Kawan2Ku

30 April 2014

Kucing Oh Kucing !

Posted by Dalia Hassan at Rabu, April 30, 2014 0 comments Links to this post

Ermmmmm...

Hari ni secara rasminya aku dah jadi mak angkat kepada 2 ekor anak kucing yang ada kat opis aku tu.. anak kepada si Minah ...

Pagi tadi rasa sedih je bila tengok pakcik Mazlan masukkan kucing2 tu kat dalam guni sebab diorang minta buang anak kucing tu, berak merata rata.. nasib baikla pakcik Mazlan lapor dulu kat kami sebelum dia buang... sian anak kucing tu yang masih hisap susu mak lagi...

Tak sampai hati tengok, aku mintak pakcik Mazlan lepaskan... takperla.. biar aku je yang bawak balik kucing tu walaupun kucing tu bukan kategori comel (banyak komplen plak dah) hehhe..

Sampai rumah, aku terus ajar dia berak atas pasir... dan... takder masalah bagi kucing2 tu.. senang diajar dan dia buat...

Paling suka anak aku yang kecik tu la... dia memang suka kucing... bising mulut dia panggil... cattttt.... cattttttt....

Hehehehhe...

Buat my good friend yang sibuk whatsapp aku tanya kenapa aku sedih (sampai merajuk selisih dengan aku pun buat2 tak kenal sebab aku x cerita kat dia), ni lah salah satu sebab yang buat aku sedih pagi tadi.. kucing nyaris nak kena buang....

dan yang satu lagi kesedihan tu biarlah aku sorang yang pendam (ceh!)

26 April 2014

Badminton Piala KP Selangor 2014

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, April 26, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...
Pada Khamis, 24 April yang lepas telah berlangsungnya final badminton Piala KP Selangor 2014 yang berlangsung di Kompleks Sukan Airport, Nilai yang menyaksikan pertembungan antara IPD Subang Jaya dan IPK Selangor. Juara berpihak pada pasukan IPK Selangor dalam perlawanan yang sengit...
Apa-apa pun tahniah buat pasukan IPD Subang Jaya kerana berjaya menyandang sebagai naib juara. InsyaAllah lagi dua tahun kita pegang juara... Aminnnnn..











Gambar : Kredit e-galeri PDRM

25 April 2014

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, April 25, 2014 0 comments

20 April 2014

Kisah Seorang Teman

Posted by Dalia Hassan at Ahad, April 20, 2014 0 comments

Kisah seorang teman....dulu aku pernah buat satu entry untuknya... Penangan Kasih Bangla...
dan semalam... dia luahkan lagi yang memang sah mak dan ayahnya nak bercerai... mak dia memang dah tak boleh dipujuk lagi.. nekad meninggalkan ayahnya yang kini hampir berusia 68 tahun semata mata kerana seorang warga India (yang sebelum ini disangkakan seorang bangla) yang hanya berusia 23 tahun! Ya Allah... aku tak tahu nak cakap apa... tapi yang aku tahu, aku yang orang luar ni pun dah rasa sedih, apatah lagi keluarga dia..

Macam2 cara dah dibuat... adik beradik mak dia semua dah cuba memujuk... tapi mak dia tetap dengan pendiriannya.. alasan : nak bahagia sebelum tutup mata.... ermmmm... mengejar sesuatu yang belum pasti, masjid yang telah dibina berpuluh tahun sanggup dirobohkan... makcik.... makcik....



Ni lah antara luahan teman aku tu... kesian ayah dia... dikala umur hampir mencecah 68 tahun, apa yang dimahukan? Tentulah sebuah keluarga bahagia, isteri yang akan menemaninya hingga ke syurga, tetapi apa yang diimpikan musnah sama sekali...

Apa yang mampu aku buat adalah berdoa agar makcik kembali ke pangkal jalan.. kembali ke pangkuan keluarga yang setia menanti kepulangannya... In Shaa Allah.... Amin...

19 April 2014

Jalan Jalan Cari Makan : Gulai Ikan Patin Tempoyak, Temerloh

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, April 19, 2014 0 comments
Hehe..
Tergelak pulak bila mengenangkannya...
Ni kes termimpi mimpi makan ikan patin masak tempoyakla ni...
Ishhhhh...
Jauh aku makan tengahahari hari ni.. pergi Temerloh semata mata nak makan ikan patin...
Terbaikkkkk... encik asben la yang jadi mangsa...
Kebetulan pulak memang dia off setiap Sabtu... apalagi...
Kita buli sama dia... jadi driver... hahahaha!

ikan ini akulah yang punya... encik asben punya dah selamat masuk pinggan dia... aku macam biasalah, amik gambar dulu sebagai bahan bukti dan juga kenangan... muahahahhaha tak bleh blah!

Sedap memang sedap... tapi aku masih tak puas hati... sebelum balik, sempat beli 2 ekor ikan patin untuk aku bawak balik rumah dan masak untuk lauk tengahari esok... sampai jer rumah terus call mak, mintak resepi mak pulak... ngeeeeeeeeeeeeeeee!

Tak sabar tunggu esok! Nak masak.... lalalalalalalala~

Alia : Isnin la baru start diet!

Update terkini : 20 April 2014

Tarraaaaaaaaa! Berjaya masak gulai ikan patin tempoyak versi campuran mak dan temerloh... sangat puas hati, sehingga menjilat jari.. encik asben pun berapa kali puji kata sedap... hehehehe saya suka saya suka...


Ketupat Palas Dan Rendang (RIKOBEI)

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, April 19, 2014 0 comments
Selasa lepas aku and the gang buat tempahan ketupat palas dan rendang kat Jutawan Ketupat. JK ni kakak ipar kepada rakan blogger, Shahazrin yang juga rakan sekerja aku...
Terliur dengan gambar ketupat palas dan rendang, oleh itu aku yang tengah dalam tempoh berdiet ni (konon) terpaksalah langgar pantang... bukan apa... orang tua2 kata kalau kita teringin nak makan apa2 yg berkaitan dengan beras / pulut ni, nak taknak kita mesti kena makan juga, takut kempunan nanti (baik punya alasan).
Tempahan dibuat, tempoh diberi 3 hari dan kebetulan jatuh pada hari Jumaat iaitu hari mak buat minor surgery kat Hospital Pantai, Melaka... sedang eloklah tu.. boleh makan beramai ramai dengan family... mesti bertambah lagi selera...
Yang kelakarnya, masing2 macam dah lama tak makan... berebut rebut lebih lebih lagi anak2 buah aku yang ramai tu.. ketupat yang moist, rendang yang sedap, memang sangat berbaloi... menyesal pulak aku beli sikit... yang paling kesian adik bongsu aku yang sampai lewat, dapat merasa seketul je ketupat tu... jadilah kan, asalkan dapat.. jangan kempunan sudah...
Kepada kawan2 yang teringin nak makan ketupat palas dan rendang ni, bolehlah order kat Jutawan Ketupat. Bila-bila aje.. mana-mana aje... tak payah nak tunggu hari raya.. memang terbaik!
Alia : teringin nak makan ikan patin tempoyak pulak la... lalallalalalala.... (diet la sangat!)


Mak (Part 2)

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, April 19, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Semalam kami adik beradik berkampung di Hospital Pantai, Melaka untuk temankan mak kat sana.. cuma aku sampai agak lewat sikit dari adik beradik yang lain...

Semoga mak cepat sembuh... Aminnn...

mak masa nurse tolak ke bilik bedah..

abah dan cucu...
ni la aksi dari bapak sedara dan anak sedara bila dah jumpa... siap buat pertunjukan karate kat depan katil mak... hahahah
mak....

14 April 2014

Mak

Posted by Dalia Hassan at Isnin, April 14, 2014 0 comments
Rindunya mak dan abah...

Ermmm.... baru je aku balik kampung pada Sabtu lepas... tapi tak puas rasanya nak duduk bermanja manja dengan mak.. aku tau semenjak dua menjak ni mak tak berapa sihat. Kesihatan mak memang tak menentu. Abah pun macam tu.. cuma selepas abah menjalani pembedahan bypass 4 tahun yang lepas, kesihatan abah bertambah baik, cuma kadangkala dia mengadu kebas2 seluruh badan... 

Bercerita pasal mak, mak pernah menjalani pembedahan buang sebelah payu dara akibat kanser pada 2010, iaitu setahun selepas abah selamat menjalani bypass.. kesian mak. 4 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri, kesan dari mak angkat pasu2 yang berat, malam mak mula terasa sakit. Pada keesokan hari, along aku bawa mak check up di Hospital Pantai Melaka dan doktor sahkan yang mak menghidap breast canser... Ya Allah.. kesian mak menanggung kesakitan... 

Atas persetujuan semua, mak menjalani pembedahan membuang sebelah payudara pada raya keempat. Bayangkanlah dalam tempoh yang singkat - 8 hari je dari tarikh yang mak tahu dia menghidap breast canser dan dia akan kehilangan sebelah payudaranya... sekelip mata.. aku paham perasaan mak waktu tu.. kalau boleh dia taknak sesiapa pun orang luar melawat dia.. mungkin dia rasa kekurangan diri setelah kehilangan sebelah hak miliknya sebagai seorang wanita...

Peristiwa tu berlaku pada September 2010.. dan pada November 2010, selang sebulan je dari pembedahan tu mak mengiringi abah untuk menunaikan fardu Haji... mak memang kuat.. pada asalnya abah nak tangguh pemergian ke tanah suci memandangkan ini kali kedua buat mak menunaikan fardu haji (kali pertama tahun 2004) mak tetap nak teruskan ke tanah suci sebab mak kata mak dah tak tahan rindu lagi nak ke sana....

Sepatutnya selepas mak balik dari tanah suci, mak perlu menjalani kimoterapi untuk memastikan tiada lagi sel2 kanser yang boleh membiak.. tapi mak berkeras taknak melalui kimo dan doktor yang merawat mak membenarkan atas alasan pembedahan tu dah berjaya hilangkan semua sel kanser... tak perlu dikhuatirkan.. Alhamdulillah...
Cuma semenjak dua menjak ni... kesihatan mak tak berapa elok.. kejap demam kejap ok... mak kata kat kiri dan kanan dada dia macam ada batu yang melekat. Sakit. Badan pun rasa lemah.. yang buatkan aku tak boleh lupa apa yang mak cakap kat aku pagi semalam (walau dalam keadaan bergurau)

"Entah2 ni kali terakhir kita jumpa tak?"

Uwaaaaaaaaaaaaa ! Sampai sekarang aku tak boleh lupa apa yang mak cakap.. meleleh airmata.. sedih sangat... 

Ya Allah Ya Tuhanku... kau panjangkan umur kedua ibu bapaku yang selama ini telah banyak berkorban membesarkan kami enam beradik dengan segala kasih sayang yang dicurahkan serta kesabaran yang tidak ternilai ketika membesarkan kami... berkatilah mereka dan berikan mereka kesihatan yang baik.. Aminnn...

Dan hari ni... abg dan kakak aku hantar mak pergi jumpa pakar di Hospital Pantai, Melaka.. dari pagi sampai ke petang, hasilnya sangat membimbangkan... doktor arahkan mak untuk datang semula pada Khamis dan Jumaat untuk diambil tisu rahim sebab doktor kata rahim mak bengkak dan kemungkinan mak mengidap kanser rahim...

Mak! :'(

Lawatan Kebajikan

Posted by Dalia Hassan at Isnin, April 14, 2014 0 comments Links to this post

Assalamualaikum wbt....

Hari ni aku sempat mengikuti satu lawatan kebajikan melawat anggota trafik yang dimasukkan ke hospital.. beliau adalah Sarjan Tauhir yang dimasukkan ke HUKM akibat dari hepatitis B (jaundis) dan SM Rasni yang dimasukkan ke Columbia Asia Cheras akibat dari bengkak kaki yang teruk...

Diharapkan agar mereka berdua cepat sembuh dan kembali bertugas seperti sediakala...

In Shaa Allah....

11 April 2014

Skuad Tenaga Positif Milo

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, April 11, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt....
Pagi tadi skuad tenaga positif Milo ni datang ke perkarangan IPD... diorang edarkan satu sachet milo beserta cawan milo kepada setiap orang.. yang menarik perhatian kami adalah tarian yang dipersembahkan oleh skuad milo yang datang berbasikal...
so sarapan dengan air milo free la kami tadi.. hehehhee

07 April 2014

Kecil Hati

Posted by Dalia Hassan at Isnin, April 07, 2014 2 comments Links to this post

Erm. Konon la pernah ngaku aku ni member kamcing dia, tapi bila berselisih pandang muka pun tak.. apatah lagi nak tegur.

Mood : Kecik hati!

01 April 2014

Sejarah April Fool

Posted by Dalia Hassan at Selasa, April 01, 2014 0 comments
Sharing Is Caring

Bagi sesiapa yang suka sangat April Fool kan orang, renung renungkanlah... untuk peringatan buat diri sendiri juga...

Sumber :  www.eramuslim.com


Pada setiap tanggal 1 April, ada sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun, tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin kembali sebahagiannya dari buku “Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What?” (Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005)
Sejarah April Fool


Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.

Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.

April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan

Umat Islam sangat tidak layk merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.

Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya; “Umat Islam banyak yang “latah” dan merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut”

Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.

Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib.

Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.

Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.

Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.”

Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa “The April Fool Day” itu dipopulerkan dengan “ritual” yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.

“Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas” katanya.


Sekian.

Mohon Sumbangan Kebajikan : Rumah Jagaan Orang Tua Al Ikhlas, Puchong

Posted by Dalia Hassan at Selasa, April 01, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Sharing Is Caring


Entry berkaitan : Lawatan Amal ke Rumah Orang Tua Al Ikhlas, Puchong

.................................................................................................................................

Copy paste dari  FB Mohd Zaki


Assalamualaikum
Sekadar tolong fwdkan rayuan dari pengurus rumah jagaan orang tua Al Ikhlas Puchong. Boleh bantu seberapa yg kita mampu dan ikhlas:

"Rumah Kebajikan Sukarelawan untuk orang Tua Islam .... HANYA ada SATU sahaja yang wujud di negara ini !
Oleh itu saya ingin merayu kepada individu dan group agar dapat menghulurkan apa jua bentuk bantuan terus kepada satu-satunya Rumah Penjagaan Orang Tua Muslim yang ada di negara ini.

Bentuk bantuan yang diperlukan adalah seperti berikut :-
1. Pampers (lampin pakai buang)
2. Ubat-ubatan : ubat tahan sakit, ubat sedative, sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
3. Peralatan : Mesin Dialysis, Kereta Sorong
4. Beras
5. Telur (orang tua sudah tidak mampu mengunyah dan menghadam makanan berat)
6. Susu
7. Makanan ‘comfort’ seperti Nestum, oats, corn-flakes dan lain-lain.
8. Al-Quran (berhuruf besar) dan bahan bacaan.

Cara paling mudah untuk membantu ialah dengan membuat e-banking sekadar ikhlas kepada satu-satunya Rumah Penjagaan Orang Tua Muslim tersebut yang berada di Puchong melalui webpage berikut.

http://al-ikhlashomecare.blogspot.com/

Rumah ini berdaftar dengan Kerajaan dan mendapat sedikit sumbangan dari Zakat Negeri Selangor.

Rayuan ini dibuat kerana semakin ramai orang tua yang menghuni Rumah ini :-
1. Tiada waris yang mengambil mereka dari Hospital Serdang yang terpaksa menerima pesakit baru yang kian meningkat. Kebanyakan kes adalah menunggu masa untuk kematian.
2. Dihantar oleh waris tanpa sebarang sebab, malahan ada yang ditinggalkan terbaring di tepi pagar pada malam hari dan hanya dijumpai keesokan harinya dalam kesejukan dan ketakutan.
3. Menampung Kos yang semakin meningkat. Kos bagi pengkebumian sahaja RM1120. Kadar kematian di sini ialah 3-4 orang sebulan. Jika kita ingin melihat kematian sebahagian dari bakal ahli syurga di sini lah tempat yang paling
sesuai. insyaAllah.

Semoga bantuan kita dpt meringankan beban mereka dan menjadi saham akhirat. In Sha Allah. .."
SALURKAN SUMBANGAN IKHLAS ANDA KEPADA RUMAH JAGAAN & RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS
Lokasi : Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong

Alamat Penuh : Lot 3530,jln bt 18,kg pulau meranti,47120 puchong selangor.

No. Telefon : 016-6786364

Diuruskan oleh : Muji bt. Haji Sulaiman (Jururawat)

Jumlah Pekerja : 5 Orang

Status Rumah : Masjid Lama (Diwakafkan)

Jumlah Orang Tua : 30 orang

Nama Bank : Al Rajhi Bank

Nama Akaun Bank : RUMAH JAGAAN DAN RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS

No. Akaun : 12700-1061101131

(DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad. Mustika Hadis 3:312)


 


PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea