Kawan2Ku

27 Ogos 2011

Mamat Tiga Suku

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, Ogos 27, 2011
Mamat tiga suku??? sapa dia ni? entah... aku pun tak tau mana datangnya..tetiba jer sejak tiga minggu kebelakangan ni dia selalu mengganggu gugat hidup aku... dahlah tak faham bahasa, bengong pulak tu... tak kira pagi ker, tengahari ke, petang ker, malam ker, tengah malam ker.. ikut suka hati dia jer nak kacau aku. Dah berbuih mulut aku ni bagitau yang aku ni isteri orang... tapi dia buat bodoh jer.. dia cakap kat aku, "tak kisahlah awak bini orang, yang penting saya suka awak!" bengong betul...

Dah macam2 ayat aku maki dia... tapi dia buat don't know jer... geram aku... dua tiga kali dia datang kacau aku kat opis.. aku pun dah tak tau nak buat apa... yang aku sakit hati, kalau aku tak balas sms dia, dia akan kol aku banyak2 kali, walaupun sekali pon aku tak pernah jawab...kalau dia sms aku, aku memang kena balas... selagi aku tak balas sms dia, dia akan hantar sms banyak kali kat aku.. adoiyai... melingkup betul... padahal sms yang aku balas kat dia semua ayat2 kasar.. penampar, penerajang, lempang... semua aku dah guna... bak kata dia pulak, tak kisahlah nak maki dia pon dia tak kisah, asalkan aku balas sms dia... aikkkk? macam ni punya orang pon ada ker?

erm... mamat tiga suku... suka hati ko lah... dah beratus kali aku cakap yang aku ni bini orang, tak boleh nak terima ko.. terpulang la pada ko... tapi tolonglah jangan ganggu gugat hidup aku... ramai lagi anak dara kat luar sana yang boleh ko usha.. apasal ko cari aku jugak???? huh!

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea