Kawan2Ku

07 September 2014

Day 7 : Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting Bagi Aku

Posted by Dalia Hassan at Ahad, September 07, 2014
Assalamualaikum wbt...

Hari ketujuh. Cabaran ketujuh. #Cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari ... topik untuk diceritakan pada hari ini adalah sejauh mana pendidikan itu penting bagi aku.

Sebagai orang kampung dan dibesarkan pula di Felda, dah semestinya kehidupan kami dulu tidaklah semewah mana tapi cukuplah untuk mak dan abah membesarkan kami enam beradik dengan penuh kasih sayang, diberi didikan yang sempurna dunia akhirat walaupun adakalanya kami adik beradik agak sedikit nakal dan tak mendengar kata (especially aku).

Walaupun mak abah tidak berpelajaran tinggi, tapi aku tau mak dan abah tak nak anak2 hidup susah. Sebab tu lah mereka sedaya upaya memberikan pendidikan yang cukup untuk kami adik beradik. Cuma kadang kadang kami yang tak tahu menghargainya. Malas pergi sekolah. Tak buat kerja sekolah. Tapi kadang2 memang timbul penyesalan.. pelbagai persoalan bermain diminda.. kalaulah aku dulu rajin belajar... kalaulah aku dulu tak banyak main dalam kelas... kalaulah aku dulu tak sibuk bercinta waktu belajar... kalaulah... kalaulah... kalaulah.... 

Aku hanya berkesempatan melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat diploma sahaja di Uitm. Ketika tu memang aku tak terfikir pun nak sambung degree walaupun kebanyakan kawan2 aku sibuk memohon untuk sambung belajar. Aku pula sibuk nak kerja. Nak pegang duit sendiri la konon2nya. Sehinggakan abah aku buat tawaran untuk belikan aku kancil semata mata nak pujuk aku sambung belajar. Tapi masa tu memang aku tak termakan pujukan. Cousin aku merangkap lecturer finance aku siap datang rumah untuk pujuk aku sambung degree... aku buat tak tau je.. huhu!

Dan sekarang bila kesedaran betapa pentingnya pendidikan tu datang, mungkin ia agak sedikit terlambat.  Memang sekarang aku tengah mengintai peluang, cuma kadang kadang terfikir mampukah aku menghadapi buku2 dan assignment sedangkan sekarang ni pun aku terkejar2 menguruskan kerja yang melambak kat opis dan juga anak2.
Tahun 2012 aku ditawarkan menyambung pengajian jarak jauh di USM tapi aku terpaksa lupakan disebabkan ketika itu aku baru je dapat tau yang aku mengandung anak kedua. Masa tu memang berbelah bahagi samada nak terima atau tak. Setelah berbincang dengan encik asben, dengan berat hati aku terpaksa lupakan sementara hasrat untuk sambung belajar. Tapi semangat aku tetap ada. In sha Allah aku akan cuba ambil PJJ walaupun kos pengajiannya agak tinggi.

Kini, pengalaman mengajar aku tentang kehidupan. Aku akan pastikan anak anak aku mendapat pendidikan tinggi kerana di zaman ini pesaing terlalu ramai dan dia harus berani merebut peluang pendidikan sejauh mana yang mungkin. Jangan jadi seperti aku. isk.


0 comments:

Catat Ulasan

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea