Kawan2Ku

18 Jun 2011

Semalam di tempat kerja

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, Jun 18, 2011
Assalamualaikum semua...

Malam tadi sedang aku menulis tentang aktiviti di tempat kerja, aku tak tau apa yang berlaku sebab sedar2 je hari dah pagi.. Hehe.. Rupanya aku tertidur sebelum sempat habiskan penulisan aku. Apapun, walaupun terlewat sehari untuk publish, tapi tak kisah lah kan?

Pagi semalam lebih kurang jam 8.20am aku pergi surau IPD untuk menghadiri bacaan surah yassin yang memang diadakan pada setiap pagi Jumaat. Sejuk hati dan tenang fikiran bila berada di dalam surau. Sebenarnya aku ni bukannya baik sangat, tapi aku pun tak jahat sangat. Biasa2 jer.. Lebih kurang pukul 9.15am majlis bacaan yaasin pun selesai.

Selesai je majlis, aku terus ke dewan IPD untuk menghadiri Latihan Dalam Perkhidmatan berkaitan dengan Pengurusan Integriti. Penceramah untuk LDP kali ni disampaikan oleh pegawai dari SPRM.. Erm.. Banyak juga maklumat yang aku perolehi dan rupanya masih banyak perkara yang aku tak tau.. Tapi yang bestnya, aku syok berborak dengan member sebelah pasal resepi kek dan macam2 lagi... My good friend pula, T~Ni yang duduk depan aku nampaknya begitu fokus pada penceramah. LDP berakhir lebih kurang jam 11.20am..






Oleh sebab Jumaat waktu rehat lama dari jam 12.15pm hingga 2.45pm, kami bercadang nak pergi ke Taman Medan untuk tapau makanan kat sana dan lepak di rumah kak wani yang tak jauh dari situ. Makanan kat tempat yang kami nak tuju tu memang sedap.. Teringat2 aku dengan kueytiaw sup, mee kari, mee kicap dan macam2 lagi.. Peh! Memang sedap. Dalam pada menunggu waktu untuk rehat, tiba2 aku dapat sms dari Puan Zura, dia minta aku naik ke bilik meeting untuk bantu encik zamran. Arghhhh! Tension aku. 'Baim Wong' yang memang tengah melepak kat depan meja aku dah tergelak sakan bila aku bagitau dia yang Puan Zura suruh aku naik atas, sebab dia tau yang kami dah standby nak g kuar makan. Adoi la. Nak tak nak terpaksa la aku, ain dan iema naik atas, bantu diorang.. Abis je meeting tu, kami berempat berjalan kaki ke perkarangan masjid usj untuk beli makanan. Rombongan ke Taman Medan ditangguhkan ke Jumaat berikutnya. Huhu..


Petang, aku sempat tengok rehearsal pertandingan karaoke anjuran PERKEP.. Maklumlah, malam ni aku tak dapat datang sebab dah janji dengan kawan lama aku masa sama2 belajar dulu nak jumpa dia kat Summit Usj... Lama dah tak jumpa dia.. Oleh sebab first time dia datang ke Summit tu, terpaksa lah aku jemput dia kat tempat parking kereta. Takut sesat katanya.. Hehe.. Poyo je ko Lin.. Tapi takper la, kawan punya pasal... Elok je aku tunggu dia kat depan lift B1, terserempak pula dengan budak2 IPD yang baru pas main bowling.. Hehe.. Glamour gak aku, pegi mana2 mesti ada orang kenal.. Haha perasan!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea