Kawan2Ku

12 Disember 2009

Terkenang Semasa Dahulu Part 2: Zaman Kanak-Kanak

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, Disember 12, 2009

Kisah zaman kanak-kanak aku, kenangan yang kemas melekat kat kepala aku adalah ketika umur aku 5 tahun. Masa tu pokok rambutan depan rumah arwah pak itam aku (yang juga jiran aku) memang tengah berbuah dengan lebatnya. Bila tengok abang aku, abang ijat panjat pokok rambutan tu dan menikmati buah rambutan dari atas pokok, aku pun dengan terujanya memanjat pokok rambutan tu... agaknya aku lupa yang aku baru jer berumur 5 tahun. Yang bestnya bila dah sampai atas pokok, pandang jer bawah aku jadik gayat... Bila gayat, mulalah aku gelabah bila aku tak boleh nak turun walau sikit pun... Nak buat macamana? Akhirnya dengan perasaan takut, aku teringat cara2 nak bertanya sesuatu pertanyaan kepada mentada mentaduk...

Aku pun dengan suara yang kuat (konon2 supaya mentada mentaduk boleh dengar suara aku), mula bertanya:

"Mentada Mentaduk Macamana Akak Nak Turunnnnnnnnnnnnnnnnn!!"

Dan, abang ijat yang memang ada kat atas pokok gasak gelakkan aku gila baba... Tak lama lepas tu mentada mentadu besar datang selamatkan aku pakai tangga (mentada mentaduk besar tu kakak aku laaaaa yang dengar aku nyanyi dari atas pokok tu).....

Sampai sekarang abang ijat selalu perli aku dengan nyanyi lagu tu dan aku selalu cerita kenangan tu pada anak aku sampai anak aku dah boleh hafal setiap baris ayat cerita aku ni.... haha! kenangan yang tak dapat dilupakan....

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea