Kawan2Ku

27 April 2011

My Good Friend (Teman Tapi Mesra)

Posted by Dalia Hassan at Rabu, April 27, 2011
Petang semalam pas kije aku menyinggah sekejap kat Carefour Subang Jaya, beli barang sikit... balik dari carefour, hujan selebat-lebatnya... sampai rumah dengan basah lencunnya (maklumlah aku naik motor), aku terus mandi... konon2nya takut demam la... tapi malam jer, kepala aku mula sakit... arggghhhh! tension... pagi tadi, macam biasa kul 5.40am aku dah bangun... tapi kepala aku berat sangat.. hajat hati nak ambik MC, tapi malas plak rasa nak pergi klinik... so dalam kul 6.50am aku sms boss mintak masuk lewat...

Dalam kul 7.20am aku dapat sms dari seseorang yang aku tunggu-tunggu sejak seminggu yang lalu... T.Ni! Dah nak masuk tiga bulan, hari-hariku diwarnai dengan sms dan panggilan dari dia.. (wah! kontroversi ni) dah jadik rutin harianku menerima sms/panggilan dari dia... tapi aku jadi pelik kenapa sejak seminggu yang lepas dia menyepikan diri.... dan pagi tadi ketika sms, dia tanya aku kenapa dah seminggu aku menyepikan diri, tak sms/call dia langsung... aku jawab, dah dia sombong, tak sms/call aku, camana aku nak sms dia.. then dia bagitau aku yang telefon dia kena block sebab tak bayar bil dan baru semalam dia pergi bayar bil... hehe patutlah senyap jer... dan macam biasa, aku akan bersemangat untuk buat kerja bila dah dapat kata-kata semangat dari dia...(korang jangan salah sangka ya, aku dengan dia takder apa2 hubungan selain kawan.... dan dia adalah salah seorang kawan yang paling rapat dengan aku pada masa ni... teman tapi mesra) Aku rasa aku boleh ngam ngan dia sebab kami sebaya kot? dan jugak sekepala... haha!



T.Ni, good luck yer untuk exam paper Tamadun Islam hari ni.... chayo chayyokk!

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea