Kawan2Ku

06 Mei 2011

Puisi Li Bai

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Mei 06, 2011

Tadi aku terbaca puisi Li Bai dari seorang laoshi aku ketika masih belajar di Uitm Segamat, iaitu Ainol Hasanal Laoshi... dia pernah mengajar aku selama dua semester subject Mandarin dan Alhamdulilah, kedua-dua semester aku score A dalam matapelajaran tersebut. Dan ketika aku blogwalking, tak tersangka jumpa blog dia dan aku sangat kagum sebab beliau memperjuangkan bahasa Melayu walaupun mendapat pendidikan cina sejak kecil lagi. 

Jom tengok apa yang aku 'curi' dari blog beliau...   (sekadar untuk menambah pengetahuan kita semua...)


Chuan qian ming yue guang 床前明月光 
 Sinar rembulan benderang di depan katil
Yi shi di shang shuang 疑是地上霜      
 Ingatkan lapisan fros membeku di lantai
Ju tou wang ming yue 举头望明月       
 Mendongak sambil memandang rembulan
Di tou si gu xiang 低头思故乡            
 Tunduk terkenangkan kampung halaman. 

 
Puisi di atas dikarang oleh Li Bai. Beliau dilahirkan pada tahun 705 A.D dan meninggal dunia pada tahun 762 A.D.. Pemuisi yang menempa nama dalam zaman kegemilangan Dinasti Tang dari tahun 618-906 A.D. Terdapat empat orang pemuisi yang tersohor yang mewakili zaman kegemilangan tersebut iaitu Wang Wei, Tu Pu, Li Bai dan Bai Juyi. Puisi di atas terkandung dalam Antologi 300 buah puisi Dinasti Tang.

Puisi yang berlaraskan dikotomi tinggi dan rendah, langit dan bumi, terang dan suram, pijar dan dingin, dan mendongak dan menunduk.

Tinggi- hari berganti, usia meningkat, masa berlalu pasti, aras kerinduan yang meninggi, memekat, bergelora dan tak terbendungkan.

Rendah- masa seakan sangkak berlalu, rindu yang membeku, rindu semakin mencengkam jiwa dan batin, seksa yang ditanggung kala berjauhan.

Langit- purnama melambangkan orang dan kampung halaman yang dirindui, manakala jarak telah memisahkan dua insan.

Bumi- lapisan fros melambangkan rindu yang membeku, dinginnya menusuk kalbu, meski pun dingin membeku ia tetap sebuah hakikat yang perlu dihadapi dan ditanggung.

Mendongak- kenangan bahagia yang indah meski pun sementara sifatnya.

Menunduk- kenangan indah saat berada di desa lebih bersifat kekal selama-lamanya.

Pemuisi terperangkap dalam jaringan masa dan jarak yang mencengkam. Perlukisan gelora batin yang teramat dibebani lagi dengan cuaca yang dingin. Kemuncak kerinduan diperiti rasa kesendirian dan jarak yang memisahkan.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea