Kawan2Ku

22 Oktober 2016

Hiking @ Bukit Berekeh, Sungai Siput Perak

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, Oktober 22, 2016

Assalamualaikum wbt...




Sebenarnya dah lama juga simpan hasrat nak ke Bukit Berekeh ni semenjak viral dengan awan karpetnya yang ohsem sangat. Akhirnya setelah berbincang dengan Geng Outdoor Subang Jaya, kami sepakat nak pergi pada tarikh 22/10/2016... Sebulan awal dah rancang, dan memandangkan kami ni pun masih tak biasa dengan dunia hiking ni (newbies), so kami minta bantuan adik Chu Amir ni untuk jadi guider kami. RM10 untuk satu kepala. Okla kan???




Semalam kami ikut program Gaya Hidup Sihat anjuran IPD Subang Jaya trekking ke Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong.. Balik dari trekking tu memang tak sempat nak tidur walaupun kejap. Sampai rumah pun dah malam, berkemas dan siap2 then jam 12malam kami dah berkumpul untuk sama2 gerak ke Sungai Siput, Perak. Walaupun encik asben yang drive, tapi aku tetap tak boleh tidur sebab temankan dia berborak. Bahaya jugakla nak biarkan dia drive sendiri, buatnya tertidur susah juga. So aku bertabah ajer la tak tidur dan rehat langsung untuk panjat Bukit Berekeh ni.




Sampai Masjid Bawong lebih kurang jam 4 pagi... tapi kami mulakan pendakian lebih kurang jam 5.20am, terlewat sikit dari perancangan atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan.




Ermmmm... semput jugak rupanya nak naik tu.. ditambah dengan penat trekking semalam tak hilang lagi, dengan tak tidurnya lagi... memang mendapat la... mendapat sakit kepala... haha!


















































0 comments:

Catat Ulasan

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea