Kawan2Ku

14 Jun 2011

Hari ini : 14 Jun 2011

Posted by Dalia Hassan at Selasa, Jun 14, 2011
Hari ni tak ada cerita yang menarik sangat. Tapi aku nak cerita juga untuk koleksi kenangan aku di masa hadapan. Macam biasa, hari ni seawal jam 7am aku dah sampai opis.. Pas punch in card, aku terus masuk opis, buka facebook dan mengadap novel 'Cinta Tiga Suku' yang aku sentiasa bawa ke mana aja selagi tak habis baca. Hehehe.. Best gak jalan cerita novel ni... Sesuai dengan aku yang memang tiga suku juga ni.. Ngeh3..

Bukak je facebook pagi ni, aku tengok Eja, kenalan aku masa kursus hari tu dari IPD Paka, Terengganu ucapkan terima kasih kat aku. Hehe. Korang tau tak kenapa? Sebab, sebelum abis kursus aritu, aku dan Fauziah sempat kenen2 kan dia dengan Mizie, dari IPD Kuala Lipis. (Aku pernah cerita sikit pasal diorang dalam entry yang sebelum ni) Diorang satu group dengan aku. Kami perasan yang Mizie selalu pandang2 dan usik2 eja.. Pastu muka eja akan naik merah bila diusik oleh Mizie. Tu yang datang idea untuk kenen2kan diorang. Setelah risik2 dua2 belah pihak dan confirm yang masing2 belum berpunya, apa lagi.. Kami pun menjalankan tugas selaku CEO di company Cari Jodoh Sdn Bhd yang baru ditubuhkan. Hehe. Awal2nya si eja, malu2 kucing dan mizie, nampak sangat yang dia memang nak kat eja. Dia kata, 'abislah, malam ni saya tak dapat tidur asyik teringat kat dia'.. Gatai.. Gatai..

Bila abis kursus, aku sentiasa di update oleh kedua2 pihak. Hehe. Bila eja merajuk, zie ngadu kat aku.. Bila zie merajuk, eja gelabah cerita kat aku. Dan aku, bagaikan seorang kaunselor rumahtangga yang tak bertauliah, akan cuba mengurangkan rasa takut dalam diri masing2.. Eja, takut Mizie cuma nak main2kan dia.. Mizie, takut eja tak boleh nak terima dia. Adoiyai. Tapi masing mengaku kat aku yang diorang saling suka menyukai. Takper la, aku cakap dengan diorang, kenal hati budi masing2 dulu. Berkawan tak salah. Kalau rasa serasi, boleh la teruskan ke peringkat seterusnya. Kalau tak serasi, berkawan lebih baik. Ermmm.. Apa2 pun, aku sentiasa harapkan yang terbaik buat diorang...

Ok. Berbalik pada cerita asal aku tadi.. pagi bila semua kawan2 se opisku dah sampai, kami berkumpul untuk membincangkan semula tentang hal drama swasta yang berlaku petang semalam kat cops. Bukan nak menuding jari pada sesiapa, cuma nak mencari logika tentang apa yang telah berlaku. Erm. Apa2 pun, aku malas nak campur.. Dengar jer la...

Then, dalam jam 9.30am kami pun pergi mengeteh kat warung en zamran yang baru beroperasi seminggu, dan ni la kali pertama aku makan kat sana... Sampai2 je, aku nampak 'Baim Wong', Sarjan Musa, pakcik2 trafik, ema and the gang tengah bersarapan kat sana. Sempat jugaklah bergurau senda dengan diorang.. Ada jugalah satu group polis baju biru kat satu meja tu. Tapi aku tak tengok pun siapa.. Masa tengah pilih2 kuih, aku terdengar satu suara yang memang aku kenal sangat. Suara tu datangnya dari meja brother2 polis berbaju biru tu. Bila aku tengok, rupanya my good friend, T~Ni ada kat situ... Belum sempat nak tegur dia, dia dah pergi entah ke mana2.. Kecik ati aku... Bila aku sms dia tanya dia pergi mana, jawapan pertama yang aku dapat, "erm. msg pun tak balas"... Hah! Bila masa plak dia msg aku? Bila aku tanya bila dia msg aku, dia kata pagi2 lagi dia dah msg... Owh! Rupanya dia msg kat no maxis aku.. Patutlah aku tak perasan. Handphone aku yang tu sejak aku sampai tadi tak kuar lagi dari beg.. Yang aku bawak kehulu hilir nombor celcom aku.. Tp takkan tak balas msg pun nak marah? ;)

Kak wani and lini arini keje separuh hari.. So after lunch hour, aku dan ain tak tau nak buat apa + keboringan di tahap maxima.. Apa lagi, ain buka lagu kuat2, pastu kitorang berduet nyanyi lagu How Deep Is Your Love... Dua tiga kali jugak la ulang.. Yang bestnya, en adam pun join sekali menyanyi. Masing2 dah buang tebiat agaknya.. Tapi sekali sekala gila2 macam ni, best juga.. Hehehe

Petang pas anta duit kat logistik, aku menyinggah tingkat 8, saja nak abiskan masa sementara nak tunggu kul 5.. Yang lebihnya sebenarnya, saja nak menyakat diorang.. Tapi yang aku tak bleh blah, kalau bercakap ngan encik musa, mesti dia nak menang... Ish ish.. Bila la turn aku plak nak menang. Ada je idea dia nak kenakan aku. Bila aku balas balik apa yang dia cakap, nanti aku yang kena balik. Ini tidak adil! Huhu.. Tapi kalau dengan Baim Wong, aku selalu menang.. Hehe! Suka2...

Okaylah.. Esok aku cerita lagi...

Daaaaaaaaaa!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea