Kawan2Ku

26 Mei 2011

Cinta Monyet

Posted by Dalia Hassan at Khamis, Mei 26, 2011
Baru je semalam aku tulis satu entry tentang kawan baik yang berlawanan jantina... tiba2 hari ni aku dapat msg di facebook dari dua orang yang aku dah lama tak berhubung..

Orang yang pertama: seorang kawan baik aku (lelaki) ketika zaman sekolah dulu. Form 4 dan form 5 aku sekelas dengan dia dan kami memang rapat sehinggakan kami selalu study bersama. Dan hari ni, dia buat pengakuan yang dulu sebenarnya dia suka kat aku.. Suka dalam diam sehinggakan masa aku kawin pun dia datang (walau tak diundang) semata2 nak tengok aku... Tapi kata2 dia sekarang memang tak ada apa makna pon bagi aku, hanya mengimbas kenangan manis zaman persekolahan dulu..




P/s: Ermmm.. Betul kata kak wani, bila kita rapat dengan lelaki, walaupun dengan niat sebagai sahabat atau kawan baik, tapi lama kelamaan mungkin dia/kita akan timbul perasaan suka atau sayang...

Okay, seterusnya....

Orang yang kedua: kekasih lama aku! Haha! Dia lah 'cinta monyet' pertama aku.. Yang kelakarnya, permulaan perbualan kami, dia tak tau nak bahasakan diri dia apa.. Haha!

Ni antara petikan perbualan kami kat chat room facebook (dah bnyk potong sebab banyak gelak)

"As salam.. Sori ganggu... Awk ada add sy kan.. Awk sy plk hehehe.. Malu plk hehehe"
{mestila malu2 kucing, dulu lain sekarang lain.. Haha}

"Tak kisah le awak saya ke aku engkau..."
{aku tak kisah nak gunakan ganti nama apa, asalkan bukan panggilan masa zaman bercinta dulu.. Haha!}

"Yer la.. Sklh dul lain.."
{erm.. Betullaa tu.. Zaman sekolah dulu lain, skrg ni masing2 dah ada haluan sendiri}

"Hehe.. Teringat zaman sekolah2 dulu ek.. biasa la.. Zaman budak2..."
{Aku cuba nak menghilangkan rasa janggal... aku gelak je la, tetiba je bf lama msg, tak tau nak cakap apa}

"Hahaha... Kelaka la.. tu semua kenangan.."
{Betul azli, tu sebenarnya kenangan manis kalau kita kenang2kan semula.. Haha.. Percintaan zaman sekolah}

"betullah..."
{Aku mengiyakan aje atas alasan yg aku sebutkan di atas}

"nak pggl apa haa..."
{Haha! Dia masih rasa janggal nak guna ganti nama apa}

"aku engkau jer la.."
{Cadangan dari aku, sebab, klu guna gantinama aku engkau, pada aku takde la terasa janggal sgt dan nampak macam kawan2 biasa}

"Yer la... Ckp nogori boleh?.. den ekau bleh la.. Hehehe"
 {akhirnya, dia putuskan untuk gunakan loghat nogori, ekau eden walaupun sbnrnya kami berasal dari Johor. Haha!}

"Den tak kisah.."
{Dan selepas tu kami berbual dgn menggunakan loghat nogori, sebab lebih selesa katanya..hehe}

Aha! Ada satu perkara yang aku lupa nak bagitau tentang si dia ni.. Dia ni kawin dengan kawan aku yang pernah jadi orang tengah antara aku dan dia! Best tak? Haha.. Itu la yang dinamakan jodoh.. Aku tau kawan aku tu serba salah dengan aku, tapi sebenarnya aku tak kisah. Yg lepas biarkan lepas.. Sekarang masing2 dah ada keluarga sendiri.. Yang pasti kenangan tersebut akan menjadi kenangan manis yang sangat berharga jika dikenang2..

Sekian Terima Kasih...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea