Kawan2Ku

30 April 2011

Warna Warni di Bulan April

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, April 30, 2011
Setengah jam lagi sebelum April'11 berakhir dan kedatangan May'11 akan membawa cerita baru pada aku... la ni aku cuma nak update warna warni di bulan April.... tak banyak cerita, tapi bolehlah untuk aku kenang-kenangkan di masa hadapan. Mungkin aku pernah masukkan dalam entry aku yang lepas2, tapi saja jer aku nak mengisi masa lapang, almaklumlah idea takder nak menulis... ahaks...

Okay... aktiviti aku di bulan April antaranya....


Larian Hari Polis Peringkat IPD Subang Jaya pada 02.04.2011... Best, sangat best walaupun tak dapat tempat 10 teratas (kategori 20-40 tahun) tapi aku berjaya tamatkan 6km larian mendahului kawan2 se IPDku yang lain... tempat pertama sehingga sepuluh di monopoli oleh students UPM (huh! camana kitorg nak menang kalau campur ngan budak2 bujang yang semestinya tenaga tak sama mcm ibu2 ni)... tapi menang kalah tak penting, yang penting adalah kepuasan... lama tak bersukan beb...

 Pertandingan Menembak Piala KPD Subang Jaya yang telah berlangsung pada 7April2011 di Kem Briged PGA Cheras... inilah kali pertama aku menembak, dan rata2 kami ahli PERKEP memang inilah kali pertama memegang pistol sebenar. Dan hasilnya, hanya 20 markah jer yang aku dapat... haha! kira okeylah tu sebab ada kawan2 aku yang takder markah langsung... bersih... (owh yer... utk pengetahuan korang, tempat kesepuluh menembak markah dia 23, cuma beza 3 markah jer ngan aku, huhu!) tapi takper, walaupun tak menang, beg goodies tetap dalam genggaman. Thanks pada mereka yang berkenaan bermurah hati bagi beg goodies tu kat aku....



 Family day sempena ulangtahun perkahwinan mak dan abah yang ke-39 tahun pada 10April2011... buat kat Melaka jer, sebab abah malas nak pergi jauh2... memang best... masa ni lah kami adik beradik dapat meluangkan masa bersama mak ngan abah... almaklumlah, biasanya masing2 sibuk dengan tugas... bila ada masa bercuti macam ni, banyak lah cerita yang dapat dikongsikan bersama....



Kejohanan Bowling PERKEP Kontingen Selangor yang berlangsung pada 16April2011 di Mega Lanes, Sunway Piramid. Dirasmikan oleh Dato' Ketua Polis Selangor, kejohanan ini dimenangi oleh IPD Serdang yang peserta2nya sangat hebat... aku cuma jadi AJK jer, sebab kalau aku main, confirm Juara Longkang aku yang pegang... hehehe!


Haaaa.... yang ni Malam Penganugerahan Zhulian yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 23April2011... gambar ni aku curi sekeping dari website zhulian... almaklumlah... aku tak bawak kamera aku masa datang sini, nak harapkan kamera handphone gelap2 camni, memang hancur la gambar... bukan tak nak bawak kamera, tapi aku datang sini pun sebab di tipu oleh jiran aku... dah nak sampai bukit jalil baru dia bagitau aku yang dia nak ajak aku buat zhulian. adeiiii... tipah tertipu... apa2 pun... layannnnnn tengok persembahan yang ada....



Aktiviti penutup aku di bulan April adalah mengikuti satu lawatan ke Rumah Kebajikan Baitul Hidayah di Puchong Selangor... korang boleh baca entry aku sebelum ni berkenaan Rumah Kebajikan Baitul Hidayah...

 Lokasi sasaran makanan tengahari
 Pengantin ~ bagai pinang di belah dua ~
 Nasi Beriyani Gam (Pak Ngah Caterer) memang terbaekkkk!
 Siap ada persembahan Muay Thai lagi....

Ha! yang kenduri ni plak adalah majlis perkahwinan anak perempuan jiranku yang diadakan pada siang tadi (30april2011)... memang dibuat secara besar-besaran (perkahwinan anak yang pertama) dan mengikut adat Johor... makanan yang terhidang juga lazat2 belaka... thanks to tuan rumah yang menjemput kami untuk menghadirkan diri ke majlis perkahwinan ni... lain kali buat kenduri, jemputlah lagi.... hehe!

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea