Kawan2Ku

27 Mei 2011

Kursus NKRA

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Mei 27, 2011
Petang tadi sebelum balik, aku terima satu semboyan.... arghhhhh! tensionnya...6hb Jun nanti aku kena pergi kursus pengenalan penempatan semula pegawai awam PDRM (NKRA) di JKR 4446 Kentomen Briged Utara PGA Ulu Kinta, Perak... seronok sebenarnya pergi kursus ni... cuma yang tak bestnya, IPD aku sorang2 je yang kena pergi kursus tu... kalau ada geng tu lain lah sikit... aku tengok senarai peserta kontingen Selangor yang kena pergi kursus tu, setiap IPD ada sorang jer wakil... mesti diorang pun tension sebab tak ada geng nak pergi sama... macam aku...

Yang lebih tak bestnyer, aku tak tau nak pergi naik apa... mana la aku tau Ulu Kinta tu kat mana... lagipun dalam semboyan kata, peserta tidak digalakkan bawa transport sendiri... cuma masalahnya sekarang, cawangan pengangkutan kata diorang tak boleh nak hantar sebab cuma aku seorang jer. Kalau lebih dari sorang baru boleh hantar... adoi la...

Tetiba je aku teringat kat my good friend.. aku rasa dia boleh bantu, cuma takkan aku nak ganggu dia malam2 semata2 nak tanya pasal transport... nanti apa pula kata wife dia... dan setahu aku minggu depan dia cuti lapan hari... harap2 dia boleh tolong selesaikan masalah transport aku ni sebelum dia mula bercuti Selasa depan...

Seakan tahu yang aku ada hal nak mintak tolong dia, dalam pukul 8.51pm dia sms aku tanya aku ada kat mana... Alhamdulillah.... gelombang minda separa sedar yang aku hantar kat dia, dia terima... hehe! Aku pun tanya dia pasal transport tu... dia kata takper, isnin dia minta aku isi borang, nanti dia try adjust dengan Shah Alam... mungkin aku tumpang kereta pasukan IPK Selangor untuk pergi kursus tu nanti... selesai masalah...

Terima kasih my good friend... sesungguhnya jasamu akan kukenang sampai bila-bila.... tak sesia punya kawan sebaik dia... haha!

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea