Kawan2Ku

30 Jun 2011

Balik Kampungku..

Posted by Dalia Hassan at Khamis, Jun 30, 2011

Assalamualaikum semua...

Pagi semalam aku gerak balik segamat dengan anak aku, naik kereta sekali dengan abang ijat.. Asben aku tak dapat balik sama, wife abg ijat, kak mas pun tak dapat balik sama sebab terlibat dengan audit. So aku together2 naik kereta abg aku la, jimat skit.. Hehehe

Aku pada mulanya bercadang nak balik naik bas jer, sebab aku ingat abg ijat masih di Mauritania lagi.. Sbb tu aku ambil cuti sampai jumaat. Klu aku tau abg ijat dah ada kat M'sia, aku amik cuti sehari je balik sekali dengan dia. So aku bolehlah simpan cuti aku untuk raya sakan nanti.. Abang aku tu selalu tak ada kat sini... Biasanya dia bekerja sebulan di M'sia, sebulan di Mauritania.. Bergilir2. Tak taulah sampai bila macam tu. Tapi syok gak selalu dapat pergi negara orang. Yang bestnya, setiap kali dia akan transit ke France.. Tiap2 bulan dapat pegi france.. Aku? Dalam mimpi jer la pergi sana..

Aku balik hari rabu ni pun sebab majlis merisik adik bongsu aku.. Ermmm.. Adik aku tu still belaja lagi kat Uitm Shah Alam ambil course Interrior Architecture.. Pihak lelaki dah sibuk2 nak tanggam cepat, so parent aku pun tak kisah.. Hasil perbincangan kedua belah pihak, majlis bertunang akan diadakan sabtu minggu pertama raya nanti.. Yang syoknya, adik aku tu dapat dua bentuk cincin.. Aikkk? Ni baru merisik, belum lagi bertunang dan kahwin.. Ni yang aku jeles ni.. Haisshhhh!

Pagi tadi, pas mak dan abah balik dari dusun durian, kitorang gerak pegi ke Hospital Pantai Ayer Keroh sebab mak ada appointment dengan doktor. Selepas semuanya selesai, kitorang singgah makan kari kepala ikan kat satu warung tu. Memang sedap. Abah memang setiap kali datang Melaka mesti nak singgah ke warung tu. Then, sebelum balik, kami terserempak dengan penyanyi Awie dan kawan2 dia yang sama makan tengahari kat warung tu..

Oklah.. Gambar masa majlis memang tak ada.. Nanti aku upload kemudian.. Aku masukkan gambar kari kepala ikan jer la yer..

Daaaaaaaaaa....


Alia : Rindunya aku kat dia.... ;p


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea