Kawan2Ku

22 Februari 2013

Mesyuarat Agung Perkep Sesi 2013 / 2014

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Februari 22, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah. Berakhir sudah Mesyuarat Agung Perkep Sesi 2013 / 2014 IPD Subang Jaya. Tahniah pada barisan AJK baru. Dan padan muka aku yang beria2 berangan nak lepaskan jawatan sebelum aku cuti bersalin ni, rupanya tak dapat jugak nak lepaskan. Permintaan dari Puan Pengerusi untuk kekalkan aku untuk jawatan bendahari. Erm. Walaupun berat hati, tapi atas kepercayaan In Sha Allah aku akan cuba sehabis baik...


 

 





 

daaaaaaaaaaaaaaaaaa!

21 Februari 2013

Persediaan Mesyuarat Agung

Posted by Dalia Hassan at Khamis, Februari 21, 2013 1 comments
Assalamualaikum wbt...

Esok lebih kurang jam 2.45pm akan diadakan Mesyuarat Agung PERKEP IPD Subang Jaya bagi sesi 2013/2014... Dan aku, selaku bendahari persatuan dipertanggungjawabkan untuk membentangkan penyata kewangan berakhir 31 Disember 2012... InsyaAllah aku akan cuba yang terbaik walaupun aku tak ready apa2 pun... jangan esok sampai masa untuk pembentangan, aku jadi gabra sudah.. ada terberanak pulak aku kat dewan tu nanti... kekeke.. walaupun assistant aku, kak wani volunteer nak bantu aku untuk present, tapi aku tolak sebab InsyaAllah aku masih larat lagi untuk mesyuarat esok walaupun dah sarat gila dah ni... bukan apa, selagi boleh aku taknak susahkan orang lain dengan kerja aku.. tapi apa2 hal aku mintak kak wani standby je kut2 tetiba malam ni baby nak keluar pulak... terpaksa jugalah dia ganti aku (harap2 tak la)

Yang syoknya untuk mesyuarat esok, kami berjaya dapatkan sponsor dari Mamee dan Mydin untuk goodie bag bagi kat ahli yang datang esok. Alhamdulillah dapat jimat akaun persatuan kami memandangkan kami pun hanyalah non profit organization. Terima kasih pada Mamee dan Mydin sebab sudi sponsor kami.. harap2 tahun depan sponsor la lagi... ngeeeeee!



15 Februari 2013

Kalaulah....

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Februari 15, 2013 0 comments
Mood politik jap..... (maklumlah dah dekat nak pilihanraya ni)

Kalaulah ianya terjadi...

Umno dan PAS bersatu... tentunya akan melegakan hati orang-orang melayu, orang2 Islam.... 


Adakah ianya bakal terjadi??? Berdoalah semoga ianya menjadi kenyataan... Amin.

Alia : Aku yang mengharap... walaupun aku bukan kaki politik... huhuhu!

Menghitung Hari

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Februari 15, 2013 0 comments
Dup dap... dup dap... dup dap...

Berdebar rasanya menanti hari kelahiran si kecil...Kalau ikutkan due date, 6 March... tapi aku rasa mungkin awal skit dari tarikh... Dan pada perkiraan dan ramalan aku, kali ni kemungkinan besar aku akan melalui C- Section buat kali kedua... Kenapa? Sebab kedudukan baby dalam perut aku tak stabil... sehingga ke hari ni dah masuk 37 minggu, baby masih bermain2 dan berpusing2 dalam perutku ni... Keriangan agaknya sebab ada ruang yang besar untuk bermain... haish.... sama macam kakak dia dulu...

tapi tak kisahlah  bersalin secara czer atau normal, asalkan anak aku sihat dan selamat... InsyaAllah... minta kawan2 semua doakan kesihatan dan keselamatan kami ya... Amin.

Tendangan Si Kecil Dari Dalam

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Februari 15, 2013 1 comments
Sharing Is Caring 
 
 
Merasa tendangan pertama si kecil dan berfikir, “Adakah itu tendangan, atau cuma angin?

Pengalaman merasai bayi berputar, menggeliut, menumbuk, menendang dan tersedu merupakan salah satu daripada fasa kehamilan yang anda lalui. Ada ketikanya anda mungkin gusar tentang pergerakan bayi. Persoalan seperti adakah bayi cukup menendang atau terlalu banyak selalu muncul di minda. Tidak kurang juga ada yang beranggapan bayi mempunyai 2 pasang kaki disebabkan kekerapan dia menendang.

Trimester Pertama
 
Bermula daripada awal usia kehamilan hingga penghujung 3 bulan pertama, trimester awal ini merupakan masa di mana perkembangan pantas dan menakjubkan berlaku. Namun, jangan pula menjangka sebarang pergerakan bayi. Ketika ini, bayi masih terlalu kecil untuk membolehkan anda mengalaminya. Biarpun begitu, di dalam rahim, ketahuilah dia sudah boleh melonjak tetapi sayangnya, anda tidak mungkin dapat merasainya.

Trimester Kedua
 
Pada trimester ini, bayi anda sudah mampu sekurang-kurangnya menghisap ibu jari, menendang dan menghentam. Sesetengah wanita yang terlalu kurus atau yang pernah hamil sebelum ini mungkin boleh merasai pergerakan pertama bayinya seawal bulan ke-4. Namun, kebanyakan wanita tidak perasan atau mengenal pasti sentakan dan pergerakan pantas di mana ia dapat dirasai seperti angin atau kekejangan otot.

Pada bulan ke-5 pula, kebanyakan wanita dapat merasai kegelisahan dan rasa gemuruh bayi. Pergerakan bayi akan mula menjadi seperti gerakan akrobatik sebaik sahaja ototnya kuat dan kemahiran motornya berkembang. Namun, dia masih kecil untuk melakukan pergerakan tungging terbalik.

Apabila anda mula merasai “karate” pertamanya, jangan panik jika ia berlaku semula selepas beberapa jam. Malah ada juga yang merasainya selepas sehari atau dua. Pada tahap ini, saiz bayi masih kecil. Jadi, adalah normal untuk anda tidak merasai pergerakan yang tetap. Walau bagaimanapun, jika anda tidak merasai sebarang pergerakan sehingga pertengahan bulan ke-5, pastikan doktor yang merawat melakukan ujian imbasan ultra bunyi untuk memantau keadaan bayi.

Bayi akan mula banyak bergerak setelah usianya mencecah 6 bulan. Pergerakan kakinya lebih mengikut irama dan anda akan mula perasan tepukan kaki si kecil. Disebabkan kesibukan anda menjalani rutin harian, anda mungkin perasan bahawa bayi lebih aktif sebaik anda beristirehat terutamanya di waktu malam. Malah selepas anda mengambil snek pun, dia menjadi aktif apabila kandungan gula dalam darah memberi tenaga tambahan kepadanya. Antara lain, sewaktu anda berasa gemuruh, pengalaman yang sama dapat dirasai kerana adrenalin memberi kesan yang sama kepada bayi.

Trimester Ketiga
 
Pada usia kandungan 7 bulan, rahim semakin sempit. Namun, bayi masih mempunyai ruang untuk berpusing dan melambung. Dia juga semakin kuat. Jadi, tumbukannya benar-benar boleh membuatkan anda terkejut. Perlu anda ingat! Bayi adalah individu. Corak pergerakannya dengan bayi yang lain adalah berbeza. Jadi, jangan bandingkan pergerakannya dengan bayi dalam kandungan wanita yang lain. Malah, anda jangan tertekan jika bayi kurang aktif.

Berat bayi yang semakin bertambah pada usianya 8 bulan membuatkan ruang dalam rahim semakin sempit. Pergerakan akrobatiknya semakin berkurangan tetapi anda akan tetap boleh merasai dia menggeliang geliut dan berputar. Pada ketika ini juga, anda mungkin boleh merasai tusukan siku dan lututnya.

Pada usianya 9 bulan, anda tidak dapat merasai tendangan yang menumbuk-numbuk tetapi lebih kepada senggutan dan sepakan hingga menyentak anda daripada apa sahaja yang sedang anda lakukan ketika hal ini berlaku. Malah, anda mungkin akan mengalami kesakitan setiap kali kaki bayi terkena rusuk anda. Untuk melegakannya, ubah posisi atau miringkan pelvik anda.

Pergerakan Di Akhir Kehamilan

Pada minggu-minggu terakhir, bayi akan berada di dalam mangkuk pelvis dan bersiap sedia untuk dilahirkan. Kepala bayi dapat dirasai seolah-olah sebiji tembikai yang menekan lantai pelvis.

Pergerakan Pertama
 
Kebanyakan wanita akan merasai pengalaman tendangan pertama bayi sekitar minggu ke-13 hingga ke-25. Sesetengahnya dapat merasai bayi bergerak seawal minggu ke-13 hingga ke-16. Pergerakan pertama ini dikenali sebagai quickening. Ia sering digambarkan sebagai getaran. Ia mungkin sukar untuk tentukan sama ada apa yang anda rasai ialah angin atau pergerakan bayi. Namun, lama-kelamaan anda berupaya mengenal pasti corak pergerakannya. Ibu yang pertama kali hamil mungkin tidak dapat merasai pergerakan ini seawal seperti yang dialami oleh ibu hamil beberapa kali. Ketahuilah, ada ibu baru yang langsung tidak berpeluang melalui pengalaman ini sehingga kehamilannya masuk minggu ke-18 hingga ke-20.

Apabila kepala bayi “turun” ke dalam pelvis, anda akan terasa “ringan”, disebabkan kurangnya tekanan yang dahulunya berlaku di bawah tulang rusuk. Pada peringkat ini, anda tidak lagi merasai pergerakan yang biasa dilakukan bayi. Sebaliknya, anda mungkin mengalami tendangan yang tidak henti-henti di bawah tulang rusuk sama ada di sebelah kiri atau kanan (dipengaruhi oleh posisi bayi).

Carta Tendangan
 
Kebanyakan wanita dinasihatkan supaya mengesan pergerakan bayi dengan menggunakan carta tendangan. Anda perlu merekod pergerakan bayi sehingga jumlahnya mencecah 10 tendangan. Sebaik-baiknya pada waktu yang sama setiap hari. Carta ini membantu anda memahami pola gerakan bayi. Sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam pola tersebut, berjumpalah dengan doktor anda dengan segera untuk mengetahui puncanya

Adab Isteri Terhadap Suami Ketika Sedang Hamil

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Februari 15, 2013 0 comments
Sharing Is Caring
 
Kredit : Facebook Senang Hamil



• Mentaati, menghormati dan mengasihi suami


• Jika terasa hendak memarahi suami, tahan perasaan itu dan bertenang serta bersabar


• Tidak cerewet dan membuat banyak kerenah terhadap suami dan rumahtangga


• Jaga perasaan jangan sampai menyintai orang lain selain suami, kerana nanti melahirkan anak yang 

curang dan suka berasmara serta pergaulan bebas

Jaga lidah, jangan mengumpat, mencaci suami atau keluarganya dan juga orang lain


• Jaga mata daripada melihat lelaki lain selain suami. Tidak keluar rumah tanpa izin suami


• Menghargai nasihat dan pandangannya serta ibu bapanya (mertua)


• Jangan meminta perkara yang tidak mampu disediakan suami


• Sentiasa meminta kemaafan darinya


• Ingatkan suami untuk sentiasa mendoakan keselamatan diri dan anak yang bakal lahir


• Tetap melayani suami selagi mampu

Info : Bersalin Melalui Pembedahan

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Februari 15, 2013 0 comments

Sharing Is Caring
Kredit : Facebook Senang Hamil

Caesarean section ialah sejenis kaedah bersalin yang melibatkan pembedahan. insisi dibuat pada abdomen ibu dan uterus untuk mengeluarkan bayi. kaedah ini biasanya diaplikasikan apabila bersalin melalui faraj boleh membahayakan dan mengancam ibu atau pun bayi.

MENGAPA ANDA MEMERLUKAN CAESAREAN SECTION ?

laporan mengenai bersalin secara pembedahan (caesarean deliveries) menyatakan, 50% adalah dirangcang iaitu dinamakan ‘elective caesarean’; manakala 50% selebihnya adalah emergency caesarean (pembedahan kecemasan).

‘elective caesarean’ adalah diperlukan untuk:
1. kandungan kembar
2. bayi dalam kedudukan sonsang (punggung/kaki di bahagian bawah) atau bayi dalam kedudukan melintang.
3. plasenta praevia (plasenta menghalang salur kelahiran)
4. ibu mengalami darah tinggi yang serius.
5. mempunyai sejarah kompilkasi pada kelahiran sebelumnya

‘emergency caesarean’ diperlukan apabila :
1. untuk mengelak komplikasi ketika bersalin contohnya bayi terjerut oleh tali pusat.
2. bukaan serviks tidak memadai.
3. kedudukan bayi tidak sesuai untuk kelahiran melalui faraj.

PROSEDUR
1. berpuasa 6 jam sebelum menjalani pembedahan caesarean section.
2. menjelang prosedur, jururawat akan membantu anda memakai baju khas dan mencukur bulu pubis.
3. kateter getah akan dimasukkan untuk mengosongkan pundi kencing.
4. saluran intravena juga akan dimasukkan.
5. pakar perbidanan akan membuat insisi berukuran 10cm panjang di bahagian bawah abdomen selepas anda dibius.
6. bahagian bawah uterus juga akan dipotong. oleh itu , procedur ini dinamakan sebagai lscs (lower segment caesarean section), yang mana bahagian bawah dibedah.
7. air ketuban atau cecair amnion akan dipecahkan.
8. seterusnya bayi akan dikeluarkan dari uterus.
9. tali pusat akan dikepit dan dipotong bagi mengasingkan bayi daripada ibunya.
10. seterusnya bayi akan diserahkan kepada doktor pediatrik
11. pakar perbidanan akan mengasingkan plasenta dan mengeluarkannya.
12. uterus akan dijahit pada dua lapisan. abdomen juga dijahit pada dua lapisan. jahitan pada kulit dikeluarkan selepas satu minggu.
13. selepas prosedur selesai, anda akan dipindahkan ke bilik pemulihan untuk pemantauan.

secara umunya masa diambil dari masa kulit di insisi sehingga bayi dilahirkan adalah 5 minit. selebihnya adalah masa untuk lain-lain pembedahan selama 30minit.


APAKAH YANG AKAN TERJADI KEPADA SAYA SELEPAS BERSALIN MELAUI PEMBEDAHAN (CAESAREAN SECTION)?
1. anda perlu tinggal di hospital untuk 3 hari.
2. selepas pembedahan, anda pasti akan berasa mengantuk.
3. anda akan diberikan ubat penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan apabila anda bangun.
4. anda akan mendapati bahagian otot badan anda berasa lemah dan kendur. jangan bimbang selepas 6 minggu, anda boleh melakukan regangan badan untuk mendapatkan bentuk badan anda semula.
5. cuba untuk bergerak seawal yang boleh untuk meningkatkan peredaran darah dan mengelakkan darah membeku dibahagian bawah badan anda.
6. cuba untuk bangun dari katil selepas sehari melakukan pembedahan. anda boleh meminta tolong jururawat jika memerlukan sokongan fizikal.
7. anda perlu mengambil setiap perkara dengan mudah dan berehat sebanyak yang mungkin. anda seharusnya tidak mengangkat barang-barang yang berat dari berat bayi anda.
8. anda mungkin akan membongkokkan badan anda sedikit apabila ingin berdiri tetapi ingat anda harus berdiri dengan lurus.
9. pakai seluar dalam yang mempunyai pinggang yang tinggi dan lembut supaya dapat mengelakkan dari terkene tempat yang luka.
10. untuk minggu pertama , anda perlu melembapkan sahaja diri anda dengan span untuk mengelakkan air yang banyak dari terkena luka anda.
11. selepas tujuh hari bersalin, anda perlu kembali ke hospital untuk megeluarkan jahitan.
12. anda boleh mandi seperti biasa selepas jahitan dikeluarkan.
13. parut akan kelihatan seperti garisan halus dibawah pinggang.
14. kadangkala parut menjadi lebih sensitif, gatal dan tidak selesa untuk beberapa minggu sebelum ia pulih. luka anda mungkin pulih sepenuhnya dalam masa 6 minggu selepas bersalin.
15. kadangkala, parut akan membengkak. anda boleh mendapatkan krim dari farmasi untuk mengurangkan ketebalan luka .

Mitos : Kelahiran Secara Caesarean

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Februari 15, 2013 0 comments

Sharing Is Caring
Kredit : Facebook Senang Hamil
mitos : jika sekali anda melalui pembedahan secara caesarean, selamanya akan melalui pembedahan secara caesarean.

fakta: pada masa dahulu, insisi dilakukan secara menegak untuk pembedahan secara caesarean, mengakibatkan luka menjadi parah dan ada risiko pendarahan semula apabila ingin bersalin melalui faraj. oleh itu, memang sepatutnya apabila telah melalui pembedahan caesarean, akan berlaku pembedahan caesarean semula apabila bersalin akan datang. pada masa kini, insisi dilakukan melintang di bawah bahagian rahim. kaedah terbaru telah dapat mengurangkan kehilangan darah dan risiko pendarahan rahim. disebabkan itu, wanita digalakkan untuk bersalin melalui faraj setelah melalui pembedahan caesarean jika keadaan mereka dapat berbuat demikian. bagaimanapun, setelah melalui 2 atau lebih pembedahan caesarean, si ibu dinasihatkan untuk bersalin secara pembedahan caesarean (elective caesarean) kerana dipercayai risiko parut caesarean akan berdarah adalah tinggi berdasarkan bilangan pembedahan caesarean yang telah dilalui. risiko rahim akan berdarah apabila bersalin melalui faraj setelah melalui caesarean adalah 1% dan risiko untuk kehilangan bayi atau komplikasi berkaitan (bayi atau ibu) adalah 10% ke 30% apabila pendarahan berlaku.

Kebaikan Suami Temankan Isteri Bersalin

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Februari 15, 2013 0 comments

Sharing Is Caring
Kredit : Facebook Senang Hamil

Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?

1. meredakan debaran di hati isteri
saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. meredakan kesakitan isteri
kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. menimbulkan keinsafan di hati suami
secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. lebih menyayangi dan menghargai isteri
apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. lebih menghargai keluarga
melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.


suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. suami boleh membantu dengan cara:
• memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
• mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
• mengelap muka isteri apabila berpeluh

Uri Yang Terletak Rendah (Plasenta Previa)

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Februari 15, 2013 0 comments


Ia adalah komplikasi kehamilan yang mana plasenta berada di bahagian bawah uterus dan menutupi sebahagian atau kesemua serviks atau pembukaan rahim. dalam setiap 1,000 wanita, antara tiga hingga enam orang mempunyai masalah ini. perdarahan mungkin berlaku sebagai satu simptom keadaan ini. apabila bahagian bawah rahim atau uterus mulai regang pada peringkat kedua kehamilan, plasenta mungkin terpisah, menyebabkan perdarahan yang teruk. bayi tidak boleh dilahirkan melalui vagina jika plasenta menutupi pembukaan rahim secara menyeluruh.

perdarahan yang tidak dapat diberhentikan (haemorrhage) boleh menggugat nyawa kedua ibu dan bayi, walaupun ini jarang berlaku. jika perdarahan tidak berhenti, atau jika ibu terus maju ke peringkat kelahiran pramatang, bayi akan terpaksa dilahirkan melalui pembedahan caesarean walaupun jangkaan tarikh bagi kelahiran bukan untuk beberapa minggu lagi.

plasenta previa boleh dibahagikan kepada empat jenis, yang disenaraikan di bawah, di mana yang dua terdahulu adalah yang paling biasa.
i) plasenta terletak rendah di bahagian bawah rahim, namun begitu, bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina;
ii) bahagian bawah pinggir plasenta bertemu dengan pembukaan serviks, tetapi tidak menutupinya, jadi bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina;
iii) plasenta menutupi sebahagian pembukaan serviks, oleh itu, bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean;
iv) plasenta menutupi pembukaan serviks sepenuhnya, oleh itu bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean.

jika anda ada membuat imbasan ultrasound semasa awal kehamilan dan plasenta ternampak seakan-akan terletak berdekatan dengan serviks atau menutupinya, jangan pula anda merasa terlalu bimbang. itu semestinya bukan plasenta previa. semasa bayi anda membesar, uterus anda yang mengembang itu akan secara semulajadi, menarik plasenta dan memisahkannya dari serviks. walaupun plasenta masih terletak rendah semasa imbasan minggu ke-20, ini mungkin bukan lagi merupakan satu masalah apabila anda sudah cukup bulan. ini adalah disebabkan semasa pembesaran bahagian bawah rahim anda, kebanyakan plasenta seakan-akan "bermigrasi" ke atas di waktu trimester ketiga.

APAKAH BEBERAPA PETANDA AMARAN PLASENTA PREVIA?
perdarahan vagina yang tidak sakit semasa tiga bulan terakhir kehamilan selalunya merupakan petanda amaran dan anda perlu memanggil doktor dengan segera jika ini berlaku. namun begitu, mungkin tiada petanda amaran langsung dan kenyataan yang anda mempunyai plasenta previa mungkin hanya diketahui semasa imbasan ultrasound.

ADAKAH SESETENGAH WANITA LEBIH BERISIKO DARI YANG LAIN?
wanita yang mengandung bayi kedua dan seterusnya lebih berisiko daripada wanita yang mengandung bayi pertama. lebih berisiko lagi adalah wanita yang sebelum itu bersalin melalui pembedahan caesaraean, atau mereka yang sudah melalui kehamilan dengan plasenta previa, atau yang merokok. namun begitu, kebanyakan wanita dengan plasenta previa tidak mempunyai sebarang faktor risiko yang ketara. 



Adab Ketika Menyambut Kelahiran Bayi

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Februari 15, 2013 0 comments

Sharing Is Caring

1. Melakukan sujud syukur sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Suami boleh lakukan di mana sahaja dia berada ketika itu. Ia elok dilakukan sebaik sahaja anak keluar daripada rahim ibu. Perbanyakkan bacaan zikrullah (tasbih, takbir dan tahmid).

2. Mengikut hadis sahih daripada Abu Daud dan Tarmizi, sunat untuk diazankan di telinga bayi sebab ia dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika cucu baginda, Hassan lahir. Imam Ibnu Qayyium memberitahu azan dilakukan supaya kalimat seruan tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang didengar oleh bayi.

Sementara Sheikh Muhammad Ali Qutub pula menyamakan seruan azan/iqamat seperti bacaan talqin. Kelahiran bayi bermaksud bayi berpindah dari alam rahim ke alam dunia, seruan azan mengingatkan bayi tentang tanggungjawabnya di dunia. Sebab itu bayi menangis ketika baru lahir ke dunia.

3. Memohon doa keselamatan untuk anak supaya dijauhkan daripada gangguan syaitan. Apa-apa sahaja doa yang diketahui oleh ibu bapa boleh dibacakan. Nabi Muhammad s.a.w juga melakukan amalan ini apabila cucundanya lahir. Amalan ini disebut dalam hadis sahih dari Bukhari. Ustaz Abu Hasan mengingatkan ibu bapa agar jangan sekali-kali melakukan amalan meletakkan gunting, paku dan sebagainya lagi di bawah bantal bayi bertujuan menghalau syaitan atau sebarang gangguan iblis. Ia boleh jatuh syirik kerana ia perbuatan yang khurafat.

4. Sunat memberi ucapan tahniah kepada ibu bapa yang baharu sahaja mendapat anak. Ia ada disebut dalam kitab Imam An-Nawawi. Tujuannya untuk menghulurkan rasa kegembiraan kepada seluruh ahli keluarga yang memperoleh cahaya mata baharu selain mengeratkan kemesraan dan ikatan silaturrahim di antara mereka. Disarankan mereka yang berkunjung melawat bayi turut menghulurkan buah tangan seperti hadiah, wang dan sebagainya kepada ibu bapa tersebut.

5. Tanam uri dengan segera kerana ia adalah benda kotor dan najis. Menurut Ustaz Abu Hasan, uri tersebut tidak perlu dibersihkan seperti dilakukan sesetengah masyarat yang membersihkan uri dengan garam dan asam gelugor. Sebaiknya bungkus terus dan segera ditanam. Elok ditanam di tanah yang keras dengan mencangkul dalam tanah untuk mengelakkan daripada dikorek dan dimakan binatang. Selain itu dia juga mengingatkan ibu bapa agar jangan percaya kepada amalan sesat yang menanam uri bersama objek lain kerana percaya memberi nasib yang baik kepada bayi. Amalan itu boleh merosakkan akidah.

6. Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak. Nabi menyuruh ibu bapa memberi nama anak pada hari ke-7 atau secepat yang boleh.

7. Sunat melakukan tahnik atau belah mulut bayi baharu lahir. Tahnik ialah mengunyah buah kurma dan diletakkan sedikit rasanya di dalam mulut bayi. Tahnik bertujuan memohon kepada Allah SWT supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya daripada menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya”.

8. Sunat membuat aqiqah yang bermaksud penyembelihan binatang ternakan seperti kambing, lembu, kerbau atau unta dan lebih afdal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi. Hadis Abu Daud ada menyebut aqiqah dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT supaya mendekatkan anak kepada Allah. Daging sembelihan hendaklah disedekahkan kepada orang sekeliling supaya mereka tahu tentang kelahiran anak anda. Tetapi jika ibu bapa tidak mampu melakukan aqiqah tersebut dalam masa terdekat, ia boleh dilakukan sebelum aqil baligh si anak. Sunah Rasulullah menyuruh aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan.

9. Mencukur jambul atau rambut anak yang baharu lahir. Menggunting sedikit rambut bayi pada hari ke tujuh adalah sunat. Ini sebagai tanda permulaan kehidupan anak kecil sebagai manusia dan hamba di sisi Allah selain menggalakkan pertumbuhan rambut baharu yang lebih sihat. Selalunya majlis kenduri diadakan untuk menyambut kelahiran bayi. Sesiapa sahaja boleh menggunting rambut baik tetapi lebih baik jika dilakukan orang yang soleh dan keluarga terdekat. Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam, beras dan bunga semasa mencukur rambut anak tidak dibenarkan kerana amalan ini diambil daripada budaya Hindu.

10. Mengkhatankan anak. Hadis daripada Al-Baihaqi menyebut Rasulullah bukan hanya menyembelih kambing tetapi turut mengkhatankan bayi baharu lahir pada hari ketujuh. Berkhatan bagi lelaki bertujuan untuk kebersihan, mencegah penyakit dan seksual. Perkara ini menjadi sunat kepada kaum perempuan dan satu kewajiban bagi lelaki. Bagi perempuan tidak perlu sebab Imam Syaukawi sebut tidak ada dalil yang sahih tentang wajib berkhatan bagi perempuan.

INTRAUTERINE INSEMINATION (IUI)

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Februari 15, 2013 0 comments

Sharing Is Caring
Kredit : Facebook Senang Hamil

IUI adalah proses inseminasi sperma yang telah diproses ke dalam rahim wanita pada hari ovulasi dijangka akan berlaku. iui hanya diadaptasikan bagi wanita yang mempunyai rahim yang normal dan tiub fallopian tidak tersumbat. indikasi bagi IUI termasuk:
1. masalah ovulasi
2. cecair serviks yang tidak memadai
3. endometriosis
4. masalah sperma (oligozoospermia, asthenozoospermia, teratozoospermia)
5. faktor immunologi (antisperm antibodies)
6. ketidaksuburan yang belum dikenalpasti puncanya
7. pendermaan sperma


dalam IUI, wanita tersebut perlu menjalani ransangan ovari. ini boleh dicapai dengan mengambil pil clomiphene citrate atau suntikan gonadotropin setiap hari. apabila diameter folikel telah mencecah 18 mm, suntilan hcg akan diberi untuk mematangkan ovulasi sekaligus mematangkan telur. suntikan hcg biasanya diberi pada pukul 12 malam dan prosedur iui dijalankan 36 jam berikutnya.

pada hari prosedur iui dijalankan, pasangan lelaki perlu mengeluarkan semen untuk diproses. berikut merupakan beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian.

• mengekang diri dari hubungan seks 3 hari sebelum mengeluarkan sampel
• memaklumkan sekiranya pernah jatuh sakit atau mengambil sebarang ubat-ubatan dalam tempoh 2 bulan sebelumnya.
• digalakkan mengeluarkan sperma secara masturbasi
• mencuci tangan sebelum mengeluarkan sperma
• elakkan menggunakan pelincir atau sabun
• elakkan semen dari tertumpah

embryologist akan memproses semen dengan mengasingkan plasma, sel-sel dan sperma yang telah mati. proses pemilihan sperma dilakukan dengan mencampurkan media khas dan beberapa siri pengemparan. larutan akhir yang mengandungi kepekatan sperma aktif yang tinggi akan diinseminasi ke dalam uterus.

prosedur iui tidak memerlukan bius dan ianya hampir sama seperti pap smear. spekulum digunakan untuk membuka bukaan vagina. ini memudahkan doktor untuk memasukkan kateter ke dalam serviks

keseluruhan prosedur hanya mengambil masa 5 minit untuk selesai. selepas IUI, pesakit memerlukan sokongan peleutenan seperti tablet vagina atau suntikan. perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

• banyakkan rehat dan elakkan aktiviti fizikal yang berlebihan. anda tidak perlu berehat di atas katil sepenuhnya
• minum air secukupnya
• elakkan pengambilan ubat-ubatan tanpa nasihat doktor

ujian kehamilan akan dilakukan 2 minggu selepas prosedur untuk menentukan status kehamilan

Bersalin Menggunakan Forcep

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Februari 15, 2013 0 comments

Sharing Is Caring
Credit : Facebook Senang Hamil

syarat-syarat untuk bersalin menggunakan forsep
1. doktor akan memastikan serviks telah terbuka sepenuhnya. ini kerana serviks yang tidak terbuka akan menjadi penghalang untuk menggunakan forsep
2. persembahan bayi mestilah sama ada puncak ataupun muka.
3. kepala bayi harus berada dalam keadaan tergantung di bukaan serviks.
4. pundi kencing mesti dikosongkan.

PROSEDUR

1. doktor akan memeriksa saiz kepala bayi san saluran kelahiran untuk memastikan tiada halangan semasa proses kelahiran.
2. doktor akan memeriksa tulang pelvis bakal ibu dan kedudukan kepala bayi sebelum memasukkan forsep.
3. anda akan diletakkan pada kedudukan lithotomy (kedua-dua belah kaki diletakkan di atas pemegang di bahagian sisi katil).
4. kateter akan dimasukkan ke dalam pundi kencing untuk mengosongkannya.
5. sekiranya perlu, doktor akan membuat episiotomi untuk meluaskan lagi bukaan untuk memudahkan forsep dimasukkan dan seterusnya memegang kepala bayi.
6. apabila forsep telah memegang kepala bayi, doktor akan menarik dan pada masa yang sama anda perlu meneran untuk membantu bayi keluar.

Bersalin Menggunakan Vakum

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Februari 15, 2013 0 comments

Sharing Is Caring

Kredit : Facebook Senang Hamil

Prosedur

1. doktor akan memeriksa saiz kepala bayi dan bukaan salur kelahiran untuk memastikan tiada halangan semasa proses bersalin.
2. berat bayi dianggarkan melalui pemeriksaan abdomen dan saiz uterus. pelvis diperiksa melalui pemeriksaan vagina.
3. anda perlu meletakkan kaki diatas stirrups (kedudukan lithotomy)
4. tiub getah akan dimasukkan ke dalam pundi kencing untuk mengosongkannya.
5. seterusnya doktor akan memasukkan cawan vakum ke dalam vagina.
6. cawan akan diletakkan di kepala bayi dan doktor akan memastikan tiasa tisu serviks yang terperangkap di dalamnya.
7. semasa uterus mengecut, tekanan vakum akan ditingkatkan sehingga 0.7kg/cm2 dan perlahan-lahan doktor akan menarik pemegang cawan tersebut, membantu bayi menuruni salur kelahiran.
8. setelah tekanan yang dikehendaki diperolehi, doktor akan menarik pemegang di bahagian dasar cawan.
9. ibu hendaklah meneran berselang seli dengan kuasa yang dikenakan.
10. antara pengecutan rahim, tekanan dalam vakum dilepaskan tetapi cawan vakum masih berada ditempatnya.
11. episiotomi perlu untuk memastikan bukaan vagina cukup besar bagi bayi keluar.
12. sebaik sahaja kepala bayi berada di bukaan vagina tekanan pada cawan dilepaskan dan bayi dilahirkan seperti bersalin spontan melalui vagina.
13. seterusnya, mukus di dalam mulut dan hidung bayi disedut. kemudian baru lah bahu dan badan dilahirkan.
14. plasenta akan dikeluarkan.
15. luka pada vagina akan dijahit menggunakan benang yang boleh mereput secara semulajadi.
16. selepas kelahiran vakum, bayi akan mengalami pembengkakan tisu lembut di bahagian kepala. ia akan hilang selepas 3 bulan.

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea