Kawan2Ku

18 Mei 2011

Suka Atau Cinta?

Posted by Dalia Hassan at Rabu, Mei 18, 2011
Sedar atau tidak, kita kadangkala terkeliru tentang perasaan yang wujud dalam diri kita. Antara cinta, suka dan sayang, sebenarnya mempunyai definasi yang berbeza. Pengalaman aku secara tak langsung banyak mengajar aku tentang erti semua tu...

Ketika zaman sekolah, seawal darjah 5 (11 tahun) aku dah mengenali cinta sedangkan aku pun tak berapa pasti ia boleh dikategorikan sebagai cinta atau tidak, biarlah aku gelarnya sebagai CINTA MONYET. Berutus surat menyatakan perasaan masing-masing, berkirim salam melalui orang tengah, sebenarnya satu pengalaman baru pada usia yang mentah dan ianya sangat mengujakan. Ada perasaan cemburu yang wujud bila diantara kami ada yang rapat dengan kawan2 lelaki/perempuan yang lain... merajuk... dan macam-macam lagilah...Bila diri menginjak ke alam dewasa, baru terfikir bahawa perasaan yang timbul dalam diri masing-masing pada ketika itu sebenarnya adalah perasaan SUKA dan bukannya CINTA.

Ketika zaman remaja,aku juga pernah melalui zaman 'percintaan'... perasaan yang biasa-biasa aje, kawan2 kita yang lain bercinta, kita pun nak bercinta juga... dah jemu bercinta dengan si polan, kemudian putus, dan bercinta dengan si dia yang lain pula... tiada istilah 'frustration' ketika putus... sehinggalah aku belajar di Universiti di selatan tanahair baru aku sedikit faham tentang istilah 'CINTA'..

Seawal semester pertama, aku pernah ter minat dengan seorang senior ni... dia seorang yang baik, pendek kata dia ni seorang yang lebih kearah Islamic... sangat baik... aku gelarkan dia 'Abang C'... aku suka sangat tengok muka dia, kalau terserempak dengan dia, mesti dia senyum dan tegur aku... alahai... sukanya aku... dan bila semakin hari aku semakin rapat dengan dia, aku perasan yang sebenarnya aku cuma suka dengan perwatakan yang ada pada dia... tak lebih dari tu... kat situ sebenarnya aku sendiri dah terkeliru dengan perasaan aku sendiri pada awalnya.

Kisah seterusnya berlaku antara aku dan seorang sahabat aku. Aku gelarkan dia Mr.N... Aku akui, aku sayang yang teramat sangat kat dia, tapi perhubungan kami tak boleh pergi jauh... Aku suka dia, aku sayang dia tapi perasaan kasih dan sayang tu sebenarnya adalah dari seorang sahabat kepada seorang sahabat yang sangat-sangat dikasihinya, tapi bukan dicintai. Sangat rumit, kerana perasaan awal yang wujud (perasaan suka) kadang-kadang mengelirukan kita sendiri dan lama kelamaan baru kita tersedar tentang perasaan sebenar kita. Mr.N juga seorang yang baik dan aku mengenali hampir seluruh ahli keluarganya malah ibunya pernah menelefon aku bertanya khabar... begitu juga adiknya yang selalu bertandang ke tempat kerja lamaku dulu.. katanya dia tiada kakak, so dia anggap aku ni kakak dia... tapi, hubungan kami hanya setakat seorang sahabat yang sangat2 sayang pada sahabatnya.

Cinta pertama aku : yang aku tak kan lupakan sampai sekarang... ARM@I.. Walaupun hubungan kami sekejap cuma, tapi kali ini baru aku dapat merasai perasaan tu. Perasaan yang aku tak pernah rasa sebelum ini walaupun telah beberapa kali melalui cinta monyet (barangkali)... Apa yang pasti, aku tak boleh bertentang mata dengan si dia.. aku jadi gugup, gelabah, gabra semuanya bergabung menjadi satu... kalau boleh aku nak larikan diri setiap kali ternampak dia... Begitu juga dengan dia. Kawan dia yang jadi orang tengah dalam usaha untuk menyatukan kami.... Dan kami sempat ber couple selama beberapa bulan sebelum mengambil keputusan untuk putus secara baik kerana kami sedar perjalanan kami masih jauh dan banyak perkara yang perlu diambil kira jika kami masih meneruskan percintaan kami. Frust juga, tapi bila mengenangkan itu adalah jalan terbaik, aku menerimanya dengan hati yang terbuka.

Meh la aku ambik cerita terakhir aku... kalau ikutkan banyak kisah yang aku nak kongsikan. Yang ni kisah perkenalan aku dan suami aku sekarang... Setelah hampir 4 tahun aku dan ARM@I putus, baru aku temui cinta aku yang memang kuharapkan sampai ke syurga. Walaupun dalam tempoh empat tahun tu sebenarnya ada juga aku kenal dengan dua tiga orang jejaka, tapi hati aku tak terbuka untuk terimanya... Perkenalan pertama dengan suamiku ni, boleh juga dikatakan cinta pandang pertama, sebab kali pertama aku terpandangkan dia, aku jadi tak tentu arah... aku tak boleh pandang mata dia, muka jadi berpeluh-peluh, mental aku tak stabil, aku rasa macam nak lari jer... hahaha! dan kebiasaanya kalau dia datang ke opis aku, aku akan masuk ke dalam bilik aku... sebab aku tak boleh jumpa dia... tapi, bila dia dapat nombor telefon aku daripada kerani yang kerja kat tempat aku, dan hari-hari dia called dan sms aku, aku tau dialah Mr. Right aku... dan aku benar-benar jatuh cinta dengan dia, bukan sekadar suka semata-mata... Alhamdulillah, setelah enam bulan perkenalan kami mengikat tali pertunangan dan melangsungkan perkahwinan setahun selepas itu...


 Kata Orang.....

 1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita
suka, hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.

6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea