Kawan2Ku

05 Oktober 2015

Kejohanan Bowling Piala KPD Subang Jaya

Posted by Dalia Hassan at Isnin, Oktober 05, 2015

Assalamualaikum wbt...

Pada Jumaat (2/10) yang lepas telah diadakan Kejohanan 10 Pin Bowling Piala Ketua Polis Daerah Subang Jaya yang berlangsung di Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid. Walaupun tak berapa pandai main bowling, tapi aku sertai juga kejohanan ni sebab dipaksa oleh Faizah, untuk jadi partner dia... haha!

Apa yang pasti, aku dah mula rasa seronok main bowling ni... yerla.. sebelum ni main suka2 jer takder apa perasaan pun... bila masuk tournament macam ni, semangat menjadi2 walaupun masa tu perut tersangatlah lapar... tekak tersangatlah dahaga... sampai tengok bola bowling yang tersusun cantik tu pun dah nampak macam meatball yang tersusun cantik dalam pinggan.. entah apa2 kan?? ni la padahnya bila tak bersarapan... ngeeeee!

*Gambar tak ikut susunan... nanti kalau aku ada masa aku akan cerita serba sedikit semasa kejohanan haritu..


*Sumber gambar : e- galeri PDRM dan sendiri.

Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid



Team trafik...

Sempat layan henpon dulu tu...




Ada gaya... (Zaihan... geng bola tampar juga)




Amboi cik din.. macam takder perasaan je

team balai Sunway... cer tengok pakcik Abu tu.. dah kenapa begitu?? excited ker? ngeeeeee!

Tuan OCPD

Cik Yazri...

Tuan KBKA dengan gayanya...

Tuan Lail dan partner, Tuan Rahman (Double Lelaki - trafik)

Yusry.. antara yang terror main...

hahahaha! ni la dua orang yang aku tak boleh tengok / jumpa... mesti nak gelak... kalau dua orang ni takde, mesti suram StaRT tu..

Tuan Norazmi yang sentiasa ceria.. (no.2 dari kiri)




Tempat kelima double lelaki..



ni la wajah2 Johan double wanita



Geng trafik... tempat kelima







Johan Single wanita... Ku Is..




Tempat kedua double wanita (balai USJ 8)




Sebenarnya malam sebelum pertandingan aku terpijak kaca.. nak menangis rasa... sakit sangat kaki aku.. tak tahu la siapa yang pecahkan gelas kat rumah tu tapi tak bersihkan lantai betul2.. semua tak mengaku buat.. haishhhlaa... kaki mama yang jadi mangsa.. menabir nabir darah keluar... bisa weh!

Esoknya masa nak keluar rumah, rasa macam tak boleh jijak ke lantai kaki... pedih.. tapi yang peliknya, bila dapat pegang bola bowling sakit tu hilang. entah kemana perginya... dan yang lebih pelik lagi, bila balik sampai rumah terasa sakit semula tapak kaki aku ni... sampai hari ni masih sakit lagi. haha!

Darah!!! Aku cedera parah!!!

0 comments:

Catat Ulasan

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea