Kawan2Ku

31 Ogos 2014

Merdeka 57

Posted by Dalia Hassan at Ahad, Ogos 31, 2014 0 comments Links to this post
Assalamualaikum wbt.... 

Selamat Hari Merdeka yang ke 57. Hari ni pagi2 lagi lepas Subuh aku dah pesan kat Ainul jangan sambung tidur sebab mama nak Ainul sama sama mama saksikan acara sambutan Hari Kemerdekaan Ke 57 kat tv. Biar dia rasa macamana bangganya kita sebagai rakyat Malaysia yang hidup aman damai sejak sekian lama... aku dulu memang setiap tahun akan keluar sambut Hari Kemerdekaan di Dataran Segamat. Dari zaman sekolah hinggalah ketika melanjutkan pelajaran di Uitm Segamat. Ingat lagi kata kata pakcik driver van uitm yang bawa kami ke Bandar Segamat ;-

"Aku tengok setiap tahun korang bertiga je yang awal2 pagi 31Ogos dah tunggu kat sini nak pergi dataran... yang lain2 mana?"

hehehe... memang la kami ni bersemangat waja.. patriotik sungguh. setahun sekali la pun... semenjak ada anak memang jarang dah sambut hari kemerdekaan di padang. cukuplah hanya didepan tv. tunggu anak2 besar skit, In Shaa Allah akan aku angkut masing2 ke dataran. Merasai semangat kemerdekaan. 

Apa yang dikhuatirkan, Hari Kemerdekaan yang kebanyakan orang faham sekarang tidak lebih dari cuti umum satu hari. 

Sedih!








30 Ogos 2014

Status Blog #16

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, Ogos 30, 2014 0 comments Links to this post

Status Blog #15

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, Ogos 30, 2014 0 comments Links to this post

Rindu pada yang tak sudi..

hahaha senget...

Puding Karamel Bakar VS Nasi Ayam Penyet

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, Ogos 30, 2014 0 comments Links to this post
Assalamualaikum wbt..

Ini kisah semalam di tempat keje.. tetiba aku terasa rajin yang amat untuk buat puding karamel untuk bawa ke opis, bagi kawan2 rasa keenakan puding karamel yang aku buat ni.. (poyo!) tapi pada aku, puding karamel ni memang sedap. kebiasaanya yang aku beli punya rasa telur yang kuat, tapi yang ni takda rasa telur pun.. tekstur nya pun sangat lembut seakan makan taufu fa..

Yang best, my pren si Sue Senget makan sungguh2.. kali pertama makan, dia makan sikit pastu dia balik tempat dia semula (sebab opis kami lain2.. aku caw trafik, dia balai).. kejap pastu dia datang semula.. kali ni memang dia war warkan kat kawan aku yg lain (seha n kak wani) kalau lambat makan, dia nak abiskan semua.. sedap katanya... hahaha! tapi aku memang sayang kat orang yang appreciate apa yg kita masak berbanding dengan orang yang suka komen apa yang kita masak.. yer la.. aku buka masterchef.. aku masak apa yang seadanya... tapi sue ni aku memang suka.. tolak batu n kayu jer.. yang lain semua dia makan.. hahaha.. sebab tu kalau aku masak apa2 suka panggil dia sekali makan dan dia pasti tak akan menolak...

Ok. itu kisah seawal jam 8.15 pagi.. tengahari pulak kami melantak nasi ayam penyet kat Mydin usj.. mula2 ingat nak makan subway tapi nasi ayam penyet lebih memanggil2 kami.. hehehe.. si seha lagi best.. dia nak ajak pergi makan dua2 tempat.. sebab memang kami ni hantu subway lebih2 lagi Italian B.M.T dan subway club.. peh! memang meleleh air liur kalau tak dapat... hehe!

Dan sekarang aku tak tau la bila tahun baru aku boleh start diet...

walaupun puding karamel ni nampak hodoh skit, tapi rasanya memang mabeles!

Cik Sue mengulang entah kali yang ke berapa..

dan lagi...

Luncheon

Bawal penyet tetap jadi pilihan aku...

khatam.. 

28 Ogos 2014

Kawan Makan Kawan

Posted by Dalia Hassan at Khamis, Ogos 28, 2014 0 comments Links to this post

Assalamualaikum wbt..

Hari ni kerja setelah dua hari cuti tanpa rekod sebab ambik exam KPSL yang entah apa merapu aku jawab.. takpe la.. ni kali pertama aku amik, jadikan pengalaman.. tahun depan boleh cuba lagi.. heheh

Dan hari ni juga, aku nampak air mata member kamcing aku ni menitis. Erm. Sedih pulak aku, tapi takkan aku nak tepuk tepuk buntut dia bagi dia tenang.. kan.. kalaulah boleh buat, memang aku buat agar dia tak bersedih.. susah nak tengok lelaki menitis air mata.. aku tau masalah yang dia sedang hadapi ni agak sedikit berat, tapi aku pun tak tau macamana nak tolong.. yang aku boleh tolong cuma menjadi pendengar yang setia...

Buat member kamcing aku ni, jangan stress sangat. think positive. sabar. biarlah orang lain nak kata apa pun.. dia tak puas hati sebab dia tak dapat apa yang u dapat.. dia tak ada apa yang u ada. sebab tu dia jeles. jangan dilayan je orang yang macam tu. orang tu memang jenis mental. biarkanlah dia dengan kementelan dia. Itulah yang dinamakan kawan makan kawan.. takpe.. yang penting u jangan makan kawan u, u makan nasi je.. ok?

24 Ogos 2014

Jemput Jemput Ikan Bilis

Posted by Dalia Hassan at Ahad, Ogos 24, 2014 0 comments Links to this post
Assalamualaikum wbt...

Lama betul tak makan jemput jemput ikan bilis.. hari ni bangun tidur je terus teringat. Dan terhasillah sarapan pagi yang paling sedap dialam maya ini.. jemput jemput ikan bilis cicah sos cili...  

Anak anak aku memang banyak makan.. asben aku lagila... tak toleh kiri kanan dah.. aku? eh.. aku jamah sebiji dua je, diet.. (percayalah!) haha!

Jemput makan....

22 Ogos 2014

Keputusan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 22, 2014 8 comments Links to this post
Assalamualaikum wbt...

Hari tu aku ada cerita yang aku ambil exam (ulangan) Penolong Penguasa Kastam W27.. terpaksa ambil exam ulangan sebab yang kali pertama tu ada masalah teknikal... aku tak lepas nak masuk langsung.. Alhamdulillah pihak SPA bagi peluang kedua untuk sesiapa yang ada masalah untuk kali pertama.
Alhamdulillah.. aku lulus exam tu.. tunggu SPA panggil untuk interview jer... 

Kalau ada rezeki aku kat kastam, Alhamdulillah... kalau takder, takper.. lain kali cuba lagi.. aku memang tak mengharap sangat.. tapi kalau dapat, yabedabeduuuuuuuu!


 Korang pulak macamana? Kalau tak semak lagi, korang boleh semak kat result tu kat sini

Takziah MH17

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 22, 2014 0 comments Links to this post
Assalamualaikum wbt...

Dah banyak hari layan jiwang, layan air mata je hari ni.. walaupun aku tak kenal mereka, tapi tetap merasai kesedihan yang amat. Terlalu. Kat opis, memang menahan rasa dan air mata... sesekali sempat juga air mata mengalir ke pipi... hanya doa yang mampu aku berikan agar mereka ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

In Shaa Allah.
 Amin.








La Tahzan...
La Tahzan....

Ini bahagian mereka, bahagian aku nanti tak tahu macamana pula... 
Wallahu A'lam....
Wallahu A’lam

Status Blog #14

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 22, 2014 0 comments Links to this post

20 Ogos 2014

Status Blog #13

Posted by Dalia Hassan at Rabu, Ogos 20, 2014 0 comments Links to this post

Pagi ni tetiba sentap dengan semua orang... entahla.. sensitif betul sekarang... cepat betul terasa...

Adakah kerana faktor usia?

isk isk..

18 Ogos 2014

Agar-Agar Milo Lapis Oreo

Posted by Dalia Hassan at Isnin, Ogos 18, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Ok. Ni cerita Sabtu lepas.. Memandangkan tak jadi pergi kenduri kahwin anak kak Nurul dan open house rumah Anne disebabkan mata aku tak pulih sepenuhnya lagi, so inilah projek makan petang kat rumah...Agar agar Milo lapis oreo...

kali terakhir buat boleh tengok kat sini... yummyyyy... memang sedap.. anak2 asyik mengulang je makan... haha!


jemput tengok! ngeeeeee!

Status Blog #12

Posted by Dalia Hassan at Isnin, Ogos 18, 2014 0 comments
Hari ni keje setelah seminggu tak masuk opis... Malasnyaaaaaaa!

16 Ogos 2014

Status Blog #11

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, Ogos 16, 2014 0 comments Links to this post

Bosan. Dah seminggu dok rumah je.. mata pun tak pulih sepenuhnya lagi... petang ni nak pegi kuar jogging la.. bawak anak2 sambil cuci mata...

lalalallala!

15 Ogos 2014

Bahasa Arab

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 15, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Lama dah tak belajar Bahasa Arab. Dulu belajar zaman sekolah, memang langsung tak ingat dah sekarang. Terasa berada dalam kerugian pulak. Bertahun belajar arab, tapi tak dapat kuasai. Malu pulak pada kawan kawan yang dah jadi Ustaz / Ustazah... ada tu sambung belajar sampai ke Mesir, dan bergelar Kadi Daerah dan lain2.

Aku? Macam tu jugak la... Degil. Nakal. Yerla.. dulu guru besar Sekolah Agama tu dari aku darjah satu sampai darjah khas, orang yang sama iaitu sepupu mak aku yang dikira pakcik sepupu aku... Bila dah sedara jadi guru besar, mengada ngada lebih la... tapi kena rajin la, kalau tak, malu la tak lulus periksa... hehehee

Tapi aku percaya, rakyat Johor yang bersekolah agama mesti tau maksud perkataan arab ni.. "Jumjumaton"... yang ni memang aku ingat sangat sampai sekarang walaupun aku belajar perkataan ni masa sekolah agama darjah satu. Dan Ustazah yang mengajar aku bahasa arab tahun 1 ialah Ustazah Arbaiyah yang cantik comel.

Rasa macam nak belajar semula Bahasa Arab ni kalau ada kelas kat area sini. Rasanya kalau belajar semula, mesti boleh keluarkan semula memori lama dan kita gabungkan dengan memori baru.. jangan biarkan ia terus hilang dari memori... rugi sangat.

Status Blog #10

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 15, 2014 0 comments
"Berlari aku menjejak pelangi....
langkah demi langkah menjarakkan lagi
Ku sangkakan ia semakin hampir
Namun semakin jauh dan hilang dari pandangan
Dan kesudahannya,aku hanya mampu menggapai bayangan pelangi di dalam angin yg bertiup dan membawa pelangiku pergi...."


MM
22 Jun 2014

30 Day Squat Challenge

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 15, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Rasa macam berkobar kobar nak buat 30 Day Squat Challenge ni.. Nak tengok ada tak perubahan selepas 30 hari.. Tapi dari sehari ke sehari nak buat, tak buat buat jugak.. ok takper.. kita tunggu masa yang sesuai... kekekeke!

Jom kita buat sama!
 





Status Blog #9

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 15, 2014 0 comments


Hari ni dengar Sinar.fm ada temuramah dengan Kak Muji, pengasas Rumah Orang Tua Al Ikhlas, Puchong. Sedih dengar kisah warga sana. Terasa rindu yang amat untuk kesana.. Entah bila berkesempatan.huhu!


Rumah Orang Tua Al Ikhlas, Pulau Meranti Puchong


Status Blog #8

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 15, 2014 0 comments

13 Ogos 2014

Status Blog #7

Posted by Dalia Hassan at Rabu, Ogos 13, 2014 0 comments Links to this post

Esok hari terakhir MC.. doktor kata kalau tak ok lagi datang semula dia bagi lagi MC... sambung.. rasanya macam malas nak amik MC, nak amik cuti rehat je sehari... apa2 pun, tengok nanti camana... si Ainul pun dah jangkit sama, tinggal papa je lom lagi... hehehe!

12 Ogos 2014

Status Blog #6

Posted by Dalia Hassan at Selasa, Ogos 12, 2014 0 comments

Alololo syoren ni.. penat sangat sampai macam tu sekali.. puasa enam kut?


Daging Masak Black Pepper

Posted by Dalia Hassan at Selasa, Ogos 12, 2014 0 comments

Balik dari klinik tadi aku berfikir fikir nak masak apa untuk makan hari ni... tetiba je terfikir nak makan mee bandung, sedap jugak kan... aku pun terus la pergi kedai runcit untuk beli barang barang nak buat mee bandung...

Sampai je rumah, baru tersedar yang aku ni sakit mata, gatal2 pulak tu... boleh ke makan mee bandung yang kaya dengan udang tu... alahai.. putus semangat aku... akhirnya aku simpan je bahan2 basah semua tu kat dalam freezer...

Masuk bilik, golek2 atas katil, tidokan si kecik, then belek2 facebook, ternampak plak facebook Mynn, my ex-housemate masa kerja kat Segamat dulu... dulu aku suka betul kalau dia masak daging black pepper ni... sehingga menjilat jari, i tell you...

So, dengan berkobar2nya aku masuk dapur... rasanya bahan2 semua cukup.... apa2 pun, aku kena tanak nasi dulu... itu penting ok... kalau tak aku nak makan daging blackpepper tu dengan apa? heheheh

Setelah bertungkus lumus kat dapur dalam setengah jam, akhirnya siap juga daging blackpepper ku ini... dah rasa dah.. memang sedappp.. lembut jer dagingnya...

Nak resepi? boleh tapi aku tak ada sukatan yang sebenar... main agak2 jer...

Resepi Daging Masak Blackpepper

Daging batang pinang / silverside / topside
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Cili api
Bawang holland
Bahan penumis (bunga lawang, kulit kayu manis etc) - tak masukkan pun xpe.. ikut suka...
1 sudu cili giling
1 sudu serbuk kari
Lada hitam (ditumbuk)
sedikit sos cili
kicap

Cara2 Memasak

Tumbuk bawang putih, cili api, halia dan bawang merah... tumiskan bersama bahan penumis tadi...

Masukkan cili giling dan serbuk kari.. kemudian masukkan daging...

Masukkan sos cili dan kicap.. kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk tadi...

Akhir sekali, masukkan bawang holland yang dipotong nipis...

Tarrraaaaaaa....
Siappppp!

Oleh sebab hidangan ini adalah menu tergesa2, so takder la hiasan2 kat atas tu yer.. kekekeke!

Status Blog #5

Posted by Dalia Hassan at Selasa, Ogos 12, 2014 0 comments Links to this post

Baru balik dari klinik... doktor bagi MC 3 hari sampai 14/8... si kecik plak kena bagi neb sebab berkahak, nafas berbunyi.. get well soon ye sayang... sian dia..

11 Ogos 2014

Peperiksaan Online Ulangan Penolong Penguasa Kastam W27

Posted by Dalia Hassan at Isnin, Ogos 11, 2014 0 comments
Ermmm...

Baru je dapat email dari SPA... Lusa ni aku ambil semula peperiksaan ulangan Penolong Penguasa Kastam W27...

Hari tu aku tak dapat nak ambil disebabkan masalah teknikal... harap kali ni tak ada masalah lagi la walaupun aku tak bersedia apa pun untuk exam ni... hentam sajalah! mana tau rezeki aku kat kastam pulak...

Lirik Lagu : Sudah Terluka Merindu Pula ~ Ibnor Riza

Posted by Dalia Hassan at Isnin, Ogos 11, 2014 0 comments
Oleh sebab hari ni aku ada banyak masa kat rumah, takder keje nak buat, sambil guling guling atas katil layankan radio Sinar.fm... peh! lagu lagu lama memang malar segar... sentiasa menggamit memori...

Dalam banyak banyak lagu, lagu Ibnor Riza ni la yang menarik perhatian aku... dulu memang aku minat giler lagu ni.. nasib baik aku tak jadi gile.. (start merapu dah)

Nah! kat bawah ni print screen liriknya..
memang menangis! ngeeeeeeeeee

Status Blog #4

Posted by Dalia Hassan at Isnin, Ogos 11, 2014 0 comments

Status Blog #3

Posted by Dalia Hassan at Isnin, Ogos 11, 2014 0 comments
Aku sakit mata... pedih... huwaaaaaaa....

abg doktor, bleh tak bagi i MC lama skittttt... seminggu dua ker....

mode : poyo!

Status Blog #2

Posted by Dalia Hassan at Isnin, Ogos 11, 2014 0 comments Links to this post

Assalamualaikum.... Selamat pagi..
Hari ni aku off... tapi banyak benda nak kena settlekan hari ni... kereta dua2 rosak, nak kena hantar bengkel... RM... RM... RM... haishhhhhhh!

10 Ogos 2014

Status Blog #1

Posted by Dalia Hassan at Ahad, Ogos 10, 2014 0 comments

Facebook

Posted by Dalia Hassan at Ahad, Ogos 10, 2014 0 comments Links to this post

Bosan la aku dengan facebook. Rindu pulak kat friendster dulu2, myspace, tagged... tapi sekarang friendster dah lain.. dah tak best. tinggal games jer yang banyak....

Rasa macam nak say goodbye je kat facebook.. boleh tak aku nak buat blog ni macam facebook. Update status pendek2. Bleh je kan? Ni blog aku, boleh je nak buat apa aku suka.. jangan aku buat blog orang macam blog aku dah le.. hehehehe!

Okla.. tu je nak cerita.. tingtong skit kepala ni. tadi nyaris nyaris nak demam dah... apa taknya kereta buat hal kat Melaka.. nasib baik la selamat sampai Subang.. dah le aku ngan anak2 je.. huhuhu!

daaaaaaaaaaaaaa!

04 Ogos 2014

Cerita Raya 2014

Posted by Dalia Hassan at Isnin, Ogos 04, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat hari Raya Maaf Zahir Dan Batin pada semua... sibuk sangat kut dengan persiapan raya, langsung tak sempat nak menulis kat sini...

Meh le aku cerita serba sedikit pasal kisah raya aku yang tak seberapa ni... takperla.. yang penting kita raya...


Sebelum mula cuti raya, macam biasa la... pergi jumpa big boss.. dapat ler duit raya diorang bagi... ngeeeeeeeeeee!


Mercun ni pulak my good friend yang bagi untuk bakal menantu dia, Si Ainul... haha!


Shitam dan Shoreng ikut balik kampung jugak... jalan sakan...
tetamu tak diundang di pagi Syawal... jerawatttttttt!

Kakak aku yang senget dan anak buah aku yang sewel... sarung kerusi mak aku pun jadik diorang nak jadikan aksesori pakaian diorang....

Selfie Selfie Selfie
Selfie lagi....
dan lagi.....
lagi.... lagi..... (tak sempat nak make up... baju pun pakai baju lama jer sebab nak kena masak kat dapur, tetamu tak putus datang)


Selfie dengan kakak sayang yang brutal... Kak Noi aka Puan Seri Normala Shamsuddin.....



Masa untuk pulang ke kampung mertua.....

Ragam si kucing dalam kereta sampai pening kepala si Arissa...



tengoklah penumpang yang kat belakang tu... lena betul dia tido...

tak tahan nak kencing si Ainul ni... hahahaha muka tak bleh blah... dia tak perasan mama dia amik gambar ni...
dak tecik ni pun sibuk nak ber selfie....
                                     
                                 
site visit rumah mertua... ini pun tak habis pusing lagi tengok manggis, cempedak..
Raya keenam kami gerak balik ke Subang semula... memang penat... tapi dalam pada penat tu pun sempat singgah kat Nilai 3 beli barang skit... paling kesian kat Shitam ngan Shoreng la... penat sangat... sampai jer rumah masing2 cari port untuk tidur... kesian.... hehehe!

Dan hari ni, Isnin dah start keje semula... malasnyaaaaa! Masih mood raya lagi... huhuhu!
                                  

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea