Kawan2Ku

13 Mei 2011

Cuti~Cuti Malaysia

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Mei 13, 2011
Assalamualaikum semua...

Sekarang ni aku berada di Teratak Mertuaku di Kg Sungai Telor, Kota Tinggi.. Baru je sampai sini lebih kurang sejam yang lepas (8pm) dari Villa Ayahbonda di Segamat.. Untuk pengetahuan korang, aku sedang bercuti dari 12Mei sampai 17Mei..

Memandu sendirian memang memenatkan lebih2 lagi pagi tadi aku ke Melaka dulu untuk menjemput adik aku yang berada kat rumah kak ani. Almaklumlah ngah cuti semester, dia menjadi rebutan kakak2ku untuk menjaga anak2 diorang. Hehe, nasib la adah weh.. Cuti sem ni awak jadik bibik le jawabnya...
Owh ya.. Lepas ambik adah kat rumah kak ani, kami singgah kat Mydin Melaka sekejap untuk beli barang skit, then baru kitorang balik segamat. Sempat juga la aku menyinggah kejap untuk tempah jaket PDRM kat kedai di Taman Yayasan..

Sampai rumah mak dalam pukul 3pm, dengan mata yang gila mengantuk, sempat juga la aku lelapkan mata kejap.. Dapatlah dlm 45minit sebelum bersiap2 untuk balik ke Kota Tinggi... Bersemangat sebab nak jumpa anak aku, Ainul Mardhiah yang dah dekat sebulan aku tak jumpa. Rindu....
Akhirnya, setelah lebih 3jam memandu seorang diri dari segamat, aku akhirnya sampai ke rumah mertuaku dengan selamatnya...


Sekian Terima Kasih.. ;)

Alia : pagi semalam seawal jam 6.42am aku terima sms dari nombor yang tak dikenali.. Katanya secret admire aku.. Merepek la.. Dari pagi sampai petang dia dok sms aku. Puas aku tanya siapa, tapi dia tak nak bagitau.. Dia kata dia suka kat aku, hari2 dia tengok aku.. Yang pasti aku tau dia se IPD dengan aku sebab dia tau apa yang aku buat.. Mula2 aku ingat kak wani yang nak kenakan aku, tapi setelah mengamati ayat dan gaya bahasa yang digunakan dalam msg tu, aku rasa aku tau siapa yang hantar. Erm. Nak kenakan aku la tu. Macam lah aku tak kenal, tapi layankan jer la. Biar aku yang kenakan dia semula. So, my dearest good friend a.k.a abg inspektor polis, I know you very much.. walaupun you tak mengaku yang you penghantar sms tu, tapi you tak sedar yang you dah terkantoi satu benda.. Hujung nombor tepon tu hampir sama dengan nombor badan you, dan juga no tepon you yang lg satu, kan? Hahah! Dan masa I call nombor tu, bagi anak buah I borak ngan u, I sangat cam suara you tau.. Hehe kantoi.. Walaupun mati2an you tak ngaku tu you.. I tak kisah... I already told you, my instinct always right... kan ;)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea