Kawan2Ku

07 Januari 2017

Hiking @ Gunung Gap ~ Gunung Ulu Semangkuk

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, Januari 07, 2017
Assalamualaikum wbt..

Kalau ikutkan sebenarnya ni la keje giler yang aku buat sehari sebelum final exam... bayangkan esok nak menghadap kertas exam, aku masih boleh berpoya2 lagi kat puncak gunung... bukan satu gunung, tapi dua gunung sekali aku tapau! Memang berharap sangat yang badan aku tak buat hal...

Kalau ikutkan hati, memang aku tak join kawan2 aku yang lain untuk trip pendakian kali ni.. memang aku cakap kat diorang, korang pergi je la.. takpe kali ni aku tak ikut... tapi... hati aku meronta2 nak pegi. Adus. Masalah besar betul. Terpaksa ikut jugak kata hati aku, kalau hati aku merajuk nanti susah pulak... (alasan)

Tu yang akhirnya aku dan asben aku terjebak sekali dengan trip kali ni. Ah! Nak exam esok, sempat lagi ni study malam ni.. apa ada hal.. macam tak biasa pulak study last minute.. kan kan kan!

Dan tepat jam 12 tengah malam kami berkumpul di KFC Pinggiran Subang, tak jauh dari kawasan rumah aku. Yatz dan Yana naik sekali dengan aku manakala Liza dan Tini naik dengan Ila... kami bergerak menuju ke Masjid Kuala Kubu Baru, meeting point kami...

Oh ya! Sebenarnya inilah pendakian yang paling ramai ahli dalam satu grup, iaitu hampir 80 orang... giler ramai kan.. meriah memang meriah.. puncak gunung dah macam shopping mall.. haha!

Kami memulakan pendakian lebih kurang jam 5am menuju ke puncak Gunung Gap... walaupun pendakian mengambil masa hanya lebih kurang satu jam jer untuk ke puncak, tapi keadaan trek yang agak pacak dan dalam keadaan gelap agak menyukarkan aku yang membawa muatan berat ni (built in muatan paling berat).. haha! Dan Alhamdulillah. Tepat jam 6am aku sampai ke puncak Gunung Gap.. kat puncak Gap ni kami rehat dan solat subuh..

Tepat jam 7.18am, kami gerak dari puncak Gunung Gap ke Gunung Ulu Semangkuk.. Pendakian kali ni agak santai tapi kadang2 semput jugak.. haha.. yang kelakarnya 3/4 perjalanan ni aku hanya berdua je dengan asben aku.. lebih kurang 10 orang pendaki kat depan aku termasuk Liza, yang lain2 semua kat belakang... kesian kat tini.. masa tu aku tak tau yg kaki dia cramp masa mula2 gerak dari puncak gap tu... yana, yatz, ila aku x dapat kesan diorang kat mana.. memang berpecah time tu..

Aku sampai puncak tepat jam 8.50 pagi.. Alhamdulillah.. kurang dari masa yang kami anggarkan.. sampai puncak letak beg terus bergambar.. ye la.. kena cepat, nanti kalau rombongan cik kiah sampai mau penuh puncak tu...

Geng2 yang lain sampai lebih kurang jam 9.15am.. yana, ila, yatz.... tini sorang masih tak sampai lagi akibat kejang kaki... tapi sweeper dan sorang lagi yang ada penyakit asma ada dengan tini.. lebih kurang jam 9.50am nampak kelibat tini kat puncak. Terharu aku.. tabah betul dia padahal kaki dia masih terhencut2 akibat kesakitan... kalau aku, mesti aku dah surrender sebab tak tahan sakit.






Wefie kat puncak Gunung Gap

Otw nak ke Puncak Ulu Semangkuk.. masa ni memang 3/4 perjalanan aku berdua je dengan asben aku.. takder orang lain... lebih kurang 10 orang kat depan (termasuk liza), yang lain2 semua kat belakang lagi...

Sampai puncak, letak beg terus bergambo.. masa kami sampai tu, ada grup lain kat puncak.. rasanya diorang bermalam kat sana








Ni cuma sebahagian daripada 80 orang line up... rasa dah macam mall kat puncak... tapi best... meriah! haha!



Aku gerak turun dari puncak Ulu Semangkuk lebih kurang jam 10.35am.. Tiba di Puncak Gunung Gap jam 11.40am... Mula2 kami ingat nak tunggu Tinie kat Puncak Gap, sebab dia masih belum sampai akibat dari kaki dia yang cramp tu... tak dapat nak jalan lagu.. Disebabkan oleh hal2 terdesak, lebih kurang jam 12.20pm terpaksa jugak kami turun ke starting point.. Sampai bawah jam 12.50pm, terus masuk tandas.. haha!

Elok jer kami jejak kaki ke starting point, hujan mula turun.. mujurlah sekejap jer... kalau tak kesian juga kat diorang yang lain yang tak sampai lagi... Sementara tunggu Tinie sampai, kami gunakan masa yang ada untuk bergambar kat kedai usang tu..

Tini sampai bawah tepat pukul 2pm. Alhamdulillah... lega kami bila tengok dia. Bangga pun ada... dalam pada sakit2 pun, dia masih mampu lagi menawan 2 puncak gunung sekaligus. Kalau aku la... tak tau camana... surrender kut...

Lebih kurang 2.25pm kami gerak, kembali ke pangkal jalan. haha!












0 comments:

Catat Ulasan

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea