Kawan2Ku

24 April 2011

Semalam : 23April2011

Posted by Dalia Hassan at Ahad, April 24, 2011
Semalam walaupun Sabtu, tapi aku pergi opis jugak lah... siapkan keje yang tak siap... biasanya kerja hari sabtu memang sangat aman... tak banyak gangguan... dalam pukul 12.15pm, aku kuar dari opis dan terus menuju ke Mydin Usj1... ingatkan nak cari Muqaddam yang mak mertua aku suruh beli tu, tapi tak ada plak.... mak mertua aku ni mengajar budak2 mengaji, tu yang dia suruh aku belikan borong Muqaddam Rasm Uthman. Sambil-sambil tu sempat jugaklah aku beli barang dapur sikit.

Petang, aku diajak oleh jiranku Cikgu Ros dan anaknya Fatin untuk ke suatu tempat.. diorang tak bagitau pun nak bawak aku pergi mana, tapi aku dah agak dah mesti nak bawak aku pergi dengar Multi Level Marketing (MLM)... aku ni bukan elergic dengar MLM, tapi aku bukanlah jenis yang pandai berdepan dengan orang untuk jual barang... aku akui, dengan MLM kita boleh memperolehi apa yang kita inginkan kalau kita betul-betul buat. tak kira lah apa2 company MLM pun, kalau kita yakin, ikhlas dan berusaha pasti akan berjaya.

Opsss! berbalik pada cerita tadi... diorang bawak aku pergi stadium putra bukit jalil untuk Malam Penganugerahan Zhulian 2011. Ermmmmm layankan jer la...persembahan pun menarik jugak cuma masih lagi tak dapat nak menarik perhatian aku untuk sertai mereka walaupun ramai yang mendapat tabung kereta... macam yang aku cakapkan tadi, aku akui kehebatan MLM ni, tapi aku sendiri tak yakin pada diri sendiri walaupun aku sendiri ahli kepada beberapa company jualan langsung (tak payahlah aku sebutkan) yang aku sertai semata2 nak jaga hati kawan... jam 12am baru habis persembahan dan penganugerahan dan yang pasti, aku mengantuk giler!

Sampai rumah pukul 12.45am dan aku terus landing atas tilam! penatnyaaaaa!

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea