Kawan2Ku

04 Ogos 2016

Sepagi Di Dusun Durian Abah

Posted by Dalia Hassan at Khamis, Ogos 04, 2016


Assalamualaikum wbt...


Jumaat Program Gaya Hidup Sihat, Sabtu hiking kat Bukit Tabur.. sampai rumah mandi siap2 pastu terus drive balik Segamat, berdua dengan Arissa. Perancangan asal ingat malam tu nak tidur pondok durian abah, tapi disebabkan aku sampai rumah mak pun dah malam, badan terasa penat pulak. So cakap kat mak, pagi esok jer aku masuk kebun. Mak dan abah memang hari2 musim durian ni tidur kat kebun.. kalau tak dijaga mau cik bab 1 berpesta durian kat kebun tu.. macam ada satu malam tu, abah kata kalau diikutkan hampir 3 bakul jugak la cik bab 1 tu berpesta sesama mereka. Sakan.


Esoknya (Ahad), seawal pagi sesudah subuh dalam 6.20 pagi aku dah gerak ke kebun. Dengan konfidennya aku mengikut arah kebun abah aku tu. Rupanya... aku sesat!!! hahaha.. berpusing aku mencari. Yang aku tau, ada kilang batu dan juga kuari. pastu aku tak tau. dah ler jalan gelap lagi masa tu. haha!


Aku pusing, cari satu warung tu untuk beli sarapan. Warung tu memang dah lama wujud. Seingat aku dari aku zaman kanak2 lagi memang dah ada warung tu. So sementara aku bertenang (line telefon tak kuat kat sini.. so nak call mak memang susah la nak dapat), aku singgah warung jap beli apa2 yang patut. Semua orang kat warung tu, tak kira melayu ke cina ke pandang aku dengan muka kepelikan. Makcik kedai tu tanya, aku nak pegi mana? Aku jawab aku nak pergi kebun abah, tapi sesat. Dia Tanya anak sapa.. aku jawab la anak Hassan. Serentak satu warung tu kata... "ooooooo anak Hassan... kebun kat depan ni jer... jalan sikit kat depan sampai kuari, depan sikit masuk jalan kanan tu.."


Hahaha. aku malu. ok. Biasa aku pergi dengan abah, naik kereta kebun dia. Memang dari kecik pun selalu ke sana kalau tiba musim durian. tapi aku tak pernah ambil peduli pasal lokasi kebun abah tu. Yang aku tau, sampai je abah bawah. Bila kena pergi sendiri, tu yang sesat. Malu.


Kul 7.10 pagi baru aku sampai kebun abah. Kena gelak dengan kakak aku. Fine.





Salah satu longgokan durian yang runtuh akibat rebut kelmarin...


ni pun sama... takder rezeki kan... takperla nak buat camana..






runtuh gak masa ribut aritu...


manggis tak masak lagi...



0 comments:

Catat Ulasan

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea