Kawan2Ku

22 Januari 2015

Diet Atkins : Menu Hari Kelima

Posted by Dalia Hassan at Khamis, Januari 22, 2015

Assalamualaikum wbt..

Masuk hari kelima.. semangat nak kurus makin berkobar2, tapi bila nak masak tu dah mula rasa sedikit malas lebih2 lagi bila nampak telur... tapi.. apakan daya... terpaksa kutelan jua walaupun hati dan jiwa meronta2... yerla... telur la yang paling murah dan senang.. haha!


SARAPAN PAGI

Telur dadar gulung berintikan sayur campur dan hirisan ayam panggang...
Gulung lagi... terpaksa gak gulung sebab box aku tu memang saiz macam tu.. haha! 

MAKAN TENGAHARI

Cauliflower goreng kampung... (konon2 feel macam makan nasi goreng kampung la...)

MAKAN MALAM

Sup Ketam Simple tapi sedap... berselera sungguh aku makan setelah berkali2 makan ayam dan telur.. hehehe!

Aku dah mula rasa loya2 nak muntah.. pening-pening kepala.. diorang kata ni normal.. sehari dua jer.. harap2lah.. dah rasa macam orang mengandung dah.. asyik nak muntah jer...

daaaaaaaaaaaaaa!

2 comments:

Zizie Zack berkata...

Ramai betul amalkan diet atkins...

Dalia Hassan berkata...

Itula.. tengok kawan dah kurus sebab amalkan diet atkins ni, tu yang berkobar2 buat gak.. Alhamdulillah baru beberapa hari dah nampak hasilnya...

Catat Ulasan

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea