Kawan2Ku

30 Ogos 2011

Selamat Hari Raya

Posted by Dalia Hassan at Selasa, Ogos 30, 2011
Salam Lebaran buat semua...

Ya! Hari ni adalah hari yang kita tunggu2.. Hari kemenangan setelah sebulan kita berpuasa... Namun, kesedihan tetap terasa kerana Ramadhan berlalu pergi.. Sempatkah kita bertemu Ramadhan akan datang? Wallahua'lam.. Harap2 kita masih berkesempatan bertemu Ramadhan yang akan datang. Amin.

Pagi raya aku di rumah mertua di Kg Sungai Telor, Kota Tinggi.. Sedih woooo.. Kalau boleh aku nak beraya kat umah mak abah aku kat Segamat, tapi apakan daya, dah memang giliran beraya tahun ni di rumah mertua. Suasana? Memang tak sama dengan kemeriahan raya rumah mak abah aku, maklumlah asben aku cuma dua beradik je berbanding ngan adik beradik aku seramai enam orang... Kemeriahan tu memang tak payah cerita la, memang da boom! Teringat kenangan zaman kanak2 dulu setiap kali menyambut hari raya.. Kalau nak cerita kat sini memang takkan habis la... Hehe!

Petang tadi, dalam pukul 3.30pm kami balik ke Pontian, rumah atok.. Kejap je kat sana. Dapatlah singgah beraya kejap kat rumah ibu/bapa saudara sebelah asben kat sana.. Pas maghrib, kami pun bertolak balik ke Kota Tinggi.. Lebih kurang kul 10pm sampai rumah mertuaku...

La ni dah pukul 11.08pm.. Penat + mengantuk sangat mata ni.. Dah tiba masanya aku amik tempat untuk beradu... Jumpa lagi esok ya.. Esok ada program meminang di Felda Air Tawar 3 untuk sepupu asbenku...


Daaaaaaaaaaaa!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea