Kawan2Ku

26 November 2014

Makan2 @ Restoren Phad Thai, Taipan

Posted by Dalia Hassan at Rabu, November 26, 2014 0 comments Links to this post
Assalamualaikum wbt...

Sempena pertukaran SIO kami DSP Heisham ke IPK mulai Isnin depan, hari ni kami pegawai awam dari cawangan trafik telah bersama2 meraikan beliau di Restoren Phad Thai, Taipan. Meraikan sempena kenaikan pangkat dan juga perpisahan.

Walaupun hanya sempat setahun je bersama kami, tapi banyak jasa beliau kepada kami. Walaupun beliau seorang yang tegas, tetapi beliau sangat bertimbang rasa dan sering mendengar masalah kami.

 Terima kasih tuan. Jasamu dikenang.....





Facebook : Undur Diri Buat Seketika

Posted by Dalia Hassan at Rabu, November 26, 2014 0 comments Links to this post

Assalamualaikum wbt...

Semalam aku telah deactivate akaun facebook aku atas beberapa sebab. So, untuk beberapa ketika ni, aku cuma boleh ber wechat, whatsapp atau IG jer..

Akan cuba bertahan selama mana yang boleh... Tapi semuanya bergantung pada keadaan. Saja nak uji diri yang terlalu leka dengan facebook. haha! Silap2 petang ni aku dah aktifkan semula.. aku ni bukan boleh percaya... ngeeeeeee!

Harap2 berjaya!

22 November 2014

Perbezaan Umur Kita Dengan Kucing

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, November 22, 2014 0 comments Links to this post
Sharing Is Caring

Sumber : Facebook Friends of BN - Barisan Nasional

Assalamualaikum wbt...

Cuma nak share apa yang aku baca kat facebook tadi.. ermmm... kucing kat rumah aku ( Shitam ) tu beranak masa umur dia tak sampai pun 6 bulan lagi.. maksudnya... aishhhhhh! tak cukup umur lagi tu... remaja sangat lagi dah gatal...



haha!

15 November 2014

Status Blog #32

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, November 15, 2014 0 comments Links to this post

Alhamdulillah. Tepat jam 12.26am sampai rumah  my parent kat Segamat. Mencabar betul balik hari ni.. trafik jem + hujan... dah le aku balik bertiga jer dengan anak2, asben aku sabtu ahad pun keje.. nasib baik le tak mengantuk..

Sebenarnya tak plan pun nak balik kampung hari ni. Pagi tadi aku call mak, tanya mak tarikh sebenar mak ngan abah pergi dan balik umrah desember ni. senang aku nak rancang cuti. pastu mak cakap abah dah 2 hari tak sihat. tu yang aku terus plan nak balik hari ni juga..

Bertolak dari rumah pukul 7.40pm... dengan jem ngan hujan sampai kampumg kul 12.26am.. sampai rumah kena marah dengan mak sebab bahaya bawak kete malam2, katanya... sendiri pulak tu. sebab tu la aku tak nak bagitau mak awal2 yang aku nak balik.. takut mak risau selagi aku tak sampai rumah... hehe!

Okla. Nak tido dulu..
Zzzzz...

13 November 2014

Riang Ria @ Sunway Lagoon

Posted by Dalia Hassan at Khamis, November 13, 2014 0 comments Links to this post
Assalamualaikum wbt...

Hari ni aku dengan encik asben pergi berpoya - poya kat Sunway Lagoon. Sebenarnya 29/9 hari tu kitorang dah pergi satu family dengan anak2, tapi encik asben tak puas hati sebab dia tak puas nak main air. tu yang dia ajak aku datang lagi sekali. kali ni kami berdua je. ngedate! hehehe!

Tapi hari ni memang best. Semua pun kitorang naik kecuali roller coaster. gayat. masih terbayang2 lagi roller coaster masa kat USS dulu. fobia sampai sekarang. Tapi tadi yang paling seronok bila dapat naik vuvuzela. Dua kali naik... sampai pening kepala dibuatnya. haha!

Gambar memang tak banyak pun yang dapat aku ambik. Sebabnya, handphone aku simpan dalam locker... takut terkena air.. so mana yang sempat je la aku rakam...

Layannnn!

mintak tolong kawan aku yang keje kat balai Sunway untuk dapatkan tiket harga staff ni... masih mahal tapi kurang la sikit.. hehe!
pemandangan dari Sunway Pyramid
                                       
pemandangan dari atas jambatan gantung ni...
                                     




ni aje la gambar2 sebelum henpon aku simpan kat dalam locker... takut basah.. hehe! 

In Shaa Allah 29/11 ni aku akan pergi lagi ke Sunway Lagoon sempena hari keluarga tempat keje aku. Oleh sebab tiket terhad untuk 2 orang je setiap keluarga, so aku cuma bawa Ainul jer nanti.. ;)
                                                       




12 November 2014

Status Blog #31

Posted by Dalia Hassan at Rabu, November 12, 2014 0 comments Links to this post

Emosi tak stabil...

Sekian.

10 November 2014

Republik : Selimut Tetangga

Posted by Dalia Hassan at Isnin, November 10, 2014 0 comments Links to this post

Assalamualaikum wbt...

Sebenarnya aku bukanlah jatuh cinta 'dengar' kali pertama lagu ni. Memang biasa dengar tapi baru baru ni jer aku macam gila sikit kat lagu ni. Meh layan jap lagu ni...

Selimut Tetangga ~  Republik

Bersabarlah sayang aku akan pulang
Jangan dengarkan gosip murahan tentang aku
Berjanjilah sayang ku slalu setia
Meski ku tak selalu di sampingmu

Tak usah kau menangis meratapi aku
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Berjanjilah sayang ku slalu setia
Meski ku tak selalu di sampingmu

Tak usah kau menangis meratapi aku
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku

Tak usah kau menangis meratapi aku
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Bersabarlah sayang aku akan pulang



05 November 2014

Status Blog #30

Posted by Dalia Hassan at Rabu, November 05, 2014 0 comments Links to this post


Sedih. Sakit hati. Aku tak tau nak cakap apa.. Tak tau nak luahkan kat siapa.. tak tau nak percayakan siapa.. 

penyudahnya.. masuk tandas, menangis semahunya....

03 November 2014

AF2014 : Azwan Tak Patut Tersingkir!

Posted by Dalia Hassan at Isnin, November 03, 2014 0 comments Links to this post
Assalamualaikum wbt...

Terus terang aku cakap, malam tadi sebenarnya kali pertama aku tengok konsert AF2014 ni.. sebelum ni ada jugak aku dengar kawan2 bercerita pasal AF2014 ni, tapi aku tak pernah ambil pusing...

Malam tadi aku tengok dari awal sampai akhir konsert ke 9. Tetiba je rasa macam nak jadi pengkritik.Bukan pengkritik kepada pelajar, tapi pengkritik kepada AF2014 itu sendiri..

Sumber  Gambar : Pakcik Google
Apa yang aku tahu, kedudukan peserta dalam Akademi Fantasia ditentukan oleh afundi yang diterima daripada orang ramai yang mengundi kepada pelajar pilihan mereka. Tak kiralah undi itu adalah dari keluarga, saudara mara, sahabat handai mahupun peminat mereka sendiri. Dari mana undian itu datang bukan isunya, tapi jumlah undian yang diterima itu yang harus diambil kira oleh Astro kerana setiap undian itu sangat bermakna buat mereka.

Pada pendapat aku, kalau AF2014 perlukan 5 orang pelajar untuk ke final, dah cukup dah pun pelajarnya. Tak perlu singkirkan Azwan dan masukkan Adel yang diserap diatas keputusan tenaga pengajar dan pihak fakulti. Harus diingat, ini adalah Akademi Fantasia. Segalanya melalui undian. Apa gunanya membazirkan wang ringgit untuk membuat undian jika tenaga pengajar dan pihak fakulti boleh sewenangnya membuat keputusan. Singkirkan pelajar yang mempunyai undian tinggi, kemudian gantikan dengan pelajar yang telah tersingkir. Tak adil rasanya..

Pada aku,walau seteruk mana pun nyanyian Azwan dan sebagus mana pun nyanyian Adel, kita terpaksa akur pada undian. Adel dah tersingkir pada minggu ke tujuh. Itu adalah kenyataan yang harus diterima. Mungkin betul dia berbakat besar. Tapi haruskah Azwan dan pengundi2 Azwan menjadi mangsa keadaan? Kalau mahukan pelajar yang benar2 berkualiti untuk ke final, kenapa tak wujudkan juri professional jer. Senang. Tak perlu peminat berhabis duit untuk mengundi. Tak perlu berat sebelah...tak perlu menganiaya mereka.. tak perlu menipu mereka..

Singkirkan Azwan tanpa AF Serap. Empat finalis bertanding di konsert akhir.. Itu lebih adil sebenarnya..

Entahlah. Aku ni mungkin tak layak untuk membuat kritikan. Maaf jika kita bercanggah pendapat. Tapi aku hanya meluahkan pendapat aku saja.. apa yang bermain di fikiran aku, itulah yang aku luahkan... apa yang pasti, inilah konsert AF2014 yang pertama dan terakhir aku tengok.

Buat Azwan, semoga anda berjaya diluar sana. In Shaa Allah.

Sekian.

Update 10/11/2014

* Ermm... dengar cerita Adel dapat tempat kelima. See. Kan aku dah cakap. Walau macamana bagus pun Adel, kalau peminat tak Afundi, tak menang juga. Tak perlu diserap (diserap melalui pemilihan oleh tenaga pengajar dan pihak fakulti) kerana diluar sana peluangnya amat cerah. Tak perlu rampas hak Azwan yang sememangnya telah ditentukan oleh pengundi. Azwan yang berhak berada dikedudukan 5 teratas, bukan Adel. Harap tenaga pengajar dan pihak fakulti jangan ambik remeh perkara ni. Untuk AF akan datang (kalau ada), silalah lantik juri professional. Tak perlu lagi kaut keuntungan dengan cara macam tu. Tak berkat!


02 November 2014

Status Blog #29

Posted by Dalia Hassan at Ahad, November 02, 2014 0 comments Links to this post

Orang sibuk pasal bola, aku sibuk kat sepital sebab dak tecik tak sihat. pagi ni cek wasap n fb.. rata2 cerita pasal bola. Tahniah Pahang, good job JDT. main sampai ke penentuan penalti. takder rezeki JDT kali ni, tapi dah ke final pun Alhamdulillah.. mmg terbaik. cuma.. aku tengok orang Pahang ngn orang Johor rilek je.. boleh gurau2 lagi.. tapi orang luar plak yang beria2 kutuk JDT. kat wasap grup mahupun fb. rilek ar beb. tak payah ar jadi batu api sangat. yg penting jangan kecewa ya sebab negeri korang tak masuk final.. lalalalalaa!

Eh! rasanya ni kali pertama aku komen dan condemn tentang bola. sekali sekala bagi orang terasa apa salahnya.. asyik kita je yang terasa hati bila baca status diorg.. kan.. kan...
Ok. sambung tido..

#LuaskanKuasamuJohor

#HidupMatiJohor

01 November 2014

Hidup Mati Johor

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, November 01, 2014 0 comments Links to this post

Assalamualaikum wbt...

Malam ni final Piala Malaysia.. Johor vs Pahang... Dup dap dup dap pulak.. Johor negeri kelahiran aku. Dibesarkan pun di Johor.. Pastilah aku sokong JDT... Hehe.. 

Tapi menang dan kalah itu adat pertandingan. Persaingan yang sihat. Lagipun Pahang tu berjiran dengan Johor. Malah kampung aku pun kat Segamat, betul2 sempadan dengan Pahang. Kami bermusuh ditengah padang jer... Luar padang kami geng kamcing.. He he!

OK La.. Jom layan video nyanyian dari B.O.S ni.. 
Hidup Mati Johor.




Luaskan Kuasamu
Oh Johorku
Hancurkan Semua Musuhmu 
Pahlawanku
Setia Bersamamu Johor
Merah Biru
Hidup Mati Johor
La la la la la la la la la la la la la la la la la la
Hidup Mati Johor


PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea