Kawan2Ku

28 Ogos 2013

Majlis Hari Raya Perkep Malaysia 2013

Posted by Dalia Hassan at Rabu, Ogos 28, 2013 0 comments


Assalamualaikum wbt...



Petang tadi aku sempat menghadirkan diri di majlis hari raya PERKEP Malaysia di Mess Pegawai Kanan, Bukit Aman.. Alhamdulillah... makan free lagi...  {errrr.... tolonglah... macamana aku nak diet ni???? tapi...  takper... hari ni jer... so.. kira okaylah tu... hari ni jer makan banyak k... hahahaha... hari2 pun hari ni jer..}


Aturcara Majlis
Mak Reha dan Datuk Zaleha... kawan lama katanya...
 
Mak Reha dan Puan Seri Datin Sri Imran... pengerusi PERKEP Malaysia... (wife Ketua Polis Negara)




Happy Birthday Datin....

betulllll...  tak tipu... aku makan ni jer... (",)(,")

okayyyyyy... sebelum balik kita singgah Sogo jap yer... haha!

Tu jer...... daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

22 Ogos 2013

Biar

Posted by Dalia Hassan at Khamis, Ogos 22, 2013 0 comments

Biar kau kata aku gedik
Biar kau kata aku mengada ngada
Biar kau kata aku tak tahu malu
Biar kau kata aku sampah
Biar kau kata aku bodoh
Biar kau kata aku hodoh
Biar kau kata aku itu
Biar kau kata aku ini
Biar kau kata aku begitu
Biar kau kata aku begini

Biarkan aku dengan cara aku
Kerana AKU adalah AKU...

20 Ogos 2013

Rindu Arwah Atok

Posted by Dalia Hassan at Selasa, Ogos 20, 2013 3 comments

Assalamualaikum wbt....

Hari ni masa tengah drive nak pegi keje, entah kenapa tiba2 rasa rindu kat arwah Tok Kin... Arwah pergi masa umur aku 16 tahun dan masa tu aku tengah bergelumang dengan peperiksaan pertengahan tahun... sedih sangat.. dalam ramai2 cucu, arwah pernah buat pengakuan yang akulah cucu yang dia paling sayang... dan aku mengakuinya....

Arwah tok kin dan nenek panggil aku dengan panggilan 'darling' sehinggakan pada ketika tu semua pakcik dan makcik aku pun panggil aku 'darling'.. dulu memang aku senang dengan panggilan tu, tapi sekarang kalau ada orang panggil aku 'darling' mmang rasa macam nak termuntah lumut hijau! Huhu!

Teringat arwah atok dan kenangan bersamanya, tiba tiba jer buat airmataku mengalir... huh! Dasar cengeng!

Al Fatihah....

Published with Blogger-droid v2.0.10

18 Ogos 2013

Kisah Raya 2013

Posted by Dalia Hassan at Ahad, Ogos 18, 2013 0 comments

Hari ni dah raya ke berapa yer??? macam tak rasa raya jer sebab raya ke lima dah kena keje... sedeyyyyy... hari tu pun aku tak sempat update apa2 pasal raya walaupun kat draft dah ada satu entry tajuk 'Salam Aidilfitri'... entahlah aku pun tak ingat kenapa aku tak publishkan entry tu, mungkin sebab busy sangat sampai terlupa nak publish.. tapi alang alang dah terlewat, aku buat jer la satu entry lain pasal raya...

Raya Pertama

Tahun ni giliran beraya rumah encik asben kat kota tinggi.. macam biasa, setelah bermaaf maafan dan menghadap santapan raya, kami bertolak menuju ke Pontian, kampung bapa mertuaku yang berketurunan bugis... Seharian beraya di Pontian, kami pulang ke Kota Tinggi dengan kepenatan yang amat sangat... Anak2 seronoklah dapat beraya sebab dapat collect duit raya, mak ayah ni plak penat sebab kena keluar duit raya... hahahhaha tapi apa salahnya... seronok bila tengok budak2 gembira... teringat zaman kanak2 aku dulu... meriah!

Plan asal konon sebelah malam nak bawak anak2 lepak kat danga bay, tapi kansel sebab masing masing dah tertidur kepenatan...

(baru terperasan yang raya pertama ni aku tak ambik satu gambar pun... huhu!)

Raya Kedua

Hari ni duduk rumah jer sebelah pagi sebab anak anak buah mertuaku datang berkunjung di rumah... sebelah petang plak pergi beraya kat rumah sedara di Felda Air tawar 3 dan 5... pastu terus ke rumah mak usu kat taman apa ntah nama kat bandar kota tinggi... (hahahaha lupa laaa)

Anaqi, Ainul dan adik ipar aku... (cer tengok tudung si Ainul tu.. dah macam tudung makcik2... tudung yang aku bagi dia taknak pakai, nak pakai tudung mak nek dia plak... haissssss)

bergambar adik beradik dan anak masing2...

Anaqi dan Ainul... kalau jalan bawak budak berdua ni mesti orang tanya, kembar ker????

Raya Ketiga

Plan asal seawal pagi nak pergi rumah mak ucu aku kat Kluang... yerla alang2 dah ada kat kota tinggi ni, sebelum balik Segamat bolehlah menjengah mak sedara yang kat Kluang tu... kalau tak, tak tau lagi bila... dah janji dengan adik beradik yang lain nak jumpa terus kat Kluang, tapi atas sebab tertentu tak dapat nak singgah Kluang...
Masa nak gerak balik Segamat dari rumah mertua, asben aku baru perasan yang tayar kereta dah pecah... so sebelum balik segamat, kami beraya kat bengkel kereta cina la... yerla.. dah bengkel kereta orang melayu tutup... hahahah!


Masa kat bengkel ni la mak call... mak kata mak long anak beranak nak datang rumah tengahari ni... aduh aku yang excited nak jumpa sedara.. lama dah aku tak jumpa mak long... rasanya last jumpa mak long masa sepupu aku kawin kat Kluang bulan Januari haritu... tapi setelah dikira2 masa yang akan kami ambil untuk sampai ke segamat menunjukkan bahawa memang aku tak akan sempat jumpa diorang.... waaaaaaaa! yerla.. pukul 11.45am kami masih kat bengkel...


Aktiviti dalam kereta ketika jem kat trafik light Kulai... tengoklah.. muka berminyak jadinya sebab lama menunggu kat bengkel + kepanasan..
Adussss... tension rasa.. ingatkan kami jer yang keluar beraya rupanya semua pun kuar beraya... apa lah salahnya diorang ni dok kat rumah jer raya ni so takderlah jalan jem dengan semua kenderaan dipenuhi dengan manusia2 yang berpakaian raya... hahahahahah!

kat hiway dari kulai ke yong peng selatan pun jem giler.. ada eksiden rupanya.. adoila... kesian kat diorang tu raya2 eksiden plak... harap2 mintak dijauhkan la dari segala malapetaka...

sampai rumah mak dekat jam 3.. memanglah keluarga mak long aku dah lama balik... mak kata pukul 1 diorang sampai... dok lepak makan2 borak2 kul 2 lebih jugak diorang balik nak sambung beraya rumah yang lain2...

Untuk pengetahuan korang jugak, mak long aku ni mak kepada bekas personaliti tv3, Normala Shamsudin... kiranya dalam sepupu2 aku sebelah mak, kak mala ni la paling tua diantara kami... dan dia memang peramah dan tak pernah sombong diri dengan kami.. setiap kali raya kalau kami tak berkesempatan nak jumpa, mesti dia kirim salam ingatan buat kami melalui mak..

kak ani (kakak aku) sibuk nak bergambar dengan kak mala masa kak mala datang rumah mak aritu...
Sampai je kat rumah mak, aku terus ajak mak pegi dusun durian... abah dah memang berkampung kat dusun.. mak tanya aku, tak penat ker? aku? mana ada penat.. berkobar2 lagi nak pergi dusun... jeles tengok gambar2 diorang beraya kat dusun masa hari raya pertama... siap makan ketupat rendang lagi kat sana...

tengok abah aku ni... memang kuat menyakat.. mula2 dia tak bagi aku belah durian tu sebab durian yang paling mahal katanya...nak jual.. pastu dengan selambanya dia belah durian tu dan makan depan aku sambil buat muka.. hahaha!

manggis... belum masak sepenuhnya...

tukang jaga adik...

sekali pungut satu pokok boleh dapat satu kereta sorong ni...



yummyyyyyy!





kepenatan... hahaha! (Atau dengan erti kata yang lebih tepat : ular kekenyangan) haha!
Kebetulan pulak musim durian tahun ni jatuh pada musim raya... kalau tahun lepas tak salah aku sebelum ramadhan buah dah gugur.. tapi durian kali ni lebih banyak dari musim2 yang sebelum ni.. abah kata sehari boleh dapat beratus kilo... errrmmm.. banyak gak tu...

Raya Keempat 

Hari ni dah nak balik Subang.. kejap jer dapat dok rumah mak.. tak sampai 24 jam pun.. huhu! pagi tu mak ajak pergi beraya rumah tok induk.. tapi pagi sebelum kitorang keluar beraya, anak buah abah datang beraya.. so kami keluar lewat skit dari rumah walaupun dah janji dengan tok induk nak datang rumah dia jam 10.30am..

                                                                   
pagi tu aku masa aku nak mandi rasa macam pelik kenapa ada ramai orang kat luar rumah padahal masa tu abah aku tak balik dari dusun...

 
bila tanya kat mak, mak kata sejak musim durian macam tu la keadaan kat rumah setiap pagi... kul 8.30am jer orang dah mula tunggu abah balik dari dusun... memang tak sempat nak pergi hantar durian2 tu kat kedai... yang dah booking awal2 lain, yang datang main serbu lain, yang call rumah tanya ada durian lagi tak memang tak dapat la.. hahaha (sebab aku tukang jawab telefon hari tu)
tengok... dalam masa tak sampai 2 minit sempat gak bergambar walaupun tak senonoh skit... tengok kat tangan aku tu ada aiskrim.. mana taknya, tengah makan aiskrim mak bising suruh cepat nak pergi rumah tok induk.. yang aku sempat lagi nak bergambar sebab tak sempat bergambar raya lagi...
Sebelum naik kereta, sempat lagi bergambar dengan Ainul tu... hahaha!
sempat posing lagi kat rumah tok induk.. Ainul sibuk main lari2... Arissa? nak tau baby Arissa kat mana???

tarrrrraaaaaaaaaaaaaaaaa! papa dia yang jaga sambil tidur... adoila.. harap2 tok induk tak nampak perangai lakiku ini... hahaha!
 Balik dari rumah tok induk, aku terus pergi rumah long singgah beraya sebelum balik semula ke Subang... nak pergi rumah azhar, dia pun ada sama melepak kat rumah long sebab bini dia tak ada kat rumah, balik Palong.. mak dengan adah dah terus ke dusun tolong abah kutip derian... 

Gerak dari Segamat kul 3 petang, tepat jam 7.05pm aku dah sampai kat SOGO... diulang sekali lagi yer... SOGO... hahahahaha! aritu tak sempat shopping sebab orang sesak sangat... inilah masanya yang lengang dan sesuai untuk shopping...

Sampai rumah dekat pukul 10pm masing2 terbaring kepenatan... hahaha!                          

~Hilangkan Rasa Gayatmu~

Posted by Dalia Hassan at Ahad, Ogos 18, 2013 0 comments
Entah kenapa, semenjak aku menaiki roller coaster di Universal Studios Singapore, seakan fobia bila sebut perkataan roller coaster. Gayat. Itulah yang aku rasakan.

Errr... ada sesapa tau tak macamana cara nak hilangkan gayat???

Sekarang ni aku tengok gambar jer pun dah boleh meremang bulu roma... dulu tak adalah sampai macam ni.... huhu!

~Haishhhhhhh~

17 Ogos 2013

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, Ogos 17, 2013 0 comments

Minggu 'Bahagia'

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, Ogos 17, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt....

Hari ni berakhirnya minggu 'bahagia' aku sebab nak pergi opis cuma ambik masa 25 minit jer, coz atas jalan kenderaan kurang dari biasa... bahagia kan? hahaha! Teringat hari Rabu aritu aku tertidur pas subuh then pukul 7.11am encik asben kejut tanya aku tak keje ker? Memang terkejut mak nenek la aku sebab biasanya 7.11am tu aku dah tercongok kat opis... hahahha.. dengan kelam kabut aku mintak tolong encik asben aku gosokkan baju dan aku terus mandi.. pukul 7.25am (terror x? betapa pantasnya aku..) aku dah ada dalam kereta... nasib menyebelahi aku, trafik lite semua color hijau dan.... 7.45am aku dah sampai opis.. hebat.. sangat hebat.. rasanya kalau minggu biasa ni kalau 7.25am aku kuar rumah rasanya mau 8.30am baru sampai opis...
Tapi hari bahagia tu berakhir dah hari ni.. minggu depan dah mula bersesak semula... tak sukaaaaa... sob sob sob..
Hari ni kat opis pulak, dok layan radio kuat2 untuk hilangkan mengantuk... terbaekkkkk.. cuma yang tak bestnya, satu satunya anggota trafik yang aku takut nak pandang muka dia sibuk plak menyibuk kat opis.. siap soal siasat aku lagi tanya kenapa aku kerja sorang2.. lagi mau tanya ka? Kan hari ni sabtu...
Tapi aku tak tau kenapa dari dulu aku takut nak pandang dia.. kekadang kalau nampak dia dari jauh terus aku buat keje lain tak mau tengok dia.. kalau nampak dia seakan nampak hantu.. walaupun dia jenis pendiam, tak banyak cakap n jarang bergurau dengan kitorang... tapi... pandangan tajam mata dia tu menakutkan aku... hahahaha! Betul tak tipu.. my bff si Linie pun perasan benda yang sama... dan kami sama2 tak suka kat anggota yang sorang tu... nasiblah yer...
Okla.. aku nak sambung wat keje ni... (curi tulang lagi... hahaha!)
Daaaaaaaaaaaaaaa.....
Published with Blogger-droid v2.0.10

16 Ogos 2013

Jalan - Jalan Cari Makan : Kenny Rogers Roaster

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 16, 2013 0 comments

Sebenarnya... dari bulan puasa hari tu aku dah mengidam nak makan KRR ni.. tapi plan nak berbuka puasa dengan opismate pun terbantut sebab tak dapat cari masa yang sesuai.. kalau bulan ramadhan tahun lepas sempat lagi ber iftar di KRR bersama geng, tapi tahun ni tak sempat.. Cuma sempat berbuka puasa bersama geng Dejavu Di Kinabalu di Maeps Serdang..

Dan akhirnya hari ni dapat jugak aku melepaskan kerinduan nak makan KRR ni.. oleh sebab kawan2 yang lain masih dalam tempoh bercuti raya sakan (ayat jeles sbb tak cuti) so yang pergi hari ni cuma aku, sue dan faizah.. okla kan.. kalau nak tunggu yang lain lain tu ada, entah bila agaknya aku dapat makan KRR ni... aku bukan apa, takut kempunan jer.. tak pasal pasal kena lari redah hutan sebab nak cari batu belah batu bertangkup...

"Batu Belah Batu Bertangkup... Makanlah Aku Telanlah Aku... Aku Kempunan Kenny Rogers Roaster..."

huh! Sangat tidak sesuai...

Muffin yang sentiasa menjadi idaman...


Jemput tengok....
Tapi walau macamana pun kelazatan Kenny Rogers Roaster, Subway tetap dihati.. hahahaha! (camana la nak kurus ni??? mimpi!)


Ok.. lepas ni harap harap KRR yang belanja makan kat KRR.. ok?? (hanya yang faham jer boleh faham... hhhahahah)

Sengal...

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.........

Semalam Yang Entah Apa Apa..

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 16, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah.. rasanya hari ni aku dah kembali bertenaga semula setelah semalam yang aku rasa sangat tidak bermaya... nasib baik la tak demam.. kalau demam payah plak nak tinggalkan keje2 aku tu.. almaklumlah aku ni kan pekerja yang tekun, rajin lagi berdedikasi (lah sangat)... haha!

Kat opis semalam pun aku curi2 masa skit baca novel Kampung Girl (aisshhhh.. baru je cakap pekerja yg berdedikasi) untuk hilangkan rasa mengantuk.. maklumlah masih dalam mood raya mana ada mood nak kerja... bila tangan dah pegang novel, mood jd ceria la.. bleh tergelak sorang cam minah sewel... tp sambil2 baca novel sambil buat keje jugak la.. tak mau la makan gaji buta walau sebenarnya memang pun.. hahah.. (eh.. tapi keje aku settle tau)

Tengah syok layan novel, encik boss yang juga sama macam aku masih dalam mood raya datang meneman.. okla.. ada jugak geng nak borak, hilang skit rasa mengantuk.. ngeeeeee! (Aduh... lapar Kenny Rogers Roaster la....)

Petang tu aku dah ada rasa aura2 nak demam.. seriau gak sebab adik beradik aku nak datang malam ni.. larat ke tak nak masak mee bandung seperti yang dijanjikan.. sampai rumah setelah beli barang semua aku terus memulakan operasi kat dapur.. anak2 aku biarkan kat taska dulu sebab kalau aku ambik diorg awal2 memang tak siaplah keje aku.. sebelum masak, aku sempat telan 2 biji panadol sebab dah rasa tak larat sangat. Encik asben aku pulak dah start keje hari ni, confirm la balik lewat.. 

Entah apa malangnya, salah satu telur yang aku ketuk untuk masuk dalam mee bandung tu macam dah tak elok.. terasa skit bau kehanyiran telur dalam mee bandung muarku .. aku pun pelik camana bleh terlepas masuk dalam periuk padahal aku ketuk sebiji2 masuk dalam cawan dulu sebelum aku campak dalam periuk yang tak berdosa tu.. mungkin dah bukan rezeki diorang kut nak makan mee bandung malam tu.. huhuhu (frust sangat sebenarnya)..
Then dengan kemalasan serta kepenatan yang sangat, aku pegi jemput anak2 kat taska dan terus pergi restoren mamak untuk order mee goreng mamak RM40..  hahahahha... terbaekkkk.. napa la aku tak terfikir awal2 untuk beli jer, kan senang... hahahahha dasar pemalas!

Lepas Isyak rumah aku dah meriah dengan suara anak2 buah aku.. memang syok.. yang paling aku suka menyakat si Aira, anak abang aku yang bam bam shomel macam aunty ya dia ni.. bayangkanlah umur baru 3 tahun berat dah 28kg... anak aku si Ainul yang dah 7 tahun tu pun berat baru 21kg.. hahaha..

Aira in da house!

Meriah meriah jugak tapi kepala aku dah memberat semacam, rasa nak demam.. bila diorang balik je dalam kul 11 lebih, aku terus pengsan.. hahahaha.. pengsan sekejap je, pastu aku sambung semula buat keje kat dapur.. bersihkan apa2 yang patut..

Dan bangun tidur pagi tadi, syukur sangat sebab dah rasa sihat dan cerdas semula.. nasib baik tak demam kalau tak, tak pasal2 kena amik mc.. kannnnnnnnn...

Okla.. daaaaaaaaaaaaaaaa!

15 Ogos 2013

Sekadar Peringatan

Posted by Dalia Hassan at Khamis, Ogos 15, 2013 0 comments
Sekadar mengingatkan diri sendiri yang selalu terlupa...

13 Ogos 2013

Lalalalala! Kantoi

Posted by Dalia Hassan at Selasa, Ogos 13, 2013 0 comments
Alamak! encik bos baca blog aku la... camana dia leh tau ni blog aku? Adoi.. kantoila kalau macam ni.. hahahahha!

Errrrr... agak2 ada tak aku kutuk dia kat sini? Rasanya tak ada kan? kalau puji tu rasanya ada.. (sedapkan hati)

Berani buat berani tanggung la Dalia yer..  kekekeke!

Buat encik boss.. peace yo! *wink*

01 Ogos 2013

Hiking @ Titian Kanopi Poring, Ranau Sabah

Posted by Dalia Hassan at Khamis, Ogos 01, 2013 0 comments Links to this post

Pada 30/6/2013 yang lepas, aku telah berpeluang untuk hiking ke Canopy Walkway bersama kawan2 dan bos aku, Tuan Yahaya... Canopy Walkway ni terletak di dalam Poring Hot Spring (Kinabalu Waterpark) Ranau, Sabah.





Sebenarnya takder persediaan untuk kami naik ke Canopy Walkway ni. Apa yang kami tahu, Tuan Yahaya bawa kami ke sini untuk menikmati kehangatan air panas Poring. Tapi bila sampai, dia kata dia nak naik CW ni.. so sebahagian dari kami memang teruja nak ikut dia naik walaupun dengan berselipar! 



Mulanya kami ingat, takderla tinggi sangat untuk sampai ke jambatan gantung tu... rupanya hampir 550 meter juga la untuk naik ke atas tu untuk sampai ke starting point (Pondok Manggas).. dengan berselipar dan keadaan jalan yang agak curam (errr... bagi kami kira curam la tu) memang semput dibuatnya... kata2 semangat dari Tuan Jason "Sikittttt aja lagi bah! Kentutttt pun boleh dengarrrr" buatkan kami bersemangat walaupun dah sepuluh kali dia cakap macam tu, kami masih tak sampai2 lagi ke atas... hahaha!


Bila dah sampai atas, Subhanallah... cantiknya pemandangan dan keindahan alam ciptaan Allah... rasa penat tadi terus hilang. timbul rasa teruja yang amat. hehehe..


Laluan ini adalah sejauh 157.8 meter dan setinggi 41-43 meter dari atas tanah. Memang tinggi, nak pandang bawah pun rasa gayat dan takut. Tapi benda dan pengalaman baru, kita redahhhhhh jer!!






Tuan Yahaya... 

Boss kami cameraman kami. Eh#

Menikmati pemandangan dari atas... cantik...

Nieza
Nanie
Yatz dan Tuan Jason.. Yatz muka gayat.. hehehe
ni amoi mana entah ni... sesat kot! hahahahahah (Linie)

Ieyla... sentiasa ceria...




Tuan Yahaya dah sampai bawah dulu...



masa untuk kembali ke pangkal jalan... (masa turun ni muka masing2 ceria... tak macam masa naik tadi)




lepas turun dari Canapy Walkway, kami merendamkan kami ke dalam air panas.. pehhhh! segar rasa....
Walaupun penat sikit sebab takder persediaan awal untuk naik ke Canopy Walk dan hanya berselipar, tapi kepuasan tu memang dapat kami rasa. Rasa memang nak pergi lagi, tapi tak tahu bila...

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea