Kawan2Ku

27 Januari 2016

Langkawi : Nasi Dagang Pak Malau

Posted by Dalia Hassan at Rabu, Januari 27, 2016

Assalamualaikum wbt...

Ni cerita pasal makan pulak... kalau ke Langkawi tu, jangan lupa singgah bersarapan di Warung Nasi Dagang Pak Malau... selain disajikan dengan menu nasi dagang yang sedap, kita juga disajikan dengan keindahan sawah padi yang terbentang luas... aku kalau bab sawah ni, memang la aku jakun sikit.. maklumla... kat Johor takder sawah... so bila aku jumpa sawah ni, memang excited kemain!

Sebenarnya kami dah sarapan pun kat hotel. Tapi disebabkan kepopularitian Nasi Dagang Pak Malau, kami tetap nak terjah dan merasai sendiri keenakan masakan pantai timur di utara ni..

Alamat : Hadapan Masjid Bukit Temin, (Jalan Makam Mahsuri, Mukim Ulu Melaka), Kuah, Langkawi Kedah





Ni la Pak Malau... orangnya sangat peramah... rupanya dia ni lahir dekat KL... kat Kg Pandan kalau tak salah...  bekerja pun lama di KL.. kalau tak salah aku Pak Malau ni bekas pekerja MAS.

saujana mata memandang...

sawah terbentang luas...


homestay Pak Malau...

nampak kan... mata sembap.. tak cukup tidur.. haha












posing la.. apalagi...

 First time Pak Malau tegur aku, soalan pertama yang keluar dari mulut dia 

"Kita friend ker kat facebook??"

then aku jawab, 

"tak.. tapi saya add Pak Malau sekarang jugak!"

terus aku ambik henpon, add Nasi Dagang Pak Malau as friend.

Sebelum kami balik, Pak Malau tanya bila kami balik Shah Alam? Aku pun jawab hari ni.. pastu dia kata, tak payahlah balik dulu... lagipun dia memang tahu yang kitorang tak beli tiket lagi. Dia offer duduk homestay dia satu malam. Free of charge. Dia suruh kami balik esoknya. Tapi apakan daya, memang kami kena balik hari tu juga.... tak merasa la nak duduk homestay Pak Malau... dapat bergambar pun jadi la... hehe!


Sapa-sapa nak add facebook Pak Malau, boleh add friend dengan beliau kat sini : 


Orang Langkawi ni peramah dan baik baik belaka! 


1 comments:

Farahain ZFA berkata...

wahhh , nakk rasa lah nanti bila datang sini .

Catat Ulasan

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea