Kawan2Ku

25 Mei 2011

Bolehkah...?

Posted by Dalia Hassan at Rabu, Mei 25, 2011
Assalamualaikum semua...

Aku ada satu persoalan. Sebenarnya dah lama aku cuba mencari jawapan pada persoalan ini, tapi masih lagi tak berapa jelas dari beberapa sudut..

Sejauh manakah hubungan persahabatan yang kita jalinkan jika kawan baik kita seorang lelaki (atau sebaliknya) atau lebih tepat lagi, seorang kawan baik tapi berlainan jantina dengan kita.

Aku, semenjak sekolah hingga sekarang, majoriti kawan2 aku adalah lelaki. My best friends, my good friends semuanya lelaki. Sebenarnya aku lebih selesa berkawan dengan diorang.. Sebab apa? Entah, aku pun tak pasti..

Cuma, perasaan sayang yang wujud terhadap kawan baik tu kadang2 menakutkan aku... Aku tau, perasaan tu hanyalah sayang sebagai kawan, no more than that.. Tapi, sayang yang membuatkan aku susah nak lupakan dia. Aku selalu teringat sehinggakan kadang2 termimpi aku berjumpa dengan salah seorang kawan baik aku tu, walhal dah bertahun aku tak jumpa dia.. Sebenarnya dulu aku pernah cuba untuk terima dia lebih dari seorang kawan, tapi tak boleh.. Sebabnya, aku cuma sayang dia sebagai seorang kawan... Bukan sayang seorang kekasih..

Seorang lagi kawan baik aku, aku kenal dia sejak sekolah... Dan kami memang rapat. Istimewanya dia ni, oleh sebab keakraban kami, ramai menyangka pada ketika tu kami sedang bercinta.. Padahal, sekelumit rasa cinta pun tak wujud dalam hati kami, cuma perasaan sayang seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain... Serius, dialah teman berbicara sewaktu aku putus cinta.. Tempat mengadu. Dan sehingga kini aku masih rapat dengan dia, dan suami aku juga kenal dia...

Dan kini, my good friend, T~Ni adalah kawan terbaik aku (sehingga waktu ini)... bapa kepada tiga orang cahaya mata ni memang seorang yang kelakar... aku suka sangat berkawan dengan dia.. aku suka dengan cara dia... kami sebaya... dan mungkin sebab tu lah kami boleh ngam... sekepala... sehari tanpa sms/panggilan hangit dari dia, memang janggal rasanya.... cuma, sejak kak wani nasihatkan aku macam2 aku mula terfikir... dia kata, susah kalau kawan baik kita berlainan jantina dengan kita... dia kata lagi, takut timbul perasaan lain yang tak dijangka... bila difikir-fikirkan balik, betul juga kata dia... kita cuma manusia biasa... tak tahu apa yang akan terjadi di masa depan. Walaupun aku selalu bercerita pada my asben pasal my good friend ni, tapi hati manusia siapa yang tahu... Dan apa agaknya perasaan wife dia bila tau yang kawan baik suami dia seorang perempuan? Mungkin dia tak kisah, dan mungkin juga dia kisah... macam my asben, antara aku dan dia memang takda rahsia... aku selalu cerita kat dia hari2 apa yang aku buat, siapa yang aku jumpa kat dia...

Ermmm.........apa pun, aku sayang sangat kat kawan-kawan aku ni.... cuma mungkin persahabatan tu perlu dibataskan, tak semua perkara boleh cerita kat dia...

Sekian Terima Kasih...



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea