Kawan2Ku

07 Ogos 2010

Aduhai Pemandu Bas Express: Tak Bernilaikah Nyawa Kami di Mata Anda?

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, Ogos 07, 2010
Sebenarnya dah lama aku nak keluarkan gambar2 ni, tetapi asyik tertangguh dari semasa ke semasa. Tapi bila terbaca laporan akhbar tentang PPBSM meminta agar had laju bas di lebuh raya dinaikkan daripada 90 kilometer sejam kepada 110 kilometer sejam, aku terpanggil untuk keluarkan gambar ni... Gambar2 ni aku dah simpan sejak bulan May lagi. Gambar ni jugak aku rakamkan ketika dalam perjalanan balik ke kampung, yg kebetulan aku duduk di bahagian tempat duduk barisan hadapan.

ni cuma sebahagian daripada 'aksi' beliau apabila dgn selamba ber'sms' ketika memandu tanpa menghiraukan keselamatan penumpang jika berlaku kemalangan..


Sepanjang perjalanan yang mengambil masa hampir 2jam 40 minit (yg kebiasaannya mengambil masa 3 jam), pemandu bas ini sentiasa ber sms dan bergayut di telefon lagaknya seperti orang sedang bercinta. Geram ada, marah pon ada pada pemandu tersebut. Berpuluh2 nyawa penumpang berada di dalam bahaya. Agaknya klu sesuatu berlaku, apalah nasib penumpang2 bas tersebut (termasuk aku, suami dan anak aku yg berada dlm bas tersebut)... hermmmm... fikirlah wahai sang pemandu....

Diharapkan pengusaha bas express mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pemandu2 yg tidak bertanggungjawab ini... walaupun sebahagian besar pemandu2 bas express adalah dikalangan pemandu yg berhemah dan bertimbangrasa, tetapi sebilangan kecil pemandu yang tidak bertanggungjawab seperti inilah yang menjejaskan reputasi dan nama baik pemandu2 bas express yang lain. Kalau had laju dinaikkan, apalah nasib penumpang2 yg mendapat bas dipandu oleh pemandu seperti diatas ini.Fikir2kan lah!



0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea