Kawan2Ku

04 September 2014

Jom Jogging

Posted by Dalia Hassan at Khamis, September 04, 2014

haaaa. akhirnya selesai jugak acara marathon menulis 4 entry untuk  #cabaran30hari dan #kelabbloggerbenashaari

ok. ni aku nak cerita pulak tentang aktiviti petang tadi..

Rasanya dah dekat 2 tahun aku tak pergi jogging.. yerla.. last aku pergi jogging masa aku awal2 mengandungkan si kecik Arissa... itupun jogging ala ala perempuan melayu terakhir... takut terhentak hentak kat kandungan.. sian baby.. cukuplah sekadar mengeluarkan peluh... dalam pada takut2 tu sempat gak aku join pertandingan berbasikal anjuran PERKEP kontijen.. hahaha memang giler...

Lepas bersalin, sekali sekala ada la jugak aku main badminton.. itupun pancit cepat. hahaha! lama tak bersukan, gitulah jadinya... lemak pun semakin takder rasa segan silu bermastautin kat badan ni.. tension!

Ok. dengan semangat yang membara, hari ni selepas waktu kerja aku pergi jogging kat Kompleks Sukan MPSJ. Mulanya aku sorang sorang jer.. target nak buat 5 pusingan... tapi memandangkan masih banyak masa lagi, aku dengan seikhlas lagi buat pusingan ke enam. elok jer separuh pusingan ke enam, aku nampak kak zah, ieqa dan ida masuk ke trek. apalagi. aku join diorang dan tambah satu pusingan lagi. 7 pusingan kesemuanya... peluh toksah cerita la.. memang basah baju.. huhu!

Abis jogging, kami ber aerodance kat pinggiran padang MPSJ tu.. 4, 5 lagu jugak la kami berempat beraerodance.. homak aiiiii... rupanya aerodance ni lagi penat dari jogging... betullll tak tipu.. nak tercabut rasa kaki den ni.. peha rasa macam nak krem... hahahah.. tapi yang penting, seronok sangat dapat keluarkan peluh.. lama dah tak merasainya..
Ok. dah janji dengan diorang start minggu depan turun setiap Isnin hingga Khamis. Harap2 cuaca cantik la. tengah bersemangat ni! hahaha!

0 comments:

Catat Ulasan

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea