Kawan2Ku

26 Februari 2016

Status Blog #71

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Februari 26, 2016

Assalamulaikum wbt..

Sebenarnya aku rasa bersalah sangat kat seseorang. Dan aku rasa dia terasa hati dengan aku. Sekarang ni aku whatsapp dia pun tak balas. Ermm.. padanlah dengan muka aku, marah orang lain, orang lain yang jadi mangsa...

Pada yang empunya diri, aku nak minta maaf sangat2.. kadang2 bila emosi kita terganggu, kita seboleh bolehnya cuba mengelak untuk berinteraksi dengan orang lain. Dan kebetulan dia berada di situ. Aku terpaksa buat muka macam tu untuk tahan perasaan aku. Perasaan marah pada pihak yang satu lagi. Kalau aku tak tahan perasaan, mahu terburai airmata aku depan dia!!!

Tapi bila aku buat muka macam tu, rupanya dia terasa hati dengan aku. Ya Allah! aku tak sengaja.. aku cuma cuba kawal perasaan aku yang dah macam rojak tu. Bercampur baur.

Aku minta maaf, kawan! Aku harap kau baca entry ni... dan tolong maafkan aku....

0 comments:

Catat Ulasan

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea