Kawan2Ku

14 Jun 2011

Gempa Bumi di Sumatera...

Posted by Dalia Hassan at Selasa, Jun 14, 2011
Assalamualaikum...

Aku pasti ramai yang terasa gegaran kan pagi tadi? Gempa bumi bermagnitud 5.9 melanda Sumatera Utara jam 8.08am. Gegaran terasa di Malaysia lebih2 lagi yang berada di sekitar Selangor, selatan Perak dan Melaka.

Tadi kat opis, Ain, kawan sekerjaku mengadu yang dia terasa macam nak pitam.. Katanya kepala dia rasa macam bergoyang.. Pada masa tu, aku dan kak wani tengah rancak berborak.. Bila ain kata dia rasa kepala bergegar, kak wani spontan kata mungkin kerusi yang dia duduk tu bergoyang.. Erm.. Rupanya memang bergegar pun kesan dari gempa bumi kat Utara Sumatera tu..aku dan kak wani tak rasa gegaran tu mungkin sebab kami sedang rancak berborak sambil bergelak ketawa... agaknya gelak ketawa kami tu lebih kuat dari gempa bumi... hehehe

Apa2pun, harap2 kat Utara Sumatera sana takder la yang jadi mangsa sehingga menyebabkan kematian. Ermm.. Sian kat diorang...


Alia : ermmmm... ni kali kedua aku terasa gegaran. Kali pertama hujung tahun 2004.. Masa tu aku lepak rumah kakak aku kat Kerinchi. Tiba2 kepala aku rasa macam bergegar, dan pandangan aku rasa macam berpinar2. Cepat2 aku mintak minyak angin kat kakak aku. Yang peliknya kakak aku pun kata dia sakit kepala. Rupa2nya gempa bumi kat Sumatera sehingga menyebabkan tsunami kat sana. Acheh lah tempat paling teruk dilanda bencana tersebut.. Terlalu ramai penduduk yang jadi mangsa.. Harap2 ianya takkan berulang... Amin...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea