Kawan2Ku

05 Mac 2015

Menu Atkins : Ikan Bilis Bersira Sambal

Posted by Dalia Hassan at Khamis, Mac 05, 2015

Haaaaa... ni dia menu kudap kudapan aku kat opis.. maklumlah, kadang kadang mulut ni rasa macam nak mengunyah sesuatu jer.. nak makan kerepek memang tak lulus la... ermmm... idea yang paling bernas ialah ikan bilis goreng....

Kejap je pun nak buatnya... cuma... ikan bilis macam mahal je kan? Hahahaha...


Dua bekas sekali aku buat... stok untuk beberapa hari... yang satu tu ikan bilis biasa jer.. yang satu lagi tu aku sira dengan sambal...

Resepi? Senang je...

Seulas bawang putih (aku guna tak sampai seulas pun)
Cili kisar 2 sudu...
Stevia
Bijan (sikit je, buat syarat)

*tumis bawang putih.. masukkan cili... masukkan stevia... tumis sampai kering pastu masukkan ikan bilis yang dah digoreng tadi... tabur bijan... siap!



*Tapi kan... anak2 aku yang makan banyak... tak sempat mama dia nak bawak pegi opis.. haha!

1 comments:

jirus air berkata...

Terima kasih atas perkongsiannya info
Saya ambil ilmu yg haq sahaja.lain lain tiada.

Catat Ulasan

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea