Kawan2Ku

12 Disember 2009

Terkenang Semasa dahulu Part 4 : Puncak Menara Gading

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, Disember 12, 2009

Aku mula menjejakkan kaki ke uitm pada usia 18 tahun iaitu selepas keputusan SPM diumumkan. Dengan keputusan yang boleh dibanggakan (kot), aku diterima untuk melanjutkan pelajaran peringkat diploma di uitm di selatan tanahair. R, CMku menyertai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Dengan berbekalkan semangat yang waja untuk berjaya, aku mengharungi hari-hari di bilik kuliah yang sememangnya menyakitkan kepala dengan formula2 dan fakta2 yang harus dikuasai sebelum peperiksaan akhir semester bermula. Telatah dan gelagat teman2 seperjuangan menjadi pengubat segala keperitan dan kepayahan dalam menggengam cita2 menjadi insan berjaya.

Sepanjang tiga tahun aku bergelar pelajar disini, ada dua jejaka yang aku benar2 sayang. Seorang daripadanya aku menyayanginya sebagai seorang sahabat, dan seorang lagi sebagai seorang kekasih. H, seorang sahabat yang baik manakala R (sama pulak dgn CM aku dulu) seorang kekasih yang benar2 berkasih berlandaskan agama. Yup, R seorang yang kuat pegangan agamanya (sama dengan sahabat aku H) dan mungkin disebabkan sifatnya yang baik itu, aku jatuh cinta padanya.

Perkenalan yang tidak disangka-sangka bermula ketika kami dibawah satu pasukan yang sama ketika Karnival Sukan Mahasiswa (Karisma) Uitm yang berlangsung di cawangan uitm di utara tanahair. Aku tertarik dengan cara dan gayanya ketika menentang pasukan lawan. Berseluar pendek, tetapi tetap menutup aurat kerana seluar pendeknya melebihi paras lutut. Dan dia akan meminum air sambil duduk walaupun ketika sedang dalam permainan. Oh ya! lupa nak bagitau. R ni dulu bekas student Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), jadi dia ni Islamic skit orangnya....

Masih teringat lagi ayat pertama ketika dia tegur aku... pada ketika itu, aku dah nampak dia datang ke arah aku, tapi aku buat-buat tak nampak jer... dekat jer, dia terus kata "amboi.... sombong nampak!"... hahaha! dan sesungguhnya itulah ayat yang melemahkan jiwa ragaku pada ketika itu. Aku sangat sayangkan R, tapi bila aku tamat pembelajaran aku di universiti, samalah tamatnya perhubungan kami. Silap aku jugak, yang terlalu ego pada ketika itu. Masih segar diingatan aku, dia menunggu aku di luar dewan peperiksaan kertas akhir di tahun akhir aku. Aku yang ketika itu masih merajuk dengannya, bila ternampak yang dia sedang menunggu aku, dengan pantasnya aku berjalan keluar dengan seorang classmate lelakiku untuk membuatkannya cemburu. Tapi aku tersilap, rupanya dia fikir yang aku betul2 bencikannya. Dan sejak tu, dia tak hubungi aku dan aku pun tak hubunginya... tapi yang aku dengar dari bapa saudaranya, R telah melangsungkan perkahwinan pada Januari 2003. Semoga R berbahagia kekal hingga keakhirnya....

Berbalik kisah sahabat baikku H... dia seorang yang sangat mementingkan persahabatan.. masih terngiang2 di telingaku kata2 H "aku ni jer yg asyik ingatkan kawan, tapi kawan aku langsung tak ingatkan aku!"..... hehehe! sorry lah H, kadang2 aku terlupa peranan seorang kawan sehingga menyakitkan hati kau.

Meh aku ceritakan perwatakan kawan aku nan seorang ni... aku mula sekelas dengan dia ketika aku berada di part 2, dan ketika itu aku tidak berapa rapat dan juga tak berasa kehadirannya di dalam kelasku. Kenapa? kerana H ni seorang yang pendiam tetapi sangat bijak... setiap semester dapat Anugerah Dekan. Kalau dalam kelas tu, nak dengar suara dia bercakap dengan perempuan, memang tak ada. Mungkin sifat malu dan rendah diri yang masih tidak dapat dikikis dari dalam diri H.

Masuk part 5, aku mula rapat dengan dia. Dia memang kawan yang baik, dan selalu tolong aku dalam pelajaran. Langsung tak kedekut ilmu. Pernah sorang kawan perempuan aku bagitau, biasanya kalau dia ataupun kawan2 yang lain menegur H atau ingin berborak, mesti sepuluh patah ditanya, sepatah yang dijawabnya. Tapi bila dengan aku, rancak jer kami berborak. Aku dengan selamba bagitau kawan aku tu, yang aku dan H datang dari daerah yang sama, sebab tu kami cepat ngam antara satu sama lain.... Aku rasa, jawapan aku tu memang betul. Mungkin kami datang dari daerah yang sama membuatkan kami serasi sebagai sahabat.

Selepas grad, H melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di universiti yang sama, dan aku menempuhi alam baru, iaitu alam pekerjaan. Aku akui, aku tak mampu menjadi seperti H yang sangat mementingkan ikatan persahabatan sehinggakan dia sanggup datang ke rumah kakak aku semata2 nak suruh aku mohon jawatan kosong di PERKESO. Terkejut aku bila kak long aku bagitau yang H datang rumah dia, suruh aku mohon jawatan di PERKESO tu. Tak lama kemudian dia call aku, menyamar jadi pegawai PERKESO (macamlah aku tak cam suara dia)... hahaha! bila di ingat2kan balik kenangan aku dan H, memang boleh tersenyum sendiri. Memang banyak kenangan aku dengan H. Walaupun antara kami tidak punya rasa yang lebih dari seorang sahabat, tapi aku akui yang aku sangat sayangkan sahabat aku yang seorang ni. Rasa sayang seorang sahabat terhadap sahabatnya yang sangat sempurna di mataku. Dia tak pernah lupa untuk mengucapkan selamat hari lahir kepadaku setiap tahun.. Dia tak pernah lupa mengingatkan serta menasihati aku dalam banyak perkara... Dia juga tidak pernah lupa untuk selalu menghubungiku ketika itu.

Tidak hairanlah mak aku mengenali dia begitu juga maknya mengenali aku.. aku juga mengenali adik lelakinya yang selalu datang ke tempat kerjaku (maklumlah orang takder kakak, so dah anggap aku ni kakaknya) H juga pernah membawa abang ngahnya dan bakal kakak iparnya ke rumah sewaku.. malah, mak H pernah menelefonku dan kami berborak panjang.... pernah ku usik bertanya pada mak H, bila H nak menamatkan zaman bujangnya sedangkan aku pada masa itu sudah pun bertunang dengan suamiku sekarang.... mak H hanya mengeluh panjang, mungkin sedar yang anaknya susah didampingi wanita disebabkan sifat pemalu yang menyulubungi dirinya... err... sebenarnya H pernah bagitau aku yang dia sedang bercinta dengan ex-classmate kitorang, S. Aku sangat teruja bila tengok wajah gembira H bila dia bercerita tentang S. Tapi mungkin antara diorang takda jodoh, hubungan mereka terputus ditengah jalan.

Kali terakhir aku berjumpa dengan H adalah ketika majlis perkahwinan aku, dia datang bersama teman2 ku yang lain. Dan selepas itu dia hanya ada menghubungiku ketika usia anakku 58 hari untuk bertanya khabar. Aku sedar, sejak aku melangsungkan perkahwinan, hubungan persahabatan kami semakin lama semakin renggang malah hari ini aku tak pasti dia masih ingat aku lagi ke tak? Apa yang aku harapkan, walaupun dah lama tak jumpa, sekurang-kurangnya dia masih anggap aku sebagai sahabat yang pernah rapat dengannya suatu ketika dahulu. Harap-harap begitulah.....

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Hey there, you have done an excellent job on cheap car rental in
florida. I'll definitely save it and personally recommend to my buddies. I'm confident they will benefit from the website too.


my page Spanish Car Hire

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea