempat pertama bagi kategori terbuka wanita


Tempat pertama kategori terbuka lelaki

ni la laluannya...

Aku dan Azie lepas habis walkathon....

Sampai jer rumah, terus ajak asben aku pergi beli barang dapur kat giant shah alam... tapi kami keluar rumah dalam pukul 2 lebih jugak... masa nak mandi tu tetiba je aku rasa perut macam kena cucuk dengan jarum... mungkin sebab dari pagi aku tak makan apa pun... masa walkathon tadi memang ada disediakan makanan tapi aku tak berani makan sebab baru lepas berjalan jauh... takut termuntah semula apa yang dimakan... kalau bersukan biasa aku tak kisah kalau terus makan... tapi yang ni aku tak berani (sebab dulu memang aku ada pengalaman muntah teruk lepas masuk acara merentas desa... zaman2 remaja dulu) Apa2 pun aku harap ianya bukan disebabkan jahitan kat perut aku tuh... huhuhu... tapi rasanya dah 9 bulan selepas operation tak ada masalah kut..... harap2lah!










0 comments:

Catat Ulasan

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea