Kawan2Ku

08 Mei 2014

Kelas Jahitan Baju Kurung Moden

Posted by Dalia Hassan at Khamis, Mei 08, 2014
Assalamualaikum wbt...

Pada hari ini dan semalam, bertempat di bengkel jahitan Kolej Komuniti Shah Alam aku telah mengikuti kursus jahitan kurung moden.. Alahai.. stress aku dibuatnya... camana tak stress, dah le kali pertama pegang mesin jahit, memang kelam kabut dibuatnya.. hahahah!

Itulah.. eksen... bak kata mak aku.. baju kurung pun tak pernah belajar nak buat, tetiba je nak buat kurung moden.. geng aku yang sama pergi kursus, Ain memang dah biasa menjahit kat rumah dia.. siap ada mesin jahit lagi.. kak wani plak, arwah ayah dia memang tailor yang ada butik sendiri.. mak dia pun memang pandai jahit.. so bagi ain dan kak wani memang takder masalah la... dah biasa tengok benda2 tu semua...

Yang masalahnya aku dengan ila... kelakar la.. asyik gelak jer sampai cikgu pun mark aku budak yang suka gelak.. tapi serius aku cakap, aku dah lupakan cita2 aku nak beli mesin jahit. Aku surrender! Takperla.. aku sanggup hantar tempah baju daripada buat sendiri.. nak buat pola pun makan satu hari untuk siap! Hahahahah!

Bila dah potong semua kain dan jahit tepi, aku dah mula rasa seronok menjahit tapi aku fail kat leher.. bila sangkut kat leher, apalagi... stress la.. dari pagi tak sarapan sampai pukul 2 baru perut rasa lapar.. khusyuk menghadap jahitan yang memang takder harapan nak siap..

Walaupun seronok dapat belajar sesuatu yang baru, tapi sebenarnya aku putus asa dah.. patut pun upah jahit mahal, rupanya susah nak menjahit ni.. aku ingatkan petik jari je dah siap.. hahahahaha!
Diorang plan nak join kursus jahit baju melayu selama 4 hari masa cuti sekolah nanti. Aku? Surrender!

Muahahahahahha!

0 comments:

Catat Ulasan

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea