Kawan2Ku

30 Oktober 2015

Melawat Mangsa Cedera Tragedi Kren Tumbang Di Makkah

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Oktober 30, 2015 0 comments Links to this post
Assalamualaikum wbt...


Dari sehari ke sehari aku nak pergi ziarah mak Faizah iaitu Makcik Faridah yang telah tercedera dalam tragedi kren tumbang di Makkah. Setelah beberapa hari makcik Faridah balik ke Malaysia, baru hari ni aku berkesempatan jumpa di kediaman anak Makcik Faridah di Putrajaya.

Alhamdulillah. Luka tertusuk besi di kaki semakin pulih walaupun belum pulih sepenuhnya (Makcik Faridah penghidap kencing manis) dan terpaksa berulang alik ke klinik dua hari sekali untuk cuci luka tersebut. Apa yang pasti, luka di kaki makcik semakin kering. Syukur.

Pastinya tragedi ini meninggalkan kesan yang mendalam terhadap diri beliau. Bayangkan, ketika kejadian berlaku, beliau berlima bersama kawan2 yang lain. Dalam sekelip mata, keempat empat kawannya (termasuk seorang kakak ipar) pergi untuk selama lamanya... hanya dia yang tinggal dan selamat dalam tragedi tu.

Apa2 pun.. sesungguhnya mereka yang pergi itu sangat bertuah. Berapa ramai jemaah haji yang memang mengimpikan untuk disemadikan di Tanah Suci, tetapi tidak termakbul. Alhamdulillah.. perginya di Tanah Suci... dengan niat untuk beribadah. Cuma cara mereka pergi sahaja yang membuatkan kita sedikit terkilan. Kerananya ianya adalah dari kecuaian manusia sendiri. Tapi.. sebenarnya semuanya adalah ketentuan dari Allah.. tentu ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya...




Gambar di bawah ini adalah gambar sebelum tragedi kren tumbang... Mereka berlima sentiasa bersama, dan selepas tragedi tersebut hanya Makcik Faridah seorang yang terselamat. Al Fatihah buat semua mangsa.




21 Oktober 2015

Cuti - Cuti Thailand : Pulau Krabi 2.0 ( Day 3 )

Posted by Dalia Hassan at Rabu, Oktober 21, 2015 0 comments Links to this post

 Hari Ketiga di Krabi...



Hari ni adalah hari terakhir kami disini.. Tak puas rasanya sebab banyak lagi tempat yang aku tak pergi... banyak lagi makanan yang aku belum merasa. Tak habis explore lagi kawasan sini.. tapi nak buat macamana. Masa 3 hari memang tak cukup untuk buat semua tu. Okay. Lain kali pergi lebih lama lagi...



Pagi selepas sarapan pagi kami bergerak menuju ke destinasi berikutnya iaitu Elephant Trekking. Gayat oooo naik atas gajah. Sian pun ada kat gajah tu tapi demi pengalaman baru, ku harungi jua.. ceh! haha!



Pengalaman hari pertama : Klik Sini
Pengalaman hari kedua : Klik Sini

Posing atas gajah walaupun tak nampak gajahnya...





















Sebelum keluar dari Krabi menuju ke Hatyai, singgah sebentar di sini.. Ada Ketam Hitam yang besar kat sini.. goreng pun sodap...

Kat belakang tu la ketam hitamnya... adakah nama Krabi ni datangnya dari perkataan CRAB? ermmmm... mungkin juga....

makan aiskrim.. macam la kat Malaysia takder jual aiskrim.. hahaha!


On the way nak ke Hatyai, salah satu van yang membawa rombongan kami tayar pancit. So makan masa skit la kat sini sementara tunggu diorang ganti tayar tu....



Sampai ke Floating Market Hatyai agak sedikit lewat dari jadual. Kami hanya ada masa selama 40 minit sahaja untuk pusing kawasan sini...

Masing masing nak cepat... takut tak sempat cuci mata...











Akhirnya aku cuma beli jagung ni jer... (dan 3 helai Tshirt Hatyai) hahaha!



ini pun aku beli sikit2..


Dalam van... macam biasala.. karaoke..

Imigresen Thailand. Sama macam masa masuk, kena selitkan RM1-2 kat dalam passport kita tu.. kaya weh orang imigresen Thai tu...
Bas Alisan menuju ke KL menunggu kami di Imigresen Malaysia. Sepatutnya bas ni kami naik dari Hatyai.. tapi disebabkan oleh kelewatan yang berlaku, pakcik driver ni tunggu juga kami di sempadan. Terima kasih pakcik driver! Bas yang sangat selesa.. disediakan selimut dan juga plug untuk charge handphone...

Cuti - Cuti Thailand : Pulau Krabi 2.0 ( Day 2 )

Posted by Dalia Hassan at Rabu, Oktober 21, 2015 1 comments Links to this post
Assalamualaikum wbt...


Hari kedua di Krabi... Hari ni dipenuhi dengan aktiviti di laut jer... snorkeling.. cuci mata kat pulau... dan macam macam lagi la..  sangat enjoy.. best!
haha!

Ni aktiviti hari pertama kami kat sana... boleh klik sini untuk baca..


Pagi pagi sarapan nasi beriyani... tapi nasi beriyani dia berbeza skit dengan nasi beriyani kita... makan banyak dengan harapan nanti kat tengah tengah lautan tak payah guna pelampung.. hahaha!

Tapai pulut hitam kut... aku ingatkan tapai biasa, tu yang amik tu..

Azra dan noni... belakang tu yang berdua tour guide kami yang best dan sporting!

Teropong dari kejauhan...


Penerangan dari Paksu sebelum menaiki bot

Kumbang diantara kami berlima... Najib..

Geng adik adik satu van dengan kami...

Posing dulu atas bot...

Speed boat...


Skodeng bot sebelah... ni bot yang sama2 dengan kami juga ni.. under one roof.. haha!

Posing yer adik2...

nak turun pun seram jer... gayat.. hahahah

Indahnya alam... tiada bunyi bising, tiada jerebu...

Azra dan Noni

Tunjuk langit bebeh!



Lagiiiii...

Penyambut kami di pulau tersebut.. (lupa pulak apa nama pulau ni...)

Sue Senget.. kat belakang tu Cik Ra Ra Ra...

Sesi perkenalan antara Amy dengan Cik Ra..

Diskusi antara Najib dengan Cik Ra..

Cantik... air laut yang menghijau... (sorry Sue, bukan u...) haha!


Lalalalala!

Terbaik!!! Saya mesti pilihhhhhh!

Tangkap jangan tak tangkap...

mandi bersama Cik Ikan...

Sesi menggelapkan kulit masih berterusan...

Standby untuk snorkeling!!
Lihatlah Oh Dunia... Inilah gaya seorang juara Kejohanan Renang Merentasi Lautan Andaman. Haha!







Lepas snorkeling... nasib baik ada bawak key lebih.. bolehla ikat kat kepala... yang pakai sebelum ni abis basah...
kat belakang tu salah sorang dari tour guide kami... muka ada iras2 nabil, kelakar pun dah macam nabil.. best! haha
gadis pulau beraksi.. hahahah!

 

  

Riang Ria Kanak Kanak Istimewa

Singgah pulau ni pulak... sorry la tak ingat apa nama pulau.. kat pulau ni la kami disajikan dengan makanan tengahari.... 

Lepas makan tengahari, beli pancake nutella kat bot ni... hahaha! tak kenyang kenyang kan...

Balik dari Island hopping, masing masing kepenatan. Tapi kami ada satu jam untuk berehat dan bersiap untuk aktiviti seterusnya...

(akan update kemudian)

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea