Kawan2Ku

31 Mac 2016

Status Blog #74

Posted by Dalia Hassan at Khamis, Mac 31, 2016

Assalamualaikum wbt....

Sebenarnya hari ni adalah hari yang agak sedih buat aku kerana hari ini adalah hari terakhir orang yang agak rapat dengan aku bertugas di sini. Dialah pegawai, dialah bos, dialah tuan, dialah abang, dialah good friend aku sejak 6 tahun dulu... mestilah aku sedih, kan?

Pagi ni dia bagitahu aku, dia malas nak keluar dari opis dia.. dia kata mata dia bengkak.. aku gelak. aku tanya dia nangis ker?? (sebab aku tahu dia baru habis taklimat) dia kata dia tak tahan.. pastu aku gelakkan dia lagi (jahat kan aku?).. ermmm... sebenarnya aku faham sangat perasaan dia nak tinggalkan tempat yang banyak memberikan dia kenangan pahit dan manis ni. Aku tahu dia sayang anggota2 dan pegawai awam bawah jagaan dia. Dan aku juga tahu macamana anggota2 dan pegawai awam sayangkan dia. Hari2 aku join diorang, dan aku faham perasaan diorang. Sedangkan aku yang dari trafik ni pun terasa, apatah lagi diorang yang lebih rapat dengan bos diorang ni. Mesti terasa kehilangan. rasa sedih.

Dan petang tadi, aku dapat jumpa dia sekejap. Mungkin jumpa kali terakhir di IPD Subang Jaya (harap2 bukan kali terakhir).. lepas ni aku tak ada abang dah kat IPD ni.. abang yang sentiasa memahami karenah adiknya...

Cuma terngiang2 satu ayat dia tadi yang buat aku bertambah sedih....

ermmmm...


cenderahati dari adik buat abangnya... Pen yang di engrave nama... ASP Naser...


Dalia : Minggu depan, seorang lagi orang yang rapat dengan aku akan meninggalkan IPD Subang Jaya. Ermmm.. kalau yang ni pun aku dah rasa sedih sangat2, yang lagi seorang nanti aku tak tau nak cakap apa.. sebab... dia direct bos aku.. walaupun dari pandangan mata dia sangat poyo, hakikatnya dia tak! cuma... dia ada sedikit sifat panas baran (silalah tanya aku, yang pernah ditengkingnya suatu ketika dulu) Tapi sebenarnya kenangan tu lah yang buatkan aku tak boleh lupa dan kadang2 buat aku tersenyum sendiri mengingatkan kenangan manis tu (hoiii lu gilalah. kena tengking pun lu kata kenangan manis) haha! jadi manis sebab benda tu lah yang buatkan aku akan ingat dan hidup aku tak bosan dengan perkara yang sama je hari2 walhal pada masa tu, 3 hari mata aku bengkak menangis sebab tak nak pergi kerja!!! (takut nak tengok muka dia!!)

 Apa yang boleh aku cakap, ermmmmm... aku tak tahu nak cakap apa! isk isk isk!

0 comments:

Catat Ulasan

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea