Kawan2Ku

25 Mei 2011

10 INSPIRA UNTUK KHIDMAT KEPADA MASYARAKAT

Posted by Dalia Hassan at Rabu, Mei 25, 2011
Sumber : Facebook PDRM

PROTON Holdings Berhad telah menyumbangkan 10 unit Proton Inspira 1.8 L (M) kepada PDRM untuk digunakan sebagai kereta peronda dalam melaksanakan tugas dan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.



Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar telah menerima sumbangan kereta tersebut daripada Pengarah Urusan Kumpulan PROTON, YBhg. Dato' Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dalam satu majlis penyerahan yang diadakan di Litar Ujian PROTON pagi tadi.

"Kami berharap Proton Inspira, dengan kemampuan prestasinya serta tahap pemanduan dan pengendaliannya yang mantap, akan dapat memenuhi keperluan dan kesesuaian demi membantu pihak PDRM menjalankan tanggungjawab mereka," ucap Dato' Seri Syed Zainal.

PROTON turut mengumumkan hasrat untuk bekerjasama dengan PDRM dalam mengurangkan kada jenayah dengan melancarkan kempen kesedaran kepada pelanggannya selain menjalankan kempen mengalakkan lebih ramai kakitangan PROTON mendaftar sebagai sukarelawan Rakan COP.

Berita lanjut dan gambar penuh sekitar majlis di www.rmp.gov.my

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea