Kawan2Ku

30 Januari 2015

Diet Atkins : Menu Hari Ketiga Belas

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Januari 30, 2015

Hari ni sebenarnya hari yang menguji keimanan... Apa taknya, hari ni aku ke Melaka untuk jumpa mak dan kakak2 aku... berapa kali juga aku cuba mengelak apabila diajak makan... haissss! Mujurlah sebelum keluar rumah tadi aku dah sempat buat sarapan dan masak untuk bekalan tengahari walaupun boleh je aku singgah mana2 untuk beli makanan....

Awas! Ini bukan menu Atkins...
Saja jer kan.. kak ani siap bagi aku pau bunga ros ni.. tapi nasib baiklah aku masih mampu menahan keimanan dari makan sesuatu yang boleh mensia2 kan DA aku.. penyudahnya... aku tapau bawak balik rumah bagi anak2 aku makan...

2 biji telur 3/4 masak... aku makan sebagai sarapan sebelum keluar rumah tadi.. 3/4 masak, oklah berbanding 1/2 masak... memang aku takleh nak telan...
Sup sayur dan telur... ok.. yang ni sedap... aku bawak bekal pegi Melaka.. tengahari lepak rumah kak Ani, aku bukak bekal ni padahal dia dah belikan aku nasi ayam special kat restoren dekat rumah dia... mujurlah tak terliur tengok nasi ayam yang dipanggang bersama madu tu..
Ni menu makan malam aku... chicball cheese... bolehlaaaaa...
Chicball cheese sedia untuk dimakan....
Sebelum balik, mak serah kat aku 2 beg plastik penuh berisi rambutan, cempedak yang dah diletak dalam bekas dan kek pandan! Aku hanya mampu memandang dan telan air liur... rambutan tu satu plastik aku dah bagi kat jiran... satu plastik lagi ada kat dapur tu... huhu.. buat2 tak nampak dah laaa...

0 comments:

Catat Ulasan

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea