Kawan2Ku

31 Mei 2011

Lega...

Posted by Dalia Hassan at Selasa, Mei 31, 2011
Assalamualaikum...

Pagi semalam, aku berjaya meluahkan perasaan yang dah lama terbuku kat dada aku ni.. Legaaaaa... Lama dah aku pendam.. Akhirnya aku berjaya lepaskan, walaupun aku tak lepaskan pada empunya badan (maklumlah, dia cuti smlm dan hari ni) Thanks a lot to Linie dan Ain sebab sudi mendengar dan sama2 meluahkan..

Aku tau diorang pun tak senang hati dengan orang tu.. Tp Linie, kelebihan dia, dia akan melawan balik kalau dia tak puas hati dengan seseorang tu dan Ain pula, jenis yang tak ambil kisah... Aku pula, aku akan pendam perasaan, konon2nya malas nak cari pasal dengan kawan sendiri. End up aku yang menangis sendiri sebab makan hati... Huhu..

Berbalik pada empunya badan yang telah membuatkan aku (kami) makan hati tu, aku tak tau macamana nak cerita. Tapi, antara kami hanya Linie yang berani tegur kesalahan dia. Aku, bukan tak berani, tapi aku masih ada rasa hormat pada dia disebabkan perbezaan umur dia yang lebih tua dari aku.

Perkara yang selalu membuatkan aku makan hati dengan dia, dia selalu pentingkan diri dia dan setiap apa yang kami lakukan, dia sorang jer la yang betul. Huh! Payah sungguhla... Kita jer yang sibuk nak jaga hati dia, tapi dia langsung tak nak jaga hati kita..

Sebenarnya banyak perkara aku nak cerita pasal dia ni, tapi biarlah dulu... Apa2 perkembangan nanti aku akan ceritakan pada entry yang akan datang...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea