Kawan2Ku

12 Disember 2015

Rehabilitasi : Si Pemendam

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, Disember 12, 2015


Kau orangnya kelihatan mudah.
Apa orang kata, kau mukanya biasa.
Seperti tiada apa-apa.
Seperti tiada apa yang bisa mengguris hatinya kau.
Wah, hebat kau ini, aku nyaris ingat kau bukan manusia.

Tapi kau itu bertopeng.
Apa yang orang kata, kau simpan.
Cuma kau tidak meluah,
kau hanya tahu simpan dan simpan.

Kau tahu apa buruknya simpan rasa kurang enak pada hati?
Kau akan hilang diri nanti.

Jangan begitu.
Setiap manusia itu Allah jadikannya berfungsi.
Ceritalah pada yang sudi dengar dan kongsi,
InshaAllah kau akan baik-baik di akhir cerita nanti.


The Faiz Ibrahim




2 comments:

Sya Nadia berkata...

jangan pendam, tapi luahkan lah. kadang ada org yg tak tahu nak luah pada siapa,mengadulah apda Allah..itu yg terbaik..luahlah nak nangis pun tak apa..insya allah, lega lepas tu..

Dalia Hassan berkata...

In Shaa Allah. Terima kasih Sya Nadia.. :)

Catat Ulasan

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea