Kawan2Ku

16 Julai 2011

Mood Yang Hilang

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, Julai 16, 2011
Assalamualaikum wbt...

Ermmm.. Dah beberapa hari aku tak menulis kat blog aku ni... Ada tak ada itulah aku masukkan lirik lagu.. Entah kenapa semenjak beberapa hari yang lepas, aku langsung tak ada mood nak menulis walaupun pada hakikatnya setiap hari aku mengadap lappy ku yang cute tu...

Aku pun tak tau kemana terbangnya moodku itu.. Puas aku cari kat merata2 tempat sejak kelmarin, akhirnya baru hari ni aku ketemu mood aku yang hilang tu.. Hahaha.. Apa entah yang aku merepek ni...

Semenjak beberapa hari yang lepas, aktiviti aku sangat padat dengan latihan badminton.. Badanku sakit2 sampai ke hari ni.. Tapi tak kisahlah walau badanku sakit2 pun, yang penting kepuasan bila dapat pegang raket badminton tu... Serius memang best! Dah berapa minggu aku tak dapat main badminton sebab dewan digunakan untuk Ops Padam... Tp minggu lepas, aku gunakan sepenuhnya waktu yang ada untuk main badminton... Balas dendam sebab lama tak pegang raket. Haha!

Hari ni, walaupun Sabtu, aku tetap kena kerja.. Nak wat camana, dah turn aku kena keje minggu ni. Sebenarnya aku suka kerja Sabtu, sangat tenang, aman dan damai.. Kebetulan pulak hari ni my good friend, T~Ni singgah opis aku.. Sempatlah borak2 ngan dia kejap.. Banyak jugak semangat yang aku dapat dari dia... Pulih la semula mood aku yang dah beberapa hari hilang tu.. Dia memang kawan terbaik yang aku ada.. Terima kasih kawan..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea