Kawan2Ku

04 Mei 2014

Nasi Ambeng

Posted by Dalia Hassan at Ahad, Mei 04, 2014
Assalamualaikum wbt...

Jumaat aritu aku sempat pergi Kluang rumah adik aku, Adah memandangkan Sabtu aku ada jemputan majlis kahwin kakak asben adik aku tu... parent aku pun ada sama lepak rumah adik..

Esoknya pagi2 aku lari jap bawak anak2 aku pergi rumah mak mertua aku kat Kota Tinggi... sempat la sarapan kat sana walaupun tanpa encik asben yang tak ikut kami balik Johor ni sebab kerja.. mak mertua sempat masakkan lauk pauk untuk aku bawak balik subang, untuk anak kesayangannya... dalam sejam rumah mertua aku lari semula ke Kluang untuk kenduri kahwin.. dalam hati harap2 sempat la aku menyinggah kat mana2 restoren / warung yang ada jual nasi ambeng ni sebab aku lama sangat dah tak pekena nasi ambeng ni... takut kempunan plak nanti.. (kunun)

Lepas kenduri aku terus pergi menyinggah rumah mak usu aku kat Taman Ilham untuk mandi dan tukar baju... barulah segar badan nak drive balik Subang.. dak tecik Arissa memang pandai bawa diri.. sepanjang jalan subang - kluang - kota tinggi - kluang - subang, dia tak meragam duduk atas baby car seat tu.. si kakak rilek duduk sorang kat belakang.. tapi memandangkan perjalanan masih jauh, memang tak sempatlah aku nak menyinggah carik nasi ambeng...

Dan hari ni.. bangun tidur jer memang dah terfikir nak buat sendiri nasi ambeng tapi dah lewat petang baru aku dapat 'bertukang' kat dapur...

Inilah hasilnya....

0 comments:

Catat Ulasan

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea