Kawan2Ku

04 Julai 2011

Badminton Dan Bowling

Posted by Dalia Hassan at Isnin, Julai 04, 2011
Assalamualaikum..

Pagi2 tadi macam biasa aku pukul 6.50am dah sampai opis.... sampai jer aku tengok 'Baim Wong' dah tercangok kat depan opis aku sambil perhatikan roll call anggota trafik yang kena jaga point duty yg memang diadakan setiap pagi.. Mula2 aku buat tak pandang jer, konon2 tak nampak lah kewujudan dia kat situ.. Tp bila dia gelak2 perli aku sebab sampai opis awal, aku pun apalagi, menjawablah.. Yer la, sampai opis lambat salah, sampai cepat pun nak bising. Alahai.. Malas aku nak layan.

Dekat pukul 8am, bila kak wani sampai, dia bagitau aku yang petang ni dah start main badminton kat dewan IPD.. Aku yang tak bawak baju sukan, dekat RM80 abis untuk beli baju dan seluar sukan semata2 nak main badminton petang ni.. Siap pergi Mydin Usj1 lagi waktu rehat untuk beli baju dan seluar tu.. Sampai masa, dewan pulak diorang gunakan untuk BERSIH tu.. Katanya dewan akan digunakan sehingga 11hb ni.. Adoi la.. Frustrated betulla.. Pastu konon2 nak join budak2 lelaki main bola tampar, tapi segan la pulak.. sebab ada beberapa orang yang aku tak kenal...

Akhirnya, aku dan kak wani menuju ke Summit usj, main bowling.. Yeayhhh! Memang best.. Aku memang tak pandai nak main bowling ni... tapi hasil dari tunjuk ajar kak wani yang memang pakar dalam bowling ni, ada peningkatan lah jugak... sekurang2nya takder la asyik masuk longkang jer... Pas main, kitorang melepak kat Garden Cafe sambil bercerita. Sedar tak sedar dekat kul 9malam jugaklah baru kitorang balik... Masing2 macam orang bujang plak... terlupa sekejap... heheh!


Balingan dari kak wani

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea