Kawan2Ku

24 Mei 2011

Office Potluck

Posted by Dalia Hassan at Selasa, Mei 24, 2011
Assalamualaikum rakan blogger...

Ermmm.. hari ni aku mcm biasa, awal2 lagi dah sampai opis.. Walaupun mood tak berapa stabil, tapi aku gagahkan juga memijakkan kaki ke opisku yang tersergam indah di Usj 8 tu kerana... hari ni kami adakan office potluck dan masing2 kena masak sekurang2nya satu jenis lauk untuk makan tengahari.. Oleh kerana turn aku minggu depan untuk bawa lauk, so hari ni aku bawa mulut dan perut je untuk melantak masakan yang diorang buat.. Hehe.. I like..

 

Pagi ni dalam jam 9am sampai jam 1pm aku dan kak wani kena masuk meeting tentang sistem HRMIS di dewan IPD... Dengan mood yang tak stabil, ditambah pula dengan perut yang lapar (maklumla tak sempat nak sarapan dah kena panggil pegi meeting) aku masuk juga la meeting tu. Pastu kepala dah asyik teringat2 lauk pauk yang kat opis tu.. Alahai.. Janganlah diorang habiskan.. Ada udang masak lemak cili api, sayur campur, telur dadar, ikan sardin, sambal jawa dan yang paling aku idamkan, sambal belacan yang ain buat... Memang special sambal belacan dia... Teringat kenangan pegi kampung dia kat Jenderam Hilir bila mak dia masak dan salah satu menu adalah sambal belacan tu. Nyum nyum.. Sehingga menjilat jari..

Dalam kul 10 lebih, perut dah semakin rancak berlagu. Nasib baik diorang ada sediakan makanan, beehun goreng dengan kuih... Jadilah... Daripada aku menanggung lapar, apa taknya, empat jam dok dalam meeting.. Jenuh beb..

Tengah2 khusyuk tu, tetiba aku dapat sms dari En. Adam..

"Sori byk dalia n k.wani, kita mkn tiba2 dtg abg2 moto bsr mkn sama, nasi pn dh xde, tapi beras ada nanti masak 4 u esok lak ya. V rcng Tuhan tntukan"

Adoi la.. Betul ker lauk pauk yang aku idamkan tadi dah licin? Kak wani pun dapat sms yang sama dari encik adam. Mula2 aku ingatkan yang encik adam cuma main2kan kitorang, tapi kak wani kuat mengatakan yang apa en adam cakap tu betul. Sebabnya, kalau abg2 moto besar tu datang (brother2 polis trafik) biasanya diorang akan bedal apa aja yang ada..

Adoiyai... Kalau betulla apa yang kak wani cakap tu, kempunan la aku... Tak lama pastu si Linie pulak yang sms aku mintak sorry sebab tak sempat selamatkan lauk pauk tu untuk kitorang.. Aku cakap kat dia...

"takpe la, bukan rezeki kitorang.. Nak buat macamana...."

Tapi dlm hati kecik ati yang amat.. Kak wani siap cakap kat aku...

"kalau betul la diorang tak tinggalkan kita skit, sampai ati diorg. Takpe la dalia, karang kita kuar berdua je pergi makan.. "

hahah.. Kata2 tu semestinya keluar dari mulut orang2 yang sedang lapar....

Dan bila kami abis meeting jam 1pm, kami tengok kat atas meja lauk masih tak terusik. Hahah! Diorang kenakan kami rupanya. Tapi sebenarnya jauh kat sudut hati aku, aku tau, diorang ni sayang aku dan takkan lupakan aku.. Hehe.. Aku pun sayang diorang semua.. Sebab tu aku sayang nak tinggalkan cops ni.. Haha!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea